:: Tahun baru, mood baru, wajah baru, feel baru, hidup baru

Sambutan tahun baru aku malam semalam takde lagi berlari-lari macam orang gile. Melompat-lompat macam spastik dan berbaring di dalam longkang.
Sebaliknya aku me-repair damage yang aku lakukan sepanjang 2004 ni.
Aku kontek 'Bidadari'. Dan menyetel banyak perkara dengan dia. Setelah dibincangkan dengan teramat mendalam, akhirnya kisah 'Bidadari' ni sebenarnya takde ending. Ada lagi bab-bab baru yang akan datang.

Pasal blog ni. Pagi tadi aku ejas lebih kurang. Dan hasilnya aku pueh hati. Sebab ambil masa hampir 6 bulan untuk blog ni akhirnya kelihatan macam ni. Layout ni mungkin akan stay macam ni untuk satu jangkamasa yang panjang.

Jadi apa yang korang boleh expect dari Pyrokumprinx Advanced Media ni dalam 2005?
Aku akan start tulis balik sebuah cerita yang paling banyak mendapat hits dalam blog aku ni. Kali ni dengan semua detail dan setiap perincian tidak akan ditinggalkan. Sebab aku merasa ketenangan menulis pasal ni. Menulis juga satu ketika dulu satu passion bagi aku. Skang aku nak bangkitkan kembali semangat yang terpendam tu.
Ah... satu 'Deleted Chapter' juga akan di publish dalam zine Gangguan Teksual #3 yang akan di-releasekan kelak. Yang ni tak sesuai untuk kanak-kanak.

Tahun 2005 ni nanti ada banyak yang berubah dalam kehidupan aku. I can see it coming.

:: Azam?
Hoh, menatang azam ni trendy je sebenarnya. Pepehal untuk tak menghampakan korang semua, aku tulis la jugak.
-Bisnes macam raksasa/profit macam maharaja
-Puasa penuh
-Fitness tetiap hari
-6 pack
-Gradually kurangkan merokok sampai terberhenti ngan sendiri
-Mandi laut
-Sponsor ketibaan 'Bidadari' di tanah melayu
-Menetapkan perkara selain wang sebagai priority dalam hidup
-Melancarkan jurus penamat proses shut-down dengan dunia lepak
-Simpan rambut
-Tidak lagi meng-abuse janggut/rambut aku dengan styling yang ganas-ganas
-Membuat comeback dalam arena drumming dengan setup yang baru

Pepehal, Happy New Year!!

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa