:: Setiap sedutan membawa erti

Image Hosted by ImageShack.us Pagi tu pada mulanya sungguh ceria. Setelah membeli tiket perjalanan ke Bentong, aku ingat ada baiknya aku layan asapan rindu dulu sepam dua sebelum naik bas. Aku tengok auntie yg jaga kedai tu tengah tepek tanda harga kat rak rokok dia. Darah aku menyirap ke kepala. Harga rokok naik lagi. Naik sampai Rm1.10. Aku rasa inilah kenaikan harga yang paling tinggi dalam sejarah. Aku tau harga rokok akan naik tapi aku tak duga dia naik hari tu. Sepanjang perjalanan dalam bas hati aku menyumpah seranah mengenai harga rokok ni. Banyak mende aku pikir:
-Kerajaan mengeksploitasi tabiat merokok rakyat untuk mengaut keuntungan
-"Kempen 'Tak Nak!' tak menjadi. Baik kita naikkan harga rokok."
-Cubaan untuk menaikkan taraf aktiviti merokok kepada aktiviti golongan elit.
-Supaya duit rakyat semua abis kat rokok je, takde la habis beli perabot/membazir/susu anak.

Image Hosted by ImageShack.usRasionalnya, perokok tetap akan merokok. Bebudak sekolah tetap akan belajar merokok. Masyarakat akan membazir dengan lebih drastik lagi membeli rokok.
Tiba-tiba koleksi tembakau import aku berasap kembali.
Tiba-tiba rokok murah rasa sedap.
Tiba-tiba aku jadi kurang merokok.
Tiba-tiba aku sanggup menumpahkan darah kalau ada yang berani pow rokok aku.
Jesteru itu, menurut pendapat aku tindakan menaikkan harga rokok ini tidak akan menbawa sebarang impak yang besar. Macam biasa je. Mulai hari ini, belilah rokok bebas cukai. Belilah rokok seludup. Sokonglah aktiviti penyeludupan rokok supaya kita boleh menikmati rokok yang murah. Bila banyak permintaan terhadap rokok seludup, maka tokei-tokei smuggle ni akan lebih berani menyeludup dalam kuantiti yang lebih besar. Pasaran rokok akan dipenuhi dengan rokok murah. Sapa nak beli rokok mahal?!
TAX SUCK, BUY SMUGGLED CIGARRETES

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa