Ibanez is here.


Ahad nan lalu kami merempit sekali lagi ke ibukota Kolumpo untuk angkat 'final pieces' bagi projek DevX. Ia adalah 2 bijik speaker PA System dan satu bijik Bass Amp Ibanez SW100. Trust me, kotak dia dah beso boleh isi kambing dewasa sebanyak 2 (dua) ekor. Maka barang yang kat dalam kotak tu lagi berat daripada kambing sebanyak dua (2) ekor. Paling rumit sekali adalah nak bawak naik ke kedai kitaorang yang terletak di tingkat satu (1). Ada pemegang kat atas dia. Tapi macam tak boleh sapot je berat dia. Jadi kami mengambaik inisiatif untuk bukak dulu kotak amp ni sebelum bawak naik ke ibusawat. Jadi amp tu tidak lagi anak dara setibanya ke kedai kitaorang. Kalau tak dah lama aku tulis satu lagi special feature bertajuk 'Anak Dara' yang penuh dengan ayat-ayat 'panas'.
Aku terlalu letih malam tu untuk men-tala Ibanez ni. jadi aku tido dulu dan pekena keesokkan harinya. Pagi tu buat pertama kalinya aku menghidupkan amp Ibanez ni. Sambil tunggu dia warm up, aku baca dulu users manual dia. Setelah paham lebih kurang terus aku cucuk gitar bass dan try. Tanpa disedari air mata aku mengalir mendengar kelunakan sound yang dikeluarkannya. Tak lama selepas itu aku meng-on kan suis 'Tweeter'. Ya bass amp ni ada tweeter untuk kuarkan sound yang berfrekuensi tinggi jika diperlukan. Tweeter ni menambahkan lagi variasi sound yang mampu dihasilkan menjadikan Amp Ibanez ni sangat versatil dalam apa jua corak permainan. Best gile bila main 'slaping' (chee.. slaping konon..).
Memandangkan aku tak berapa main sangat gitar bass ni, jadi sessi 'pecah dara' aku tu takde la lama sangat. Nak tengok dia elok dan berfungsi ngan baik je. Dan jugak skang ni semua equipment untuk projek Code Named:DevX dah ada. Jadi korang tunggu je la pengumuman dari aku nanti.

Ibanez yang kat opis aku ni tak boleh bergandingan ngan
Ibanez kepunyaan ND. Namun begitu aku very looking forward untuk menge-test gitar barunya itu pada Sure Pekat III kelak.

Beginilah rupa paras Amp itu

Comments

masahido aizawa said…
keowkeowk hang nie asyik tala ibanez aja ..amp tue nak pakai kat sure pekat ka..mesti taraf konsert metalala la nanti :P:P

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa