:: Sakit Demam

Image Hosted by ImageShack.us

sebagai seorang perokok handalan yang berjaya, aku seringkali ditimpa sakit batuk yang berlarutan. Dalam setahun adalah beberapa kali kena. Bila kena, aku tau yang 2-3 minggu akan datang adalah hari-hari yang takde ong punya. Kekerapan aku kena penyakit telah banyak mengajar aku. Sekarang aku kongsi bersama pengalaman aku dengan korang semua sebagai rujukan di masa akan datang.

Batuk:

-Batuk adalah penting untuk memastikan salur tekak dan pernafasan tu bersih.

-Tapi kalau batuk banyak sangat maksudnya ada penyakit lain la pulak.

-Batuk yang aku selalu hidapi bukanlah berasal dari alergik, asma ataupun jangkitan paru-paru seperti pneumonia atau bronkitis yang teruk. Tetapi punca dia adalah dari merokok. Mungkin aku hisap terlalu banyak, ataupun baru-baru ini menukar brand. (sesekali merasa hisap cerut ataupun masalah kewangan yang menyebabkan aku terpaksa isap rokok murah)

-Batuk terjadi disebabkan oleh kahak (atau:gede) yang ingin dikeluarkan oleh badan melalui proses semulajadi (batuk). Jadi untuk menghentikan batuk, bolehlah menarik keluar semua kahak tersebut.

-Guaifenesin (bahan boleh didapati dalam Breacol)boleh membantu menarik keluar kahak tersebut. Tapi kena minum banyak air baru jadi.

-Ubat batuk 'hitam-punya' yang mat fit selalu beli kat farmasi tu memang boleh meredakan batuk. Walaupun batuk ni perkara yang menyakitkan, tetapi ia adalah satu cara untuk badan 'menyelenggara' secara otomatik. Jadi, kita mungkin tak nak menghentikan proses 'penyelenggaraan' ini melainkan ia mengganggu proses penyembuhan itu sendiri seperti tidak boleh tido dan tidak boleh duduk diam dalam kelas ataupun menyuarat.

Jesteru itu kalau batuk, batuklah dengan tune dan alignment yang betul di mana batuk tersebut benar-benar berfungsi untuk taruk keluar kahak (gede).

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa