:: Membangkitkan Wolverine yang terlena

Image Hosted by ImageShack.us

Hari tu aku semangat waja nak simpan rambut. Pekena rambut panjang pulak. Kemudian tetiba terasa rimas. Tanpa pikir panjang aku pun pegi potong.



Kedai Gunting Rambut Bintang (est. '60an) adalah pilihan primary aku sejak zaman-berzaman. Kat sinilah aku first time potong rambut (kat kedai). Dan sampai hari ni seingat aku, aku tak penah pegi potong rambut kat tempat lain. Kedai ni kedai india. Semua crew dia india.



Masih jelas dalam ingatan aku masa aku kecik-kecik dulu, potong rambut kat sini. Punya la ligat tangan mapley tu, sekali terpotong sikit secebis dari cuping telinga aku. Magiknya aku tak menjerit pulak. Mungkin sebab aku tak duga langsung kelalaian mapley tu. Darah mengalir ke tengkuk aku. Mapley tu pulak panik. Kelam kabut cari ubat kuning. Mujur tak banyak sangat kena. Sikit je.



Namun kes tersebut tidak mematahkan semangat aku untuk terus mendapatkan perkhidmatan Kedai Bintang ni.



Trick dia gunting rambut kat kedai ni adalah jangan banyak komplen. Suruh je dia potong. Pastu balik umah, mandi dan korang apply sendiri styling macamana nak. Macam tu lah yang aku buat selama ni. Kalau nak harap dia ejas rambut korang sampai jadi macam Hugh Jackman, jangan harap la. Semuanya ikut 'ong' korang. Kalau nasib baik, elok la jadinya. Kalau jenis 'talak-untung' punya ari tu, jadi la macam cilake rambut korang. Nasib la.



Masa aku belajar ari tu, aku ada satu stail rambut ni macam wolverine. Nampak macam rumit nak buat, tapi I have perfected the teknik sampai bagi aku senang je. FYI aku dah 5 tahun tak penah guna sikat untuk styling rambut. Semuanya hasil jari jemari lembut aku ni.



Kini setelah sekian lama, kini aku nak buat rambut stail tu balik.

Lepas ni bebudak kembali melarikan diri bila nengok aku. Makcik-makcik akan sekali lagi menganggap aku ni penjenayah. Dan sesiapa pun akan rasa tak selamat kalau naik lift sekali ngan aku.

Aku peduli apa?!

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa