:: Sua Suwey Good Morning Returns

Tak Mandi Tapi Merempit

Pagi tadi dalam keadaan yang masih mamai baru bangun tido mak aku sound "Air takde. Kalau nak mandi pegi umah ***". Sebab aku maseh mamai lagi aku tak endahkan pesan tersebut dan meneruskan tido aku dengan jayanya.
Sebab aku masih lagi dalam cuti selama seminggu ni, aku tak berhajat langsung nak bangun awal. Jadi aku seboleh-bolehnya nak meneruskan perjuangan aku sampai badan aku sakit-sakit ataupun mata dah tak boleh pejam sangat dah.
Malangnya tetiba ada pulak 'panggilan pulau puaka' yang mengganggu peraduan aku. Nak tak nak terpaksa aku bangun jugak. Terus je aku menuju ke tandas.
Mujurlah dengan naluri perairan aku ni, aku test dulu paip tu. Sekali tak keluar air da... Baru aku teringat mak aku dah sound awal-awal tadi. Nasib baik aku belum lagi memulakan 'penyahtinjaan', kalau tak tentu keadaan akan menjadi lebih chaos pagi tadi.
Skang ni dalam sasaran aku hanyalah tandas awam kat stesen bas yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari umah aku. Lalu aku pakai baju lebih kurang, sembur 'Women Of Earth' lebih kurang, touch-up rambut lebih kurang lantas terus merempit menuju ke stesen bas.
Sampai kat stesen bas aku terus melompat dari keta. Dengan handbrake tak tariknya, pintu tak kunci terus jalan laju-laju (kalau berlari nanti obvious sangat) ke tandas awam tersebut. Malangnya dah la tandas penuh, pastu ada pulak 2-3 PATI tengah tunggu turn sambil isap Suria.
Time tu aku buat split second decision untuk merempit pulak ke stesen minyak Esso.
(Nota: Stesen minyak Esso Kuala Lipis memiliki tandas unisex yang paling bersih peringkat daerah. Dah la wangi, cantik pulak tu. Memang puas hati kalau pekena buang air kat sini)
Aku kembali ke keta (nasib baik tak berjalan sebab tak tarik handbrake). Lantas terus memecut dengan kelajuan maksimum. Ni memang kelajuan maksimum sebab aku main hon je sesapa yang lembab kat depan. Kuar simpang pun main sebat je. Trafik light aku sapu je walaupun dah kuning berkelip. Motor-motor pun aku main 'potong bawang nipis' je.
Dalam masa kurang dari 3 minit aku berjaya tiba di stesen minyak Esso dalam keadaan trafik yang 'tea break rush hour' tu. Sekali tandas tu occupied pulak. Tak nak dah membahayakan keselamatan pengguna jalanraya yang lain, aku sekali lagi membuat split second decision untuk tunggu je kat situ sebab aku tak boleh nak nak afford dah sebarang 'perempitan' lagi.
Lebih kurang 3 minit kemudian awek (awek rupanya...) yang dalam tandas tu pun kuar. Sempat jugak dia sengih-sengih kat aku yang dah naik pucat muka menahan gelora ni.

Perlahan-lahan aku menyedut rokok dunhill itu seraya menghela nafas dalam-dalam. Kenikmatan yang kurasakan tidak terperi lagi. Aku memberi peluang kepada diriku untuk menghayati setiap saat kelegaan ini. Pehh...

Menjelang 2.30pm tadi barulah ada air balik kat umah aku.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa