:: Grind 57 Skate Gathering

Image Hosted by ImageShack.us

-28th August 2004
-Dewan MCA Raub
Event ni lah, sepanjang karier aku, satu session yang paling best sekali. Semua orang ada. Semua skaters yang aku penah session sama-sama ada main sekali bawah satu bumbung.
Dalam keletihan tahap premium tu aku gagahkan jugak diri untuk turun ke Raub menunjukkan rasa sapot aku terhadap event ni. Ketibaan aku ke dewan tersebut telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua yang ada. Aku yakin sangat Abu lah yang menjadi dalang kepada semua ini. Time aku sampai tu awek tak ingat ramainya. Joe Ipoh ngan Am Cheras (skaters undangan) telahpun stop main. Jadi tak sempat aku nak komplen apa-apa pasal persembahan diaorang. Aku sampai agak lambat sikit. Dengarnya sebelum tu ada DO bagi ucapan perasmian. Semua orang dah makin terrer. Aku je yang selenge lagi main. Tapi aku peduli apa, yang penting enjoy dan happening. Zeba, Sapik ngan Ki tiba selepas beberapa jam ketibaan aku memeriahkan lagi suasana. Aku punya letih toksah cerita. Takde sebarang gambar-gambar yang aku miliki berkenaan event ni. Overall ni lah event yang paling aku enjoy sekali pegi. We had so much fun. As for the guest skater, sorry bub, today locals steal the show.
-aku hanya land 3 trick je
-tapi gua punya eksiden tak ingat. Pergelangan tangan aku masih sakit sampai ke hari ni.
-Balik dari Raub malam tu sempat lagi jamming sejam menyebabkan aku tak mampu lagi bergerak ke mana-mana sebelah malamnya.
-Raub scene memang best!!

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa