:: Akademi Fantasia Musim 2

Image Hosted by ImageShack.us

Entah hape-hape. bebudak semua manja dan selenge. Asik nangis je 24 jam. Cakap ngan kamera. Peluk-peluk sambil nangis. Roda denda... apa ke jaddahnya semua ini?! Zaman dulu aku haram nak tengok rancangan ni. Tapi bila masuk musim 2 ni aku sering ketinggalan dalam perbincangan masa melepak. Awek-awek semua pun asik nak bincang pasal AF. Ini tak boleh jadi ni! Layan je la semacam...

but this is good entertainment.

aku tak dapat nak predict sapa yang akan terkeluar. Kat @15 bebudak semua main pakat-pakat, rayu undi, bukak fanclub. Astro cemerlang dalam rancangan ni. Cuba kira berapa banyak revenue dari SMS yang diaorang dapat. Berapa ramai yang pasang astro semata-mata untuk nengok Af ni.

really, it's good entertainment!

Image Hosted by ImageShack.us aku ingat masa Konset yang ke-6. masa Linda nyanyi lagu Hetty Koes tu. Mengkagumkan. Dia dah memang macam artis. Bakat dia semulajadi. Tersentuh perasaan aku, sedar tak sedar dah AFUNDI LINDA. Ni apa cerita ni?



Image Hosted by ImageShack.us Itu Kudsia Kahar lebih-lebih pulak. Cambest je komen. Kadang-kadang dia bidas komen orang lain. Kalau nak komplen, komplen je ja. Jangan la kondem komen orang lain ataupun sound sistem. Ramli MS memang cool. Pauziah Nawi trendi je lebih. Linda Jasmine best buat cuci mata. Tapi kalau Hetty Koes Endang, itu lain cerita. Dia memang champion. Sepatutnya dia yang jadi juri tetap. Bukan Kudsia.

Image Hosted by ImageShack.us pepehal aku lebih banyak lagi mende yang perlu difikirkan selain dari siapa yang akan terkeluar minggu ini.

Aku punya review Spiderman 2 ni bila nak siap aa...



Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa