:: Ku Gagahi Jua

Demam dan batuk aku skang ni dah mencapai tahap tepu. Sekali pekena batuk tu rasa macam nak terkeluar bijik mata. Pernafasan aku sangat terasa sesak. Nak menarik napas pun terasa seperti menyedut Coki-coki dari tiub plastiknya.

Namun aku ada banyak urusan yang perlu diselesaikan. Aku terpaksa merempit ke bank. Dan merempit pulak ke ibusawat kurier untuk menghantar beberapa barang dan dokumen. Cuaca panas terik sedikitpun tak membantu.

Kata orang, sentiasa beringat waktu sihat sebelum waktu tak sihat. Masa aku sihat aku banyak berfikir macamana kalau aku tak sihat nanti. Skang dah berlaku. Dan aku rasa lega sebab waktu sihat aku dah digunakan sehabis-habisnya.

Boleh saja aku lupakan semua urusan. Boleh saja aku melepak je kat umah sambil pekena air asam jawa sambil menonton Outback Jack yang ada ramai awek-awek cun di dalamnya. Tapi takde kerja maka takde profit. Takde profit bermakna kredit telefon yang berjumlah RM0.03 dan akses yang akan habis 2-3 hari lagi. Hek ele... nak hantar SMS pun tak lepas. Takde profit bermakna takde pekena mee kari Pak Teh ataupun kepak ayam madu di Rapi Shop. Takde profit juga bermakna pertarungan hebat di antara aku ngan Mr. Kwat si tuan tanah yang aku tak paham sepatah haram pun butir percakapannya.

Bukanlah aku lupa daratan mengejar wang ringgit. Tetapi aku memperbetulkan perjalanan hidup aku ni supaya tune dia ngam sepanjang masa. Bila tune dia betul, maka masalah tak berapa banyak bergurau senda ngan aku.

Dengan level kesihatan yang sangat low ini,
ku gagahi jua

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu