Image Hosted by ImageShack.us

Malam semalam. 10.05pm

Suasana cerah ibarat siang
bulan mengambang penuh
bersinar ceria
Bintang berkelipan

Sejak dulu lagi aku saspek. Bila bulan mengambang penuh, tarikan graviti bulan tu memberi kesan terhadap otak aku. Dan seterusnya mengaktifkan mode blues yang jarang-jarang sekali muncul. Bila mode blues telah diaktifkan, pemikiran akan menjadi berkarat. Thus, the term 'Jiwang Karat'. (Hek ele...)

(Start pada sini, korang baca dalam keadaan bergema)
Hari-hari aku memujuk diriku.
"Sudah-sudah la tu... apa lagi yang nak di-sasau-kan?"
Dan aku juga dah nekad, aku tak nak dah hantar-hantar mesej pesanan ringkas. Hantar kredit ke. Aku tak nak dah me-refresh ingatan aku.
Tapi sekali-sekala ada jugak SMS-SMS yang kantoi ter-send ke bumi kenyalang tu.

Mende-mende yang telah berlaku terhadap aku ni terlalu rumit/sulit untuk difikirkan. Indeed, they all have a certain reason. Unfortunately, the reason is
way beyond my ability to comprehend.

and then I remember to relax, and stop trying to hold on to it, and then it flows through me like rain-
Hakikat apa yang telah berlaku

And there's nothing else I can really do
there's nothing else I can really do at all

Tiit tit... tiit tit...
One message received - Read
From:
Bidadari


Keluar, dongak ke
atas...
Malam ni saya
hadiahkan langit
untuk awak...

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa