:: Awek yang hilang selipar

Ada awek 2 orang ni masuk kedai aku guna kompiter. Masa tu aku kat umah pekena Alias. Bila aku turun aku pun jeling-jeling nak nengok macamana rupa paras budak ni. Sorang tu tak bape cun, pastu sorang lagi muka tepung. Tetiba jelingan aku berjaya dikantoikan. Lalu aku macam biasa buat-buat senyam ramah untuk cover-line.

Diaorang ni bebudak lagi. Stail gedik-gedik mengada-ngada. Maklumlah bebudak baru nak membesar. Masa diaorang nak kuar tu, tetiba menjerit budak ni. "Selipar ilang!!". Tak sempat pun aku yang caring ni bertanya apa yang dah berlaku, dari mulut diaorang dah kuar macam-macam sumpah seranah. Tak tinggal jugak petik-petik nama orang yang diaorang saspek curi selipar dia tu.



Kalau la muka ko tak tepung

kalau korang ni elok bahasa percakapan

kalau la korang ni tak buat perangai gedik

Kalau la korang mintak bantuan aku instead of maki-maki

aku sanggup naik umah ambik selipar bagi korang pinjam

tapi dalam kes sebegini...



Korang balik kaki ayam je lah!

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa