Image Hosted by ImageShack.us

Biasa orang komplen kat aku, dia kata dia ada terserempak ngan aku kat mana-mana, tapi aku buat tak layan. Pastu marah-marah kat aku. Cakap yang aku ni sombong la, tak kenal member la. Mungkin perkara sebegini nampak remeh, tapi sebenarnya aku cukup hangin kalau berlaku macam ni.
Kali ni aku nak setelkan hal macam ni once and for all.
Aku bukannya sombong, jauh sekali nak lupa member. Mesti ada sebab aku terlepas pandang korang yang tengah semangat nak tegur aku.
Pertama sekali, kalau aku tengah jalan tu, nak kontrol hensem dah satu hal, lagipun aku bukan stail jalan nengok sekeliling sepanjang masa. Aku mesti ada tujuan dan matlamat, dan aku mesti fokus sepanjang masa.
Yang kedua adalah cara korang panggil aku. Berikut adalah cara panggilan yang aku memang tak suka.

"Pakcik.. pakcik!"
Panggil macam ni biasanya bebudak. Memandangkan aku ni belum lagi berumahtangga, jauh sekali memiliki sebarang cahayamata, jadi status aku skang ni belum lagi pakcik. Lagipun aku ni muda lagi. Kalau panggil macam ni, jangan harap la aku nak respon. Kecuali 'Bidadari' dan adik beradik dia, aku approve kalau nak panggil aku Pakcik. Orang lain tak boleh. Dan besar kemungkinan korang akan dapat pelempang sekeping dua dari aku.

"Hoi!"
Teknik panggilan macam ni jelas sekali si pemanggil tu mencari gaduh. Jadi aku bukan gaduh punya kaki, maka tipis peratusan aku nak respon. Lagi satu panggilan macam ni menunjukkan korang tak merespek orang yang di panggil. Jadi susah aku nak merespek orang yang nampaknya tak merespek aku. Jadi, boleh blah!

"Janggut!"
Hehe, aku tau la janggut aku panjang, lurus pulak tu. Dan korang mesti jaki nengok janggut aku ni. Dan aku yakin bahawa ramai lagi remaja-remaja kat luar sana yang mengimpikan janggut persis janggut aku ni. Namun yang demikian, tak bermakna nama aku pun 'Janggut'. Jadi jangan panggil aku dengan nama sebegini. Menambah perkataan Abang di hadapannya menjadi Abang Janggut ataupun Brader Janggut tidak akan mengubah apa-apa. Sebab nama aku takde sikit pun iras-iras perkataan 'Janggut' tu.

"Criit.. critt!"
(ni bunyi yang mulut muncung macam bercumbu sambil sedut angin. Biasa buat panggil orang kedai makan suh kira)
Ni lagi la aku hangin. Aku takkan respon kalau korang panggil macam ni. Jangan harap. Serius punya. Apply teknik ni untuk mengejas makwe pun aku tak approve. Sebab bunyi macam ni tak sopan sangat gayanya.

Jadi kalau korang pangil aku, tapi aku tak respon, cuba cek balik macamana korang panggil aku tu. Kalau ada tersenarai kat atas ni, maka salah korang, bukan salah aku.

Nama-nama yang di-approve untuk digunakan:
Amin - Global
Abang Amin - gadis sahaja (kalau korang sebaya aku/lelaki panggil aku macam ni aku akan jadi loya)
Encik Amin -untuk tujuan bisnes dan urusan rasmi
Kumprinx - BawahTanah/Kasual/
(P/s: Tak apply untuk salesman yang disusuli dengan ayat "..ada 5 minit tak?")

Jadi lepas ni aku harap, takde lagi yang berkecil hati bila aku tak respon dengan teguran ataupun panggilan mesra korang.

Comments

masahido aizawa said…
aku pangei hang buat dek aja...nak aja aku pelempang sedasa dua :P
masahido aizawa said…
kumprinx : hehe aku mute sound
kumprinx : nanti takde la cirit sgt
lemang2002: itu gambar tipu aaa kump
lemang2002: ang pasan tak ada bebayang di belakang hantu tue
lemang2002: hantu penama ada bebayang
kumprinx : ye ke?
kumprinx : nanti gua cek blk
kumprinx : sat aa..
kumprinx : ha'ah ye lah..
lemang2002: ang
lemang2002: memang muka tue sejibik muka laki
bukan apa ghamai yg heboh pasai nak tk hantu..jadie baie merealisasikan hasrat murnie manusia nie (kira mcm superhero aa) ada la segolongan sangup buat apa saja baie nampak real..and yg peliknya gambar yg pasai hantu nie mesti kebanyakkan pakai phone camera..tadak ka yg pakai yg jenis professional sket ka...selalunya bukan semua buleh ushar ini makhluk dia ada hijab y telah dietapkan olehNYA..jadie jn terpenaruh sgt dn gambo hantu nie..pixel pun rendah..nak kasie yang sharp punya :P amik pakai kamera NIKON ka mcm kamera aku :P

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa