:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

Tak berapa lama dulu Kuala Lipis dikejutkan dengan satu hidangan istimewa kat RapiShop (Kedai mamak) iaitu kepak ayam madu. Makanan ni menjadi sangat popular di kalangan pekerja-pekerja lombong dan mereka-mereka yang baru balik dari pejabat.



Perusahaan kepak ayam madu ni dijalankan oleh En.Hasan. Dia menumpang kedai RapiShop ni untuk berniaga. Berasal dari Sabah (yang popular dengan kepak ayam bakar), bapa kepada 2 cahayamata ni telah menempa nama sebagai kepak ayam yang paling champion sekali kat Lipis ni. Biasa dia bukak time 3-4 petang. Dan menjelang pukul 6pm, semua supply dia dah habih. Orang berebut-rebut beli.



Kepak ayam dia toksah cerita. Berkilat-kilat dipanah matahari. Di bakar sampai keperang-perangan dengan aroma yang menusuk. Dihidangkan dengan sepiring sos istimewa (agak cair dan manis). Menjadikan kombinasi pencicah yang paling ideal untuk kepak ayam dia ni.



Kepak akan dipotong di bahagian sendi menjadi 2 bahagian. Biasa aku balun drummet dia dulu, baru pekena wing dia sebagai jurus finishing. Memula korang patahkan hujung sayap tu. Gigit-gigit dengan manja, kendian progress ke bahagian yang tertinggal tadi. Bahagian ni ada 2 batang tulang. Seluk ke dalam daging yang empuk tu (pakai jari), dan keluarkan tulang yang pertama (mana-mana satu pun boleh). Time ni kulit dia dah terkoyak dan menampakkan isi yang putih dan berasap kepanasan. Nanti! Jangan masuk mulut lagi! Cicah kat pencicah dia sampai hati korang terharu menengok keputihan isi ayam yang empuk tu dicemari dengan merah pencicah istimewa tu. Pastikan pencicah tu meleleh, baru stylo. Pegang hat hujung tulang yang tertinggal tu. Kendian macam biasa, pejam mata pelan-pelan... masuk dalam mulut, tarik tulang tadi (hanya tulang je keluar, isi tinggal dalam mulut) dan kunyah. Pada peringkat ini tidak mengapa untuk mengalirkan air mata. Semua orang pun macam tu.



Dan yang paling penting, harga kepak ayam dia ni hanyalah RM1.20 (masa mula bukak dulu RM1.00).



Tetapi itu semua tak lama. En.Hasan telah diserang penyakit yang misterius. Dia jarang bukak gerai kepak ayam dia. Ramai yang kecewa. Last-last dia stop. Ke mana haluan En.Hasan ni kitaorang tak tau. Dengar cerita dia dah balik Sabah.



But we have'nt seen the last of Kepak Ayam Madu. En.Hasan sempat menurunkan ramuan istimewa dia kepada RapiShop. Lalu RapiShop telah mengupah seseorang lain untuk menjual kepak ayam madu di kedainya.



Namun, rasa dia dah takde 'kick' sebagaimana En.Hasan buat. Dah tak pure. Takde feel. Teknik dia bakar pun macam lari tune sikit. Tapi rasa ramuan En.Hasan tu tetap ada. Cuma feel je dah hilang.



Malam semalam sekembalinya dari Mentakab, aku singgah kat Jerantut untuk makan malam. Ada ternampak orang jual kepak ayam bakar. 'Kepak Ayam Madu' katanya. Maka aku pun berhajat nak sample kepak ayam ni. Hasilnya sangat mengecewakan. Ada something wrong dengan teknik membakar dan aplikasi madu dalam kepak ayam dia. Madu tu hangus dengan teruk sampai hilang definisi rasa dia. Dah tu hidang pulak ngan kuah kicap pedas. Satu kombinasi yang gagal sama sekali. Tak sedap tu aku tak kisah sangat sebab nak komplen banyak-banyak kang, mende tu makanan. Tapi yang paling aku hangin harga dia.



Kamon la... RM1.70 satu?!

You got to be kidding me brader...

Comments

Anonymous said…
nak makan kepak ayam madu yg real punyer yer...simpan duit byk2,belilah tiket air asia yg murah tu dan terbanglah ke sabah..dah smpi sabah,lepaklah kat tanjung Aru beach resort..kat sana mmg byk gerai kepak ayam madu ni...dan rasa dia memang umpph...mmg boleh smpi mengalirkan air mata...saya mmg biasa buat apa benda yg tertulis tadi semasa menikmati kepak ayam madu ni..kecuali bab yg mengeluarkan air mata,sbb selalunya saya akn mengeluarkan kata2 waktu itu,seperti "masya-Allah,sedapnya!"

baca entry ni,mmg m'buatkan air liur ini merembes seribu kali lebih byk dari biasa dan membuatkan diri ini tidak sabar utk pulang ke kampung...

terima kasih kerana membuatkan saya terharu dengan kepak ayam madu ni..biarpun hanya dengan membaca entry ini,saya dapat rasakan ke enakkan kepak ayam madu tersebut...

ada rezeki,datanglah ke Sabah...

-not anonymous,but me,Nur-
Anonymous said…
Adik oi...
Jgn marah kalau org jual kepak ayam madu tu mahal sket. kak emi pun pengusaha gak, suami org sabah so kak emi balik sana mintak ilmu. mula start gerai kecik depan rumah kat Yong Peng. sehari 20kg, masa tu kepak ayam baru $6.80 sekilo, ada la 20-22 kpg. org makan sume kata kaw! pastu krisis ayam. walaupun kerajaan kontrol harga ayam bulat tu, supplier naikkan harga chicken parts sebab benda tu tak dipantau harganye. sekarang kepak ayam bbq cut tu paling murah $9.50. belum cuci dah jatuh 95 sen. Nak buat camne? kos dik..
Anonymous said…
Skrg kak emi dh buat industri kmpg buat kepak madu frozen. dah siap masak, balik tinggal panaskan. kalau malas nak beli kepak ayam sedab ayam mahal, boleh beli sos perapan ayam tu, 1 botol boleh perap 2 kg ayam. harga $4 jer. borong kalu boleh murah banyak! So far, jual sendiri. jadi suri rumah sambil berjual ni susah gak. bawak anak deret2 gi niaga. doakan lah yang terbaik, semoga allah mudahkan rezeki kak emi. amin

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa