Dewa Live at Menara Kuala Lumpur

Poyoo je...

2-3 tahun yang lepas aku terlepas nengok diaorang ni secara live kat 'Ladang Kuda' sebab hujan yang lebat. Aku dah smart-smart siap rambut sikat belah tepi, baju kemeja bunga-bunga siap wangi-wangi lagi. Sekali hujan lebat. Dah la aku planning nak naik motor je time tu. Tak mengenangkan hujan lebat sangat, aku redah semacam je. Tapi malangnya hujan yang lebat bermakna lopak air yang dalam dan bermakna pakaian yang basah kuyup setibanya di Ladang Kuda tu. Terpaksa aku batalkan hasrat aku tu dengan penuh kekecewaan. Tambah sakit hati bila dengar member-member cerita pengalaman pegi nengok. Hangin saya..

Namun kini, aku telah mendapat peluang kedua untuk menyaksikan Dewa secara live. Esok diaorang akan perform kat menara kolumpo. Kali ni aku takkan lepaskan peluang ini. Musti tonton. Pastu aku akan menulis laporan yang lengkap sekembalinya aku ke tanah air kelak.

Kalau korang jumpa aku kat sana, jangan lupa 'give me calit'.
Hik hik hik... SERONOTNYEEEE!!!!

'spectator' on Answers

Comments

Anonymous said…
Great Blog! Ilike it.But here you can find woman looking for sexTake a look if you have a minute. Thanks and have a good one!

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa