:: mimpi ngeri

Image Hosted by ImageShack.usdah lama dah aku tak mimpi mende-mende yang bangang macam ni. Semalam aku mimpi ada alien ramai-ramai dah serang bumi ni. Orang semua lari bertempiaran. bangunan banyak yang musnah, dan ramai awek-awek telah mati begitu saja. Semua penduduk Lipis lari mencari perlindungan kat umah aku. Duduk dalam umah aku semua orang berada dalam ketakutan. Daripada beranda umah aku tu aku nampak bangunan Maybank Kuala Lipis musnah dibom oleh makhluk asing. Ramai orang telah mati. Dan nampak makhluk asing tersebut menuju perlahan-lahan ke rumah aku, iaitu perlindungan terakhir untuk penduduk Lipis. time tu aku terasa amat takut dan cemas, tapi time tu jugaklah aku terjaga dari tido. fuhh... lega mimpi je.
Barangkali kalau tak mandi selepas memanjat rambutan akan menghasilkan mimpi yang bangang sewaktu tido.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa