:: Kampung Gua - Sungai Koyan - Tanjung Lipis - Kuala Lumpur - Tanjung Besar [Non Stop]

Kampung Gua

Sebelum merempit ke Sungai Koyan aku kena pikap Ben yang berada kat Kampung Gua. Kampung gua ni kampung yang stail tepi-tepi jalan. Nampak la kemeriahan sambutan dengan keta-keta yang bersusun tepi jalan. Semuanya anak-anak yang jauh balik datang beraya. Kat kampung gua ni aku miss nengok orang sembelih lembu. Yang ada hanya sup gearbox terhidang untuk aku. Jadi aku pun pekena la sedas dulu sebelum memulakan perjalanan ke Sungai Koyan bersama Ben.



Sungai Koyan

Sungai Koyan ni umah member aku masa sekolah dulu. Yati namanya. Aku ingat dekat je pegi sini, rupanya jauh tak ingat. Lalu ikut tengah ladang kelapa sawit. Naik pedih la jugak mata nengok kelapa sawit terbentang luas. Pepehal aku dah janji ngan Yati nak datang jadi aku tabah je sepanjang perjalanan. Sampai umah Yati aku ngan Ben melepak pekana air oren satu jug. Sembang-sembang. Paling best Yati ada bawak member dia balik. Orang Kedah. Elok sangat rupa paras orangnya. Yati ada hidang satu hidangan yang aku tak pasti apa namanya. Lontong ke, lotong ke, soto ke apa tah. Yang penting best.



Tanjung Lipis

Menjelang petang aku ngan Ben pun beransor pulang ke Kuala Lipis. Sampai umah aku dan mandi-manda je, pastu terus ke umah famili ipar aku kat Tanjung Lipis. Diaorang menganjurkan parti satay raya aji. Kat sini 2 family berkumpul sama-sama bakar sate dalam keadaan yang chaos (sebab semua amatur bab bakar sate ni). Kejap-kejap kang api besar, semua kecoh. Kejap-kejap kang api padam, kecoh lagi. Yang penting perut aku padat ngan sate. Diaorang semua memang champion bab-bab hospitality ni.



Kuala Lumpur

Pepagi lagi abang aku dah tipon ajak pegi KL. Kebetulan aku pun kena naik jugak sebab banyak supply kedai yang tak berapa nak ada. Kat KL semuanya touch and go action. Takde berpleseran jenjalan nengok-nengok. Menjelang petang terus balik.



Tanjung Besar

Ni umah arwah Aki aku. Pakcik aku ada buat kenduri kat sini. Dari KL kami terus merempit ke Tanjung Besar untuk pekena kenduri. Macam biasa musim Raya Korban ni, sempat jugak aku pekana sup gearbox diaorang. Malam tu barulah aku kembali ke tanah air.



2 hari aku kehulu-kehilir non-stop. Badan akupun dah macam seat keta dah. Letih tapi seronok sebab banyak dapat jumpa muka-muka yang aku jarang nengok. Pepehal raja aji tahun ni memang best. Tapi ralat sebab tak dapat nengok orang sembelih lembu/kerbau.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa