:: tiruk time!

Image Hosted by ImageShack.us Dalam migrain-migrain buat banner tu gua sempat merempit ngan Pedal ke Kolam Air Panas Bentong. Kitaorang gerak dalam pukul 6.30 pagi gitu. Angkat nasik lemak, teh tarik tapau lebih kurang pastu terus gerak. Sampai-sampai je aku kagum tak ingat. Kat permukaan kolam tu ada asap-asap macam cerita hantu. Air dia hek-ele... tak la panas sangat. Ada lumut-lumut apekejadah kat dalam kolam tu aku bajet mesti mineral deposit dari mata air panas tu. Yang mematahkan semangat aku nak tiruk masuk dalam kolam tu adalah ternampak sesuatu melompat dari dalam kolam tu ala-ala ikan paus cawangan kecik. Aku saspek mesti jembalang kolam tu sesaje buat takutkan kitaorang.
Overall facilities kat sana cukup lengkap tapi tak terjaga. Semua mende dah rosak. Memang aku dah lama mengidam nak berendam dalam kolam air panas pepagi buta, tapi sayangnya hantu kolam dah membatutkan hasrat aku.
Korang ada mana-mana port kolam air panas yang lain? Bagitau la aku.

Comments

Anonymous said…
kau biar betul ada jembalang situ... aku pernah tiruk situ jam 11 mlm.. bersuluhkan lampu kereta.. tu pun terjumpa port tue coz tersesat jalan...konon nyer nak balik jengka taknak lalu tol...

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa