:: Karnival Lipis 2004

Tahun ke tahun karnival Lipis semakin selenge. Malam perasmian semalam lagi selenge. Artis ramai gile tapi tak sempat nak perform sebab tak cukup masa. Sebabnya? Ucapan panjang berjela dari tah sapa-sapa tah. Paling selenge sekali takde pertandingan kugiran seperti tahun sebelumnya. Maka karnival lipis hanyalah untuk makcik2 dan pakcik2 serta kanak-kanak. Yang muda-mudi remaja boleh menggunakan kesempatan ini untuk merempit motor masing-masing dengan jayanya.

:: Hei si gadis yang manis
Usyar2 laptop Pedal terjumpa pulak gambar sorang gadis ni. Masa first time aku tengok, hati aku berkata "Ini orang ke bidadari?". Lalu gueh save ka dalam disket, dan hasilnya!
(gambar ini hanya akan diremove jika terdapat sedikit sahaja komplen dari sesiapa yang concern sangat kononnya)

:: Bertemu Yasin Senario
Dia ni memang lawak sampai ke tulang orangnya. Tapi aku tak jumpa langsung gambar dia dalam internet. Sesapa ada passing la kat aku!

:: Video of the week special!
Gua jumpa video ni kat Jiwang.org. Aku sangatlah merekomen korang untuk download dan menyaksikannya sendiri. Aku memang suka. Muse- Butterflies and hurricane tu mungkin akan stay sampailah ke tarikh release single lagu tu pada 20th Sept.
Alizee - La Isla Bonita
kat section download diaorang di:
Image Hosted by ImageShack.us
*update 8.30pm- ada lagi 2-3 vclip yang power kat jiwang ni. Korang check la sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa