DevX

Image Hosted by ImageShack.us

Oxygen Studio adalah sebuah syarikat yang selama ini memfokuskan kepada mencetak t-shirt dan banner. Walaupun selama ini kami tidak meletakkan sebarang had kepada apa yang boleh kami lakukan (kecuali gali kolam pakai back-hoe) tapi kini ia semua akan berubah.Kali ni kami akan menambah satu lagi cabang perniagaan yang langsung tiada kena mengena dengan percetakan (genre utama). Diasaskan oleh En. Kumprinx sendiri, selaku seorang Business Development Executive cum Chief Designer cum Ofice Boy cum Janitor. Dengan bantuan dari partner dia, En Adfzal selaku Marketing Executive cum Financial Advisor cum TeaLady cum Window Cleaner.Sejak 4 bulan kebelakangan ini , jurutera-jurutera kami di Oxygen Studio telah melakukan pengujian, brainstorm dan survey (secara rahsia) untuk mengkaji kesesuaian projek ini untuk membantu masyarakat, remaja amnya serta implikasinya terhadap persekitaran baik dari segi sosial dan jugak alam sekitar. Setelah sessi pengujian yang intensif, kini projek pembangunan ini telah diluluskan untuk pelancaran.
Oxygen Studio's top secret project concerning monumental shift code named DevX will be launced in a few days.Stay tuned.

Mintak nyawa
Sessi merempit aku kali ni bermula tenghari kat umah aku. Hari tu aku ingat nak pekena tido sampai petang memandangkan dah lama sangat aku tak dapat tido yang betul-betul 'decent'. Namun hasrat aku terhenti setengah jalan apabila aku menerima mesej pesanan ringkas dari rakaniaga aku di bentong yang berbunyi, "Sila merempit ke Bentong sekarang! Projek emegensi kod merah". Kod merah bermakna projek yang tak dapat dibendung lagi. Terpaksa dibuat dengan kadar yang segera sangat, by whatever means necesary.

Ku lepaskan kasih sayang ku terhadap tilam yang empuk tu. Dan bersiap untuk ke Bentong. Takde orang nak hantar aku pegi stesen bas, maka aku terpaksa menapak sendiri ke sana. Hari dah la panas tak hengat, boleh tahan jauh pulak tu. Planning aku nak naik bas pukul 4.30pm. Sampai kat kaunter tu akak tu cakap "Bas ke Kuantan ada hari Jumaat Sabtu Ahad je, hari ni takde. Akak sajes awak naik bas lompat." Aku cuba menyembunyikan perasaan horror bila akak tu cakap macam tu sebab kalau naik bas lompat ni (Pahang Lin Siong) kondisi dia panas sangat. Harap angin je, itupun berdebu. Lagi satu maybe tak sempat untuk aku transit kat Raub nanti. Sebab bas last yang bawak aku ke Bentong bertolak pukul 6.30pm. Bas Pahang Lin Siong tu pulak bertolak pukul 5.00pm. "Boleh jadi tak sempat", getus hatiku.

Lepas tu aku tibai je naik bas Lin Siong tu. Dalam bas tu ada 2 orang budak yang terlajak benti sebab tertido. Jadi aku beri diaorang 2-3 inggit suh naik bas lain pulak gostan ke destinasi diaorang. Padahal time tu aku takde cash sangat. Setibanya di Raub, aku jumpa mamat disto yang distribute zine aku tu sebab aku nak passing zine Journal suh dia distribute jugak. Tak sampai seminit meeting aku ngan dia sebab bas ke Kolumpo (yang aku nak naik ke Bentong) tu dah nak jalan sangat. Tak sabar-sabar aku habih rokok.

Sampai dah malam. Tanpa berlengah lagi aku terus menjalankan tugas aku mengecat banner. Sampai la larut malam. Pastu aku pesan kat rakaniaga aku, "Ko tengok-tengok la banner tu. Aku nak baring-baring jap". Aku ingat lepas banner tu kering, aku nak pekena neskepe o kat depan opis ni. Tapi itu semua menjadi harapan yang tak pasti pabila aku terlanding sampai pagi esoknya. Bila bangun aku nengok banner dah takde (dah hantar) dan rakaniaga aku tu tengah terbongkang kat bilik belakang. Terpaksa la aku pekena kemas-kemas lebih kurang.

Menjelang tengahari kami ke bandar bentong untuk pikap barang dari KL dan jugak pekena lunch kat Restoran Sri Padang. Sumpah aku cakap nasik ayam dia ni paling champion penah aku rasa. Baik korang try. Bila malam menjelma, kami merempit pulak ke Janda Baik untuk hantar baju dan jugak sembang lebat lebih kurang. Dulu-dulu aku sering tertanya-tanya apamende yang ada kat Janda Baik ni. Seorang janda yang baik hati dan mudah didampingi masyarakat ke ataupun janda yang 'baeeek' punya dan memiliki bodi yang solid dan kulit yang gebu. Lepas pekena mee celup kat sana,bebudak sana ajak kitaorang pegi Lata Caruk (area Janda Baik ni la). Katanya kat situ ada satu tempat jamming open air. Time tu jugak (1.00am) masih ada bebudak yang jamming. Lalu akupun pegi la nengok-nengok. Bebarang dia boleh tahan. Tapi yang paling power adalah kaki yang main kat situ. Seme by heart je. Setelah melepak selama 3 jam di situ tengok diaorang jamming (memula aku test jugak main, tapi takde lagu sangkut sebab diaorang semua main lagu yang aku tak/jarang dengar), dan jugak setelah bertukar-tukar no. tipon untuk potensi kolaberasi di masa akan datang, kamipun blah ke ibusawat di bentong.
Pagi esoknya sedar-sedar aku sorang je kat opis. Lepak-lepak layan neskepe ais, tetiba rakaniaga aku tipon;"DevX project approved. Execution begins now!"
5 sen worth
-Learn about Raub at http://akubudakbiadap.blogspot.com/
-Entah bila nak hapdet 'Special Feature' ngan 'HOC'

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu