:: Bukan nak nengok Siti

Image Hosted by ImageShack.us

Semalam kitaorang merempit ke bentong sebab ada sedikit urusan nak buat. Naik keta PP. Setel urusan terus straight ke Raub, tengok konset Siti Nurhaliza Fantasia Tour. Konset free beb... sapa tak nak pegi. Orang berduyun-duyun datang. Awek toksah cerita la. Siku aku je kenyang makan awek. Dalam pada itu kitaorang terpaksa tengok-tengok sekeliling cover line. Manalah tau kalau terserempak ngan orang kampung. Malu besar nanti. Namun ada la jugak jumpa 2-3 geng-geng dari Lipis.



"Hek ele... tengok Siti."

"Kitaorang dari bentong tadi, singgah sini jap beli ayam goreng"

"Ala... ngaku je la."



Time Siti nyanyi je hujan makin power. Aku tak boleh blah la kalau hujan ni. Jadi kitaorang mengambik keputusan untuk angkat ayam beberapa ketul sorang dan terus blah.



Tips nengok konset:

1) Jangan pasang payung kalau hujan, orang belakang tak nampak.

2) Jangan isap rokok tengah orang sesak-sesak, kesian kat makcik-makcik/bebudak kecik.



P/s: Seingat aku dalam koleksi aku ada beberapa keping gambar Siti masa sekolah ari tu. Puas aku cari tak jumpa. Ekslusif ni. Dalam majalah takde sebab diambik daripada koleksi peribadi senior aku masa sekolah dulu. Kalau ada request aku akan cari balik gambar tu secara serius. Korang nak tak ni?

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa