:: Tragedi Lemang Husin

Kitaorang memang takde harapan nak bakar lemang sendiri. Jadi kitaorang amik inisiatif untuk order je lemang barang sebatang dua.
Husin dah bertahun-tahun freelance bakar lemang secara komersil. Jadi Mum aku pun berhasrat nak order kat Husin ni, tapi pada masa yang sama kitaorang tak tau langsung pasal track-record Husin punya bisnes ni.
Malam sebelum raya aku pun merempit ke rumah Husin untuk amik lemang yang kitaorang order. Time tu dia tengah pedih-pedih mata bakar lemang. Bila dia nampak je aku, terus dia amik lemang yang kat atas api tu, packing dan bagi kat aku.
"Eh dah masak ke pakcik?"
"Mesti la dah masak. Saya ni pro!"
Tetiba bini Husin, Makcik Mah mencelah,
"Ahh awok ni Amin, macam tak tau je, suami aku ni memang pro bahagian lemang-lemang ni. Mana pernah dia bakar lemang tak masak!"
"OK fine.."

Sampai je kat umah aku tak sabar-sabar nak pekena lemang yang baru aku ambik tu. Kebetulan Mum baru selesai masak rendang ayam. Tanpa berfikir panjang lagi aku pun belah lemang tu. "Aik... putih semacam je lemang ni!" getus hatiku.
Tapi memandangkan aku dah kemaruk sangat, aku pun pulun je semacam. Tengah syok pekena lemang Mum datang.
"Wei lemang ni tak masak ni. Tak nampak tu putih je"

Pagi raya aku diserang cirit birit yang serius. Setiap kali aku terpaksa merempit ke tandas aku menjerit,
"DAMN IT HUSINNNNNN!!!!"

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa