:: buat seketika aku terasa tua

akhir-akhir ni aku terasa macam dah tua. Bukan sebab kanak-kanak kecik yang panggil aku 'pakcik'. tapi sebab aku tak tahu trick-trick baru dunia html skang ni. Banyak dah yang aku ketinggalan. Kalau dulu, ye lah. Ada baru je terus serbu try macam dapat pisang goreng panas. Tak boleh jadi ni. Dengan kesedaran ini, aku berhasrat untuk sekali lagi meng-adjust layout blog aku nih.
Ini adalah sketch untuk layout baru ni.
Image Hosted by ImageShack.us
Memula sekali aku ingat nak pakai Fireworks ngan Dreamweaver, sebab dah lama tak main mende ni. Tapi, sejauh mana pun teknologi terkini dalam html authoring ni, aku tetap menaruh kepercayaan terhadap Notepad dan Cut and Paste script.
Memula aku ingat nak letak gambar makwe yang comel-comel. Tapi dah banyak sangat makwe yang aku gunakan dalam hasil kerja aku yang lalu. Kali ni aku nak letak kelainan sikit. Aku nak letak gambar makwe cawangan hantu pulak. Aku nak gambar makwe hantu ni memberi kesan yang mendalam, dan korang akan teringat lama setelah meninggalkan laman web ni.
Pepehal cakap banyak senang la. Entah jadi entah tidak. Tapi setakat ini, itulah perancangan aku. Tunggu dan lihat

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa