:: Ayam

Masa zaman dulu-dulu, Kuala Lipis ni adalah satu ibusawat ayam yang popular di sekitar pahang ni. Masa dia jadi ibu negeri ari tu. Kat area jalan Jelai ni, aktiviti ayam ni memang meluas. Pelombong-pelombong yang baru dapat gaji semua akan flock ke Jalan Jelai ni untuk pekena ayam. Tak kira la yang bujang ke, yang lepas kahwin ke.
Skang ni aku saspek aktiviti ayam ni dah mula bertapak kembali kat Lipis ni. Ada seorang bapak ayam yang selalu supply ayam untuk warga tempatan. Ada ayam muda, ayam tempatan, ayam international. Saban hari ada je muka-muka baru yang fresh. Dan ayam-ayam ni takkan stay lama kat Lipis ni. Diaorang akan digantikan dengan ayam lain. Paling lamapun dalam 3 minggu je.
Malam semalam masa melepak kat Kompleks Alamanda (Cawangan Lipis) maka datanglah ayam 3 ekor kuar dari persembunyian rahsia diaorang untuk pekena makan malam. Ayam muda beb. Pakai seksi. Muka boleh tahan. Semua orang usyar semacam je. Mungkin ini adalah kempen saraf bapak ayam tu untuk mempromosikan ayam baru diaorang ni.

Hai ayam...
mengapalah engko jadi ayam?
Kalau engko tak ayam
Kalau engko kerja jual mee goreng hailam.
boleh jugak aku apply mengorat.

Rugi lagi sorang muka cantik

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa