:: Relive The Memories

Aku tau hari ni akan chaos dan aku terpaksa merempit ke sana-sini sebab hari ni aku akan berangkat ke bentong. Sebab tu awal-awal lagi aku dah mendapatkan sarapan yang berkhasiat. Hari ni aku pekena minum kat Restoran Tai Choong. Padahal tak penah-penah aku gi minum sini. Walaupun restoran cina, tapi semua kakitangan dia orang melayu.

Restoran ni corner lot kat tengah-tengah bandar Lipis ni. Antara restoran-restoran otai yang dah lama bertapak. Seingat aku sejak awal dunia lagi dah. Masa mula-mula bangunan tu didirikan, terus je restoran ni bukak. Kipas, suis kipas, meja kerusi dan semua peralatan dalam kedai tu sepatutnya dah hantar masuk museum.
Aku order roti kukus. 2 keping 'roti paun' yang dikukus dihidangkan dengan sepotong mentega beku dan sedikit kaya homemade. Mem-pekana hidangan seperti ini, yang aku tahu orang 50 tahun yang lalu pun pekena mende yang sama jugak, cukup membuatkan aku terasa satu perasaan 'old-school' yang manarik. Rasa macam zaman 50an dulu.

Roti paun kukus tu dihidang dalam keadaan panas yang berasap. Bila kita calit mentega beku, ia akan terus mencair dan menyerap menusuk ke dalam rongga roti tu. Belum boleh suap masuk mulut lagi. Kendian kita sapu pulak kaya homemade dia tu sampai meleleh-leleh. Lepas tu pejam mata kuat-kuat, baru suap dalam mulut. Pehh...
Menangis beb...

Kendian aku merempit ke stesen bas untuk membeli tiket ke bentong pukul 1.00pm. Benti je keta kat depan kaunter tu, terus ada sorang pakcik ni approach keta aku.
"Awak ni anak Ma Kampung Lalang kan?"
"Ha'ah pakcik" (time ni aku salam)
"Pakcik pegi hospital ni tadi. Uhuk uhuk..(batuk) Boleh tak hantar pakcik balik?"
"Balik mana?"
"Balik Kampung Lalang. Pakcik tak daya nak naik bas..."
Aku dalam hati:
"Hishh pakcik ni kang... Orang dah lambat ni. Nak balik bas pukul 1. Mana sempat. Minyak keta pun takde ni. Bukannya dekat Kampung Lalang ni. 16 batu pegi balik..."
"Boleh uhuk uhuk... boleh tak...?" tanya pakcik tu lagi.
Kesian pulak aku nengok pakcik ni. Lagipun bukan orang lain. Orang kampung aku jugak.
"Aa... boleh. Pakcik tunggu jap aa... saya beli tiket bas kejap"

Kendian akupun merempit menghantar pakcik tu ke kampung aku. Sampai kat umah dia.
"Terima kasih ye hantar pakcik. Nah, ganti minyak keta..."
Bila aku nengok duit yang pakcik tu hulur, bayangan...
-Mexican Chicken Hotel Centerpoint
-Kad topap celcom RM50
-Sundae McD
-Drumstick Zildjian 5B
-Rokok Kent9 sekarton
...silih berganti dalam fikiran aku.

"Tak payah la pakcik. Saya ikhlas hantar ni..."
"Jangan la macam tu, pakcik pun ikhlas jugak nak bagi awak ni."
"Tak payah... banyak sangat ni..." kata aku sambil ambik jugak duit tu.

Kampung aku ni jenis yang jauh masuk ke dalam. Bas pun lalu sampai simpang je. Dalam perjalanan kuar aku terserempak pulak ngan makcik jiran aku masa aku duk kat kampung ni.
"Weh! Datang maneh?"
"Aaa... Amin rupanye, datang bando ni tadi. Nak balik ke umah dah ni"
"Jalan kaki?"
"Ha'ah"
"Papalih jauhnye. Moh la saya hantor..."

Kendian sekali lagi aku masuk ke dalam kampung.
Makcik ni duduk kat sebelah umah aku time aku duduk kampung dulu. Masa aku kecik-kecik dulu, bila aku ter-stray main samapi ke umah dia, dia mesti panggil aku masuk dan ajak aku pekena nasik. Tak kiralah pukul berapa. Mesti dia ada stenbai nasik. Dan dia akan pastikan aku makan kenyang-kenyang.

Bila sampai umah dia, dia ajak aku masuk. Sebab ada mende nak kirim kat mak aku. Bila dah terlanjur masuk tu, apa lagi... Pekena nasik la jawapnya. Orang-orang kampung macam makcik ni selera diaorang tak di-spoil lagi dengan makanan-makanan yang 'high-end' macam yang kita biasa makan kat bando ni. Semuanya simple. Dia hidangkan aku sambal jering ngan ikan masin. Itu jam tangkap nangis punya aku makan. Pepalih best. Dia insist aku untuk tambah lagi nasik padahal aku dah 3 kali tambah. Dah kenyang tahap maharaja dah ni.

Aku balik dari kampung halaman aku sebentar tadi dengan perut yang kenyang tak ingat. Dan siap ada tapau sambal jering untuk mak aku. Dan aku tak perlu rushing lagi sebab aku dah awal awal beli tiket bas pukul 3pm.

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa