Image Hosted by ImageShack.us



Gambar ni dah lama dah kitaorang ambik. Time tu rambut aku pun pendek lagi. Tetiba baru ni Mael cakap ada hantu menumpang ambik gambar. Memula panik jugak. Pastu tengok bebetul, hek ele.. biasa sangat jadi macam ni. Kalau hantu sekalipun, datang la dekat-dekat sikit, baru clear. Ini tidak, main duduk jauh-jauh pulak.



Gambar ni kitaorang ambik kat tempat jamming Pakcik Rahim. Jamming dia ni dia letak kat umah kerajaan lama yang dah lama orang tinggalkan. Sebab kat situ dia boleh curi karan dan menjimatkan kos jamming dia ni.



Pakcik Rahim penah cerita, ada satu malam tu dia trainning sampai larut malam. Pastu bila dia balik, dalam keta dia ada terlebih sorang penumpang. Time tu Pakcik Rahim ni buat cool je dan pusing balik ke jamming tu. Sampai kat jamming tu, dia bukak pintu dan politely suh hantu tu kuar. Dia cakap

"Toksah la ngikut komeh..."



Pepehal gambar ni memang tak meyakinkan langsung. Mungkin refleksi mende-mende lain macam dahan pokok, sarang tebuan, langsuir ataupun jembalang tanah yang kebetulan cari makan kat situ. Pepehal kehadiran hantu ni telah mencacatkan gambar aku yang tengah posing baik punya ni.



:: Coming Soon

-The RM10,000 t-shirt (Spesel Feature)

-Game character that looks like Bidadari.

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa