Fcuking Hell/Hangin

Cerita ini adalah sebenar-benarnya. Takde ejas apa-apa. Inilah yang betul-betul berlaku.

Tidak lama dulu...

Time tu aku naik motor ngan kawan aku jenjalan kat bandar Lipis ni. Pastu aku lalu ikut jalan belakang (apa nama tah jalan ni aku lupa). Jalan belakang ni dah macam Chinatown kat Lipis ni. Bila lalu boleh bau masakan cina yang harum dan nampak macam sedap. Tapinya babi. Jadi layan bau je la. Jalan belakang ni kalau korang lalu, mesti korang ingat tempat port penjenayah. Kalau memalam macam angker pun ada. Yang pentingnya tak banyak keta/motor lalu kat sini. Dan kat sini jugak kita boleh nengok traces of old architecture yang masih ada kat Lipis ni. Sistem perpaipan lama. Dinding batu-bata lama. Simen pasir sungai. Aku memang suka nengok-nengok kat sini.
Pastu aku singgah kedai henset ni, beli kad topap. Pastu aku bukak la helmet.
Bila dah setel beli aku ingat nak menuju ke pusat snooker/game di hujung jalan lorong belakang ni. Jadi aku rasa tak payah la pakai helmet dah. Dekat je.
Sekali ada *beeb* pulak 2-3 orang lepak kat hujung jalan ni. Kantoi aku tak pakai helmet.

"Benti! Benti! Gapo dio dok pakai helmet ni?!"
"Err.. saya nak pegi kat hujung tu je."
"Ye la.. demo mesti la pakai helmet. Bak mari lesen"
"Ni roadblok ke bang? Takkan jalan belakang ni pun nak saman?"
"Bak mari lesen dulu..!"
"Nah"

Pastu dia nengok-nengok Kawasaki turbo aku tu..

"Moto mu nih.. signal takdok, no plet takdok, lampu brek takdok, side mirror takdok. Nate mu, gapo dio pun takdok. Berat ni! Kena panggil lori angkat moto ni gi balai"
"Hah! takkan nak angkut kot? Lalu jalan belakang ni je?!"
"Tak pong kita saman je. Banyak ni kalau nak saman ni!"
"Hah saman!? Saya mana ada duit nak bayar bang!"
"Mesti la kena saman. Moto mu ni banyok kesalahe.."
"Bang, timbangrasa la bang. Dah la jalan belakang ni buat roadblok apa cerita? Naya punya kes ni!"
"Gini jo la.. demo nok cara senang ke cara susoh?"
"Mesti la cara senang bang!"
"Cara senang macam biasa la. Kalau cara susoh kita saman je.."

Malangnya time tu aku tak mahir lagi term-term (jargon) untuk rasuah-rasuah ni. Diaorang cuba mengepow aku dengan ugutan untuk menyaman aku. Padahal tak perlu sangat saman sebab kat jalan belakang tu. Inilah kali pertama *beeb* mintak rasuah kat aku. Tapi sebab aku tak paham..

"Cara senang la bang! Iaitu tak payah saman"
"Hoh! mana bulih gitu. Saman mesti saman!"
"Kalau saman saya mana ada duit nak bayar bang!?"
"Ohh demo takdok duit?"
"Ha'ah takde"
"Takkan takde langsung? Demo ada berapa sekare?"
"Ada RM5 je ni. Itupun nak beli rokok ni kang"
"Hoh nate demo. Nyetok ngan kusi rembah tubih buih! Saman!"

Entah hape bahasa dia cakap aku tak tau. Tapi yang penting aku kena saman jugak ari tu. Ada 7 kesalahan untuk Kawasaki Turbo aku tu. Bila aku cerita kat orang, baru aku tau yang diaorang mintak rasuah kat aku. Diaorang sengaja lepak kat situ sebab nak cari makan. Sampai skang ni saman tu tak bayar-bayar lagi. Bila aku cek ngan SMS, no IC aku ada satu saman. Sampai la hari ni. Sebab aku takde duit pun ada, dan sebab aku protes saman tu pun ada. Sebab ini naya punya kes.

Baru-baru ini pulak..

Aku dengar cerita member saya En. Padeli telah kena tahan kat umah dia. Masa tu dia tengah nengok TV. Tetiba ada 2 orang *beeb* datang umah dia. Pastu terus dia kena gari dan naik keta pegi balai. Dah kuar waran tangkap sebab tak bayar saman. Terpaksa la abang dia datang pegi ikat jamin. RM500.

Dan skang ni aku rasa aku ni macam bila-bila masa je nak kena tangkap. Seram jugak aku. Tapi aku tetap tak nak bayar saman tu. Ini naya punya kes! Tapi kalau aku kena tangkap, hangin jugak sanubari aku ni. Teruk aku macam ni!

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa