:: Repihan Hati

Warkah buat room mate saya yang baru
(baca dalam keadaan bergema)

Wei,
Maafkan aku jika panggilan sedemikian terlalu kasar buatmu. Namun ku rasakan kata ganti nama yang sedemikian adalah paling sesuai buat mu.
Pertama sekali ingin ku jelaskan kepadamu bahawa aku ni bukan jenis yang suka sangat nak main sound-sound orang ni. Tapi kalau dah obvious sangat maka aku terpaksa bersuara.
Aku jugak nak engko paham yang aku ni bukan hangin kat ko. Cuma aku nak tegur je. Pasal sikap ko ni. Ni aku tegur ni pun sebab aku sayang kat ko.
Ko dah la budak baru dalam umah ni. Makan pakai semua aku dah bagi. Paling dasat aku bagi pulak engko tinggal sebilik ngan aku. Sedara-mara terdekat aku yang menumpang tido kat umah aku ni pun aku tak bagi layanan sebegini.
Bukan la aku nak berkira sangat pasal kemurahan hati aku ni. Tapi yang aku nak tegur kat sini adalah sikap ko tu.
Engko tu muda lagi. Banyak lagi yang ko nak kena belajar. Ini tidak,
asik maaaaaaiiin je. Itu je yang engko tau.
Pagi petang siang malam main. Akupun tau letih jugak.
Aku takde hal kalau setakat nak main dan bergurau senda tu. tapi agak-agak la. Aku tengah nak starting tido ko ajak lagi aku main. Aku bukan tak suka, tapi ko main gigit. Geli-geli tu seronok, tapi jangan la gigit. Sekali-sekala takde hal. Kalau dah banyak-banyak kali, mau berdarah jugak aku.
Lagi satu, nak main tu tengok time la. Time main kita main. Engko tidak. Asik main je. Makan entah ke mana. Tido entah kemana. Pelajaran entah kemana.
Tak kiralah aku tengah nengok tv ke, tengah bancuh air ke, goreng kopok ke, ko ajak aku main jugak. Hilang la kosenterasi aku nak nengok awek-awek kat dalam tv tu.
Aku dah bagi kongsi bilik sekali ngan aku tu dah kira bagus sangaaat dah. Aku bagi ko tido kat guest bed aku patut ko bersyukur la. Bukan sebarangan orang aku bagi tido kat situ. Ini tidak. Atas katil aku jugak ko nak tido. Bila aku balik malam-malam dalam keadaan letih, mengantuk dan migrain, sedar-sedar ko sedaaaap je pekena landing kat katil aku. Habih tu aku nak tido kat mana?! Aku hempap je kang, ko marah kat aku pulak.
Ha ni satu lagi. Katil aku dah bagi, tido je la kat katil ko. Ini tidak, aku celik je mata, nengok ko sedaaap je landing kat sebelah aku. Apa ke jaddahnye begitu? Tak elok macam tu tau tak?! Respek la sikit privasi aku. Susah sangat ke?! Ada ke nak kongsi katil ngan aku?! Orang pandang pun tak manis. Mak aku pun berbulu je nengok.

Ko tau tak engkau tu datang dari mana?
Aku kutip engkau daripada sampaaah tau tak!! (stail Nasir Bilal Khan - Perempuan, isteri dan...)

Aku harap ko tak berkecil hati dengan teguran aku ni. Untuk kebaikan ko jugak. Ko tu kecik lagi. Masih sempat lagi untuk ko ubah sikap ko tu.
Sekali lagi aku nak ingatkan ko, bahawa aku sound ni bukan sebab aku hangin apa kat ko. Aku sound ni sebab aku sayang kat ko. Aku harap bila besar nanti ko akan jadi kucing yang berguna kepada masyarakat.
Sampai sini je lah yang mampu aku coretkan.
Mintak maap la kalau terasa. Sapa makan cili dia la terasa pedas ekk?! Choww!!

Nukilan Rasa,
Encik Kumprinx.

Comments

Anonymous said…
en..kumprix ..err..kucing mu makan pedas ke?

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa