:: Late Show With Kumprinx

Seleksi post pendek

:: Duit Misteri
Tadi aku jamming kat umah Mael. Sebelum berentap tu macam biasa aku bawak kuar seme mende kat dalam seluar aku ni (Rujuk: Cerita dalam seluar). Aku letak atas sati rak kat dalam bilik dia ni. Ada la cash beberapa keping sekali aku letak situ.
Lepas jamming aku ambik balik semua barang-barang aku tu. Yang peliknya ku rasakan seperti duit aku tu jadi makin banyak. Yang aku ingat aku ada pecah duit beli air 100plus tadi. Tapi pulangan baki dia takde la sebanyak tu. Sebab aku ni jujur orangnya, aku pun tanya la Mael, dia ada letak duit jugak ke atas tu. Dia cakap takde. Walaupun hepi duit aku jadi banyak, namun aku tetap rasa tak best. Sebab tak baik ambik duit orang. Mencuri namanya.
Bila sampai umah aku rujuk kat Mum aku.
"Mak kenal sangat, duit ni la Mak bagi tadi suh isi minyak. Dah isi?"
Hek ele.. bikin kaget je.

:: Back to basic: Nokia3210
Pagi tadi aku usyar bawak katil aku. Ada basket penuh ngan tipon bimbit (model zaman toru dulu). Ni semua saki baki zaman abah aku jual tipon bimbit dulu. Ada yang boleh pakai lagi, tapi besar macam keta kebal. Tetiba aku jumpa housing 3210. Baru lagi. Lantas aku terus ambik, pasang kat tipon 'secondary' aku tu. Tukar sim-card, dan terus guna. 7110 skang ni boleh berehat.
Zaman aku guna 3210 ni, ia adalah model kebanggaan segenap lapisan umur. Tapi skang ni semakin dilupakan. Orang semua dah sibuk ambik gambar, dengar lagu ngan tipon bimbit diaorang. Tidak lagi seperti dulu, di mana tipon bimbit tetap tipon bimbit, bukan lampu suluh, bukan radio, bukan kamera dan bukan jugak pengurut tengkuk (vibrate).
Bila bunyi orang akan usyar dan cakap:
"Tak politeknik langsung nada dering dia"
"Koman betul tipon mamat ni"
"Mesti screen itam putih lagi"
"Tipon pun dah buruk, mesti takde kedit"
Waima aku menggunakan tipon bimbit ni adalah satu statement kepada masyarakat, bahawa aku hanya perlu berkomunikasi. Dan jugak satu signal kepada orang sekeliling bahawa aku tak mampu lagi nak angkat tipon bimbit model terkini. Huu...
Aku rasa aku akan guna tipon bimbit ni buat satu jangkamasa yang panjang. Masalahnya, banyak no tipon aku kat dalam 7110 tu. Skang ni setiap panggilan telefon dianggap daripada orang yang tidak dikenali. Dan kalau aku nak call sesapa, mungkin aku kena rujuk mana-mana.

:: Tucin
Mende paling hampeh sekali aku boleh tulis kat sini adalah mengenai kucing kat umah aku tu.
Dia ni kucing terbiar. Parent dia dulu ada jaga dia. Tapi dah mati kena hentak ngan makcik cleaner sebab berak merata. Jadi anak-anak dia skang ni yatim piatu. Sebab kitaorang kesian kat dia, dan dia pun cute, maka kami telah merombak polisi kitaorang terhadap haiwan peliharaan.
Dia ni takde langsung nak bermanja ngan orang. Main gigit je. Dah la tu, berlari ke sana kemari. Cakar itu, cakar ini. Langgar itu, langgar ini. Bila orang jalan, dia nak follow. Pastu kena pijak marah. Dah letih main dia tido. Kalau tidur elok-elok takpe, tapi tido stail terkangkang. Ingat elok sangat ke macam tu?!
Ada waktu-waktu di mana aku rasa macam nak bangkit pukul 11 pagi. Tapi terbantut hasrat aku sebab dia dah gigit aku pukul 8.30am. Mana ada orang lain dah dia nak gigit kat umah tu kecuali aku.
Bila tengah main tu tak ingat dunia. Semua orang dia nak gigit. Main langgar ke orang. Pastu lalu depan orang tua secara tak sopan. Sampai naik pening kepala aku menengoknya. Tapi time dia lapar, sikit punya manja. Lembuuut je suara. Hampeh tul la.
Tapi pepehal kehadiran tucin ni kat umah kitaorang berjaya meningkatkan kecerian dalam umah. Bila aku balik, ada jugak yang menyambut aku. Bila aku boring, boleh jugak aku main gigit-gigit ngan dia. Syok jugak.

Spoiler : Hatiku Bukan Pualam
Bab 8
Mael Dan Timmy/Agensi Mencari Jodoh
...Rupanya dia tak mengorak langkah lagi. Masih di takuk lama. Padahal dah banyak gile dah peluang aku bagi kat dia. Bila melepak, aku tinggal diaorang berdua. Kadang-kadang tu sesaje je aku lari.
Satu malam tu kitaorang melepak bertiga sembang-sembang. Bangkit la topik pasal cintan-cintan dan kapel-kapel ni. Kata Timmy,
"Aku tak main la kapel-kapel ni. Aku muda lagi. Baik aku belajar bersungguh-sungguh dulu".
Sekonyong-konyong aku mengerling ke arah Mael dan berkata kepadanya secara makrifat, "Alamak, fat chance la macam ni Mael!". Mael hanya mengangguk-angguk menandakan bahawa dia meng-approve-kan pendapat aku tu (secara makrifat jugak).
(aku skang ni tengah tulis cite ni. Sebab tu la daily post dah kurang)

Repihan Hati
Give me my heart back
(a Kumprinx's approach to poetry)

I hate it when I miss you
I hate it when thought of you suddenly enters my mind
I hate it when I dream of you at night
Worst, I wake up and left awake thinking about you
I hate it when you missed call me sometimes
And I hate to restrain myself from calling you
I hate the thought that you still remember me
Because I'm trying so hard not to
and I hate it when I fail
then I hate it when it hurt like hell

Once again I hate it when I miss you
Because there's nothing else I can really do
for there's nothing else I can really do
and there's nothing else I can really do at all

Ni err.. um.. seleksi pilihan hari ni.
http://shuklin.blogdrive.com/

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu