:: Edisi Petang

:: Ayam (II)

Zaman dulu kat Kuala Lipis ni ada satu kedai jual nasik ayam yang sangat popular. Nama dia Halim Nasi Ayam. Time lunch hour padat ngan orang pekena nasik ayam. Setakat datang pukul 3 petang, jangan harap nak dapat pekena sebab ayam dia semua dah sold out menjelang waktu itu.

Entah macamanajaddah dia boleh buat nasik ayam yang best masih lagi menjadi misteri. Ayam dia semuanya soi-soi. Sup dia terasa macam sup betul (bukan sup kiub ayam). Pedas-pedas dia just nice. Nasik dia penuh dengan aroma sampai korang rasa makan nasik gitu je dah cukup.

Kendian Encik Halim ni ada masalah kewangan yang sangat serius. Dia terpaksa menamatkan aktiviti dia dan berhijrah. Buat seketika semua orang Lipis keputusan bekalan nasik ayam yang champion.

But we have'nt seen the last of Halim Nasik Ayam.

Halin sempat menurunkan ilmu nasik ayam champion ni kepada seorang kroni dia. Tak lama selepas itu dia bukak pulak satu kedai nasik ayam siap dengan breakfast menu. Maka legacy nasik ayam champion Kuala Lipis tak berakhir di situ.



Cerita kosong takde makna

Lusa aku ingat nak pekena nasik ayam.



:: Hari yang Migrain

Au bangun je dah sakit kepala. Banyak mende nak kena buat ari ni tapi semua tak jalan. Aku prefer melepak nengok gambar gadis kat pc. Pastu kat tengkuk aku ada pulak macam cramp-cramp. Orang cakap salah tido. Tapi apa jaddahnya salah tido. Macamana teknik tido aku boleh salah? Ada cara lain ke nak tido yang aku tak tau?



:: Lagu Karat Minggu Ini

Pade ada datang opis aku bawak hard disk. Dalam tu punyalah banyak video. Tak sempat nak nengok semua. Lagu pun banyak. Aku jumpa satu lagu yang dah lama aku cari. KRU- Janji Tinggal Janji. Zaman dulu aku ada kaset. Tapi dah hilang. Sekali sekala aku nak jugak pekena karat-karat ni.

Gadis... yang ku pinta hanyalah satu

Semadikanlah kenanganmu bersamaku

Walau ditakdirkan tak bersama lagi

Kau gadis pertama yang ku cintai




:: Seleksi Video Minggu Ini

Ni dari Awek Minggu Ini (Delta Goodrem)



Kylie Minouge - I Believe In You

Image Hosted by ImageShack.us

Kalau video akak Kylie ni mesti best pekena. Walaupun usia dah lanjut, tapi solid lagi beb. Video-video dia banyak meneroka idea baru dalam penyampaian visual. Dan cara dia present diri dia sendiri memang kreatif berjaya mencapai tahap seksi yang maksima (pada usia dia la). Saya suka sangat.

Kylie, we give love to you.



Pepehal itu sahaja untuk Edisi Petang.

Aku nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Kepada semua.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa