:: McDangdut

Image Hosted by ImageShack.us

Semalam kat Mentakab, sekali singgah kat The Store pekena Sundae McD, peehh! Dia punya texture, dia punya manis, dia punya rasa. Bila suap masuk mulut, tekan pakai lidah kat lelangit, aiskrim dia akan merebak ke serata mulut membenarkan semua deria rasa kat lidah tu rasa kemanisannya. Aiskrim dia pekat tak ingat. Liat pulak tu, campur ngan cekelat dia. Rasa cekelat dia unik. Aiskrim tu sejuk tapi cokelat dia panas menyebabkan aiskrim mencair terkena cekelat tu...

Realitinya:

Image Hosted by ImageShack.us

-Makanan kat McD tu tak bagus/tak menyihatkan

-Ternakan mereka terseksa hingga sampai masa nak sembelih/dimakan/jadi burger.

-McD tak hirau pasal alam sekitar, yang penting, profit/keuntungan.

-Pekerja diaorang gaji 'talak untung punya'.

-Hutan semualajadi dimusnahkan untuk buat kertas packaging/ternak lembu.

-Bungkusan makan segera diaorang, langsung tidak dikitar semula.

-Korang ingat berapa ramai ayam/lembu yang mati jadi burger selama ni?

-Makanan diaorang semua kategori 'junk food' macam Super Ring, Mamee ngan Tam-Tam.

Klik:

Image Hosted by ImageShack.us

p/s: aku dah lama berhenti menghalang diri aku daripada melakukan apa-apa yang aku suka

Comments

daria said…
yep.. tengok dvd dokumentari"super sized me" terus hindari fast food ini..

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa