Paloi (Bodoh)

Hari tu setibanya aku di tanah air aku straight balik umah. Tetiba aku seluk-seluk poket, kunci umah takde. Aku menjadi kaget. Terus je aku tipon Daddy aku yang kebetulan ada kat Lipis ni untuk mintak kunci. Dia suh pegi ambik kat opis dia kat stesen ketapi. Sebab takde transpot, maka akupun menapak halfway across town untuk jumpa dia. Bila sampai kat opis daddy aku, aku sedar bahawakunci tersebut sebenarnya ada kat dalam poket aku. (poket syiling suar jean). Maka aku menjadi hangin dan malu. Lantas aku terus je pegi pasaraya Aktif beli-beli cekedis untuk mengubat kemaluan aku. Pastu malam tu aku tak kuar sebab malu sangat (padahal nengok tv). Begitulah rentetan peristiwa bangang yang berlaku kepada aku.

No Longer Interested
Selama sebulan aku berada di carta teratas Malaysian Top Blogs. Pastu ramai je yang dengki. Tak puas hati sebab aku main taktik kotor katanya. Skang ni aku dah tak berminat lagi ngan menjadi Blog paling top di malaysia ni. Nanti aku akan dedahkan macamana aku boleh manjadi nombor satu, supaya korang semua jugak boleh dapat nombor satu. Banyak kali aku cakap, Sex Sells...

Comments

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa