:: Edisi Pengumuman

:: Kerja Keras
Selama dua hari aku lepak kat bentong buat satu banner ni. Aku rasa yang order tu nak bagi raksasa tengok. Paling besar kitaorang pernah buat setakat ni. Naik migrain la jugak nak kira-kira dia punya saiz. Dan jugak secara rasminya kat sini aku nak umumkan bahawa aku dah 2 hari tak tido. Bukan sebab pulun habih buat banner tu, tapi pulun habih main game Metal Gear Solid 3: Snake Eater (MGS3) sampai habih.
Dengan ini jugak aku mengumumkan bahawa MGS3 adalah game paling champion sekali di alam semesta ni, period. Jesteru aku akan melancarkan review yang mendalam mengenai game ni dan jugak mengenai bagaimana heroin game tersebut mukanya sejibik/sejibom/seiras/persis Bidadari, sedikit masa lagi.

:: Keputusan Undian Awek Minggu Ini

Jeng jeng jeng..!! Usah bedo'oh, tak saspen langsung sebab ada tulis kat situ. Undian ini, undian anda. Anda sendiri yang membuat pilihan. Kami tak mencampuri pilihan anda ini. Kami tiada kuasa untuk mengubahnya. Namun ia terserah kepada anda sendiri. Keputusannya, selepas ini..
Memula aku ingat Avril Lavigne memulakan kenaikan yang steady ke puncak, tapi Kiera Knightley pun ada peminat dia yang tersendiri. Dan itu terbukti apabila Kiera Knightley mengungguli carta dengan 50 undian sekaligus mengalahkan pencabar lain.
Jesteru, Awek Minggu Ini adalah Kiera Knightley. Dan paparan istimewa akan dilancarkan dalam sedikit masa lagi.
Namun, kedua-dua pencabar yang tewas tersebut akan kembali memasuki carta, bersaing dengan pencabar yang baru. Dan kita akan lihat, siapakah awek minggu ini yang seterusnya!!

:: Beg Baru
Dah 2 kali aku pegi usyar beg ni. Murah. Mesti sebab tak laku kat kedai tu. Namun kali ni aku naked akan pergi angkat pada hari Rabu ni. Aku Naked!!
Beg baru ni akan menggantikan beg 'Pyrokumprinx Advanced Drumming Concepts aku yang takde la uzur, tapi dah out of style. Sebagai seorang yang kuat merempit ke sana kemari, aku perlu beg yang lebih tahan lasak.
Beg baru ni akan bergandingan dengan beg 'Quick Grab' aku yang aku baru angkat 2 minggu lepas. Dan jugak beg 'cebek' secondary untuk muatan lebihan.
Membawa banyak beg ketika travelling akan meningkatkan kecenderungan terhadap tercicir dan jugak hilang. Namun begitu aku pastikan walau seberapa banyak beg pun yang aku bawak dalam satu-satu trip, kedua-dua belah tangan aku haruslah free. Definasi free kat sini adalah aku mampu menghidupkan api rokok dengan penuh stylo stail senget sikit kat tepi bibir supaya tak terbakar sekali janggut. Men-terbakar-kan janggut sendiri adalah satu kesilapan teknikal bangang yang tak perlu sangat berulang lagi. Meskipun setakat terbakar sikit janggut tu tak semestinya mencacatkan sahsiah dan rupa paras aku, namun bau wangi ala-ala daging panggang tu menunjukkan kecuaian pengendali lighter tersebut. Kali ni aku akan pastikan aku senantiasa berhati-hati dalam melakukan perbuatan ini di masa akan datang.
(kecoh.. tak beli lagi dah sembang...)

:: Bodo kappa?
Mata aku skang ni dah pedih-pedih dah sebab lama sangat celik. Badan pun dah letih. Tapi apa ke jaddahnya aku maseh lagi menaip menatang ni. Jesteru, semua paparan yang telah disebutkan di atas akan dipublish sejurus selepas aku bangkit dari tido ni. Sebab dah lama aku tak tido maka aku ingat nak pulun habih.
Selamat Malam semua.

Tucin, ko jangan kacau aku tido ekk? Ko gigit aku masa aku tengah tido, tau la ko. Aku mandikan ko pakai air sejuk.

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa