:: Late Show With kumprinx

Boleh tahan jugak lama melepak kat Bentong, apa cerit?

Sengaja Mencari Susah
Selama 7 hari aku 'pulun habih' buat kerja kat Bentong. Menyiapkan satu projek mega yang tahap mega dia sampai aku terpaksa import 2-3 krew mahir untuk bantu kitaorang. Aku rasa sampai skang ni, aku dah 5 hari tak tido.

Dah la tangan aku luka kena cermin. Beso pulak tu lukanya. Maklumlah, buat keje laju-laju. Darah mengalir punya la banyak sampai naik pening kepala aku menengoknya. Tapi memandangkan kerja yang banyak nak kena setel, aku ambik masking tape, lilit sampai tak kuar darah lagi, dan meneruskan kerja sambil kerut-kerut mata tahan sakit.

Paling power, setiap kali aku mandi sakitnya bukan kepalang. Setiap kali aku basuh tangan, rasa macam nak menjerit. Tambah lagi masa ada bahan-bahan kimia ataupun dye tumpah kat luka tu. Tuhan je yang tau sakitnya.

Time tu, makan pun tak tentu. Mana sempat je. Twiggies ke, Megi kari ke, roti. Kesudahannya badan aku jadi lembik sebab tak makan makanan berkhasiat.

Akhirnya kerja tu siap jugak. Tersandar aku kepuasan atas sofa bila dah bagi baju tu kat kasteme. Rasa lega yang bukan kepalang. Kepuasannya sukar untuk aku gambarkan ngan kata-kata. Rasa macam, nak pekena makan nasik pulak.
Kendian aku terus merempit balik Lipis. Sampai Lipis aku singgah umah jap, jumpa Mum, pekena breakfast, jumpa Tucin aku pekena main gigit-gigit sedas-dua(dah beso sikit badan dia) kendian terus merempit balik menuju ke Berchang (gateway to Sg. Koyan) pulak untuk order baju.

Balik dari Berchang, aku singgah Hutan Lipur Terenggun untuk usyar site Sure Pekat Jamm Festival 2005. Alang-alang dah sampai sana akupun jalan-jalan kat hutan tu konon-kononnya release tekanan kerja la.

Tapi syok. Best. Hutan tu tenang je. Selama hampir seminggu aku asik nengok baju je, kali ni lega sikit dapat nengok hutan. Bunyi cengkerik, burung berkicau riang, ikan-ikan dalam kolam, udara yang nyaman (walaupun sekali-sekala aku pekena asapan rindu), buat seketika hilang keletihan dalam badan aku ni.
Pastu, selaku seorang boss yang bertanggungjawap, aku dengan bangganya memberikan cuti bergaji selama seminggu kepada diri aku sendiri. Aku nak berehat kat umah. Aku nak tido. Aku nak main ngan Tucin aku.

Waima ada lagi 2-3 pojek, tapi aku tau, tak berbaloi aku nak pulun semua. Tak perlu aku lupa daratan mengejar wang ringgit, walhal wang ringgit bukan lagi primary dalam hidup aku skang ni. Lagipun badan aku ni lama lagi nak pakai.

Beg Secondary
Dah 2-3 kali dah aku usyar beg ni kat kedai. Tapi tak beli jugak. Minggu lepas sebelum merempit ke bentong, aku pegi kedai ni angkat beg tu. Beg ni kaler merah, kecik sangat bagi aku sebab beg ni untuk kanak-kanak. Tapi sebab dia cute. Aku angkat jugak. Aku kurang pastu brand beg ni, tapi ada tulis 'Amie' kat depan dia.
Sebab sebelum aku mengorak keputusan untuk angkat beg ni aku dah cari beberapa kegunaan untuk beg ni.
1) Isi mende-mende kecik yang jadi 'penyampah' kat dalam beg primary aku.
2) Package kecik untuk quick grab masa merempit.
3) Letak jaket ngan towel untuk easy draw (tak perlu selongkar beg primary sampai terjatuh suar dalam)
Pastu aku try pulak sangkut anak patung anjing yang aku beli tahun lepas kat zip dia. Tambah pulak ngan sarung tipon bimbit (stylo) untuk tipon secondary aku sangkut kat strap dia. Pehh memang cute giler beg aku ni. Kat dalam dia aku letak lagi plush toy yang terpilih untuk menambahkan ke-kiut-annya.
Sampai skang ni aku tak tau lagi apa jaddahnya aku mekap beg ni sampai jadi macam ni. Apa kepentingan mende-mende kiut ni dalah hidup aku? Perlu sangat ke beg kecik macam ni? Nak letak suar jean selai pun tak muat! Hek ele...

Plea For Peace
Mende paling last sekali dalam kepala otak aku ni adalah meletakkan diri aku dalam bahaya. Walaupun ocasionally aku gemar ambik risiko untuk hilangkan tensen, tapi bab bahaya yang tak berasas ni aku tak suka. Sebab takde faedah.

Kalau aku melepak kedai makan, tengah pekena nasik goreng daging masak merah, air neskepe o, ada pulak telur dadar tengah kembung sebab panas lagi, pastu ada orang bertengkar kat tepi macam nak bertumbuk;
-aku terpaksa lari takut terkena tempias tumbukan diaorang
-sebelum lari aku kena makan cepat-cepat sebab kalau tak habis nanti rugi
-bila makan cepat-cepat nanti makanan tak hadam, pastu sakit perut
-Risiko tercekik yang tinggi
-Kalau diaorang kena tangkap, besar kemungkinan aku pun kena soal. Dan perkara begini aku tau, buang masa.
Biasa time-time macam ni, hatiku merayu,
"Jangan arr gaduh.."

Masa ada orang jahat ramai-ramai attack kedai aku ari tu, (ada post pasal ni kat Danchan ari tu, tapi aku tak migrate ke Blogspot ni), aku tunggu je mamat tu naik tangan. Kalau dia start je, maka aku terpaksa masuk. nasib baik takde kekerasan. Kalau tak... Time ni aku berusaha keras untuk memujuk hati aku supaya bersabar. Tangan aku dah ketar-katar. Helmet kat tangan aku tu 'terpegang' dalam posisi hentak kepala orang. Waima jauh di sudut hati aku merayu;
"Jangan arr gaduh..."

Aku dapat kesan kelemahan aku adalah aku pantang 'break' disebabkan oleh anger. Ada la beberapa kes mende macam ni berlaku, antaranya pasal gambo *beeb* kena curi ari tu, (rujuk Bidadari Bab15 'Kebab oh Kebab...') pastu time 'Gengster Taik Kucing', lagi sekali time Cubaan Membunuh (2 cite ni bahaya kalau cerita). Cuma apa yang aku boleh gambarkan kat sini adalah time tu, aku hanya nak orang tu mati je. Mende lain tak peduli dah. Aku ni penyabar orangnya. Sebab aku tau kalau aku break, aku takkan berhenti dah. Aku bukan diri aku yang sebenar. Aku jadi raksasa.

Aku takut. Aku takut kalau aku break, sekali lagi aku akan berada dalam kesusahan. Aku tak nak dah.

Sebab tu la aku seboleh-bolehnya jauhkan diri aku daripada kes gaduh-gaduh ni.
-Bila aku break, aku ada aura membunuh yang kuat
-Tak ingat diri sendiri dah
-Semua mende akan jadi senjata
-Skill-skill kemusnahan semua dah ada dalam kepala otak aku
-"Lantak la aku masuk jel, janji aku puas"

Namun begitu, kali ni sekali lagi aku merayu;
"Jangan arr gaduh..."
Kita kan jiran
Boleh setel cara baik

http://www.kompas.com/teknologi/news/0503/09/144753.htm
http://www.poskota.co.id/poskota/headline_contents.asp?id=5076
http://buttet.blogdrive.com/

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa