:: saya ralat

Begini ceritanya. sudah hampir 10 tahun aku memang gemar cari/beli kasut-kasut bundle (terpakai la...). dah banyak koleksi aku. selalunya aku dapat kasut-kasut yang jarang ditemui, kasut yang takde dealer kat malaysia ni. kasut-kasut yang aku dapat kat bundle tu, aku boleh gerenti aku sorang je kat malaysia ni yang pakai. sebab tu selalu ramai yang jaki dengan kasut-kasut aku. kalau ada mat-mat kelantan yang bukak guni kasut bundle tu, aku la yang first sekali pegi gali macam orang gila. Dan hasilnya, kasut-kasut yang aku miliki ni orang nak beli dengan harga yang berlipat-lipat kali ganda. padahal masa aku beli tu harganya murah sangat. aku ada kasut DVS pattern yang first sekali syarikat diaorang keluarkan, DC Shoe yang logo lama tu, Airwalk lambang gambar lada dan macam-macam lagi kasut yang mempunyai nilai 'rarity' yang sukar dicari.



Ada satu hari tu aku tengah takde duit. Sembang ngan memeber kat kedai. time tu aku pakai kasut Axion yang aku baru je 2-3 bulan dapat. Tak sempat bawak beraksi lagi. macam biasa rakan-rakan aku tu mengushar kasut aku ni. tengok diaorang macam berminat je, aku offer (time tu gua tengah sengkek beb...) "kalau korang nak ambik la kasut ni, aku tolak RM50!". pastu aku gelak menunjukkan bahawa aku tengah takde duit dan hanya berseloroh.



2-3 minggu lepas tu aku bawak kasut ni pegi skate demo kat raub. kasut Axion aku ni tak menghampakan aku. prestasi dia benar-benar membanggakan. dia punya pop, dia punya slide melekat, dia punya tapak mencengkam, benar-benar sesuai dengan teknik permainan aku yang tak terrer langsung ni. lama-kelamaan kaseh sayang aku terhadap kasut ni semakin mendalam. sampai aku sayang nak pakai. aku pakai time-time penting je macam pegi ushar awek, pegi beli tiket bas dan pekena kerang rebus kat Ali Kapak. Bila aku jalan-jalan kat Kolumpo aku ushar-ushar kedai kasut skate, memang tak jumpa pattern yang macam aku pakai ni. aku rasa kat malaysia ni takde dealer yang khas betul untuk kasut Axion ni. (aku rasa la..).



semalam ada sorang member ni jumpa aku,

"Tak lama lagi cukuplah duit aku kumpul. menjelang raya nanti aku angkat kasut ko..."

"kasut yang mana satu?!" aku terperanjat.

"Ala.. kasut Axion yang ko cakap nak jual ari tu..."

time tu menyirap darah aku. tak sangka masa aku cakap tu, member aku sorang ni menanam azam untuk menyambar kasut aku ni dalam diam.



skang aku terasa ralat. padahal kasut Axion tu berada dalam Top 5 kasut kesayangan aku. rasa macam nak nangis...



skang aku consider:

-kan baru beli kasut Reebok ari tu.

-kasut banyak-banyak buat apa?

-member aku ni berhak angkat kasut ni daripada aku sebab dia kumpul duit nak beli dari aku.

-mana nak dapat dah kasut macam ni?

-RM50 tak padan harga.

-prestasi bersukan akan merosot dengan drastik tanpa 'killer shoe' ni.

-tak jadi tolak kasut ni kat dia bermakna 'street cred' aku akan merosot.



ada sapa-sapa nak begi pandangan/pendapat?



Axion Footwear

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa