Full Report Part 2: Show Time!!

Kumprinx on guitar

Show Time!
Dalam keadaan yang selekeh tu aku memulakan aksi yang pertama. Dah la tak mandi lagi. Baju peluh-peluh sebab angkat/setting barang tadi. Aku purak-purak tanya kat semua yang dah ada kat situ sapa nak perform dulu. Aku tau dah takde sapa nak perform dulu sebab tu aku main dulu. Sama macam tahun-tahun sudah. Opening act mesti aku. Walaupun aku nyanyi sora tak best. Sebab nak menunjukkan persembahan yang macam gampang pun boleh main kat SP ni. Lagu Plug In Baby ni dah 3 tahun aku main. Naik muak dah. Tapi time SPIII ni dia tak jadi pulak. Hangin tul aku. Terus je aku progress ke lagu kedua aku yang baru 2 hari training. Lagu Uno. Aku tujukan kepada.. err.. ehem. Showmanship bangang yang aku dah kreograf nak buat terpaksa aku batalkan sebab aku letih sangat. Dah la 4-5 malam sebelumnya aku tak tido. Tangan aku pun terketar-ketar memetik gitar. Aku ingat nak main banyak lagi lagu tapi takut tak sempat untuk band lain, aku batalkan je hasrat aku tu. Yang penting aku mesti main dulu, sebab takde sapa nak jadi yang pertama seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

SK3 Band

Band kedua aku main tibai je panggil. Band SK3. Tengok yang naik semua bebudak je. Umur dalam 12-15 tahun. Tapi main boleh tahan. Diaorang ni entah datang naik apa aku tak tau. Tapi aku raspek diaorang sebab berani perform kat SPIII ni dalam usia yang sebegini muda. Band-band yang lebih tua daripada diaorang pun kena motivasi dulu baru nak perform. Malu la sikit wei..

Eddie Rocks!


"Demeh bagi la komeh(kami) main dulu, sebab komeh ada hal ni", kata En. Eddie, frontman bagi band Skylight. Terus je aku panggil diaorang naik. Eddie adalah seorang tokei jamming kat Lipis ni. Dia baik hati sebab bagi harga jamming konsesi kepada semua yang telah mendaftar untuk main SPIII. Memula aku ingat dia ni biasa je. Tapi bila dia start perform, ambik kau! Aku boleh kata band Skylight ni adalah band paling power sekali kat SPIII kali ni. Dia punya goreng sampai hangit. Sekali gitaris dia buat a.harmonic, meremang bulu roma aku. Showmanship pun power. Drummer diaorang, Mike adalah sifu aku yang terawal masa muda-muda dulu. Jarang dah aku dapat tengok dia perform. Aku enjoy betul lagu 'Waaa hab!!'(yang ada zai zai zai tu) diaorang. Aku ingat tahun depan aku nak jemput je diaorang ni. Tak payah bayar.

Otam

"Lepas ni bagi aku main pulak, sebab laptop aku dah ada kat atas tu. Tak bleh shutdown dah. Kalau shut down lari setting aku", kata Otam pulak. Otam punya performance adalah yang paling unik sekali. Solo Laptop Performance. Dia ni pioneer music macam ni kat Lipis ni. Tak catch sangat lagi kat malaysia ni. Tapi kat oversea dah ada scene music macam ni. Mungkin ramai yang tak boleh terima lagi, tapi aku layan semacam je. Apa nak jadi, jadilah. Otam jugak sepatutnya buat collaboration ngan kitaorang kalau kitaorang main nanti. Tapi kami tak sempat perform. Apa boleh buat. Time otam perform aku balik umah sebab nak mandi. Sampai kat bandar, hujan lebat. Aku terus inform orang kat Terenggun.

Blackout Band


Masa aku takde, Mie Stage Manager yang ambik alih tempat aku tu jemput band Jackspade untuk main. Time ni aku takde, tapi aku nampak gambar band diaorang ni berbaris penuh tertib naik ke pentas. Tahun lepas, SPII terpaksa dihentikan masa band ni main sebab black out. Tetiba tahun ni, masa diaorang main jugak, kilat/petir menyambar. Terus blackout jugak. "Balik-balik time komeh main blackout. Komeh balik la gini...", kata En. Mata, frontman Jackspade dengan nada sayu. Tahun lepas, blackout sebab slack kat pencawang utama. Tapi tahun ni sistem karan kitaorang lebih kebal dengan fius dan kabel yang berkapasiti lebih besar. 2 fius sebelum sampai ke instrument untuk mepastikan keselamatan peserta dan yang paling penting equipment baru aku tu kalau-kalau ada petir ataupun short circuit. Orang kena karan takpe, asal jangan Marshall anak dara aku tu kena karan. "Time diaorang main lagu ke-3, tetiba kilat kuat, dekat je ngan kolam tu. Pastu blackout. Serta merta venue dilitupi awan mendung yang berarak lesu. Keadaan masa tu memang seram gile. Suhu pun merosot dengan mendadak", cerita Mie The Stage Manager kepada aku apabila aku meminta laporan daripadanya dengan nada bersungguh-sungguh. Time ni acara dihentikan. Barang semua ditutup dengan kanvas. Sehinggalah aku sampai.

Time ni hari berangin. Aku merasakan seolah-olah cuaca ni bergurau ngan aku. Nampak macam nak hujan lebat. Tapi tak hujan-hujan. Aku terus berjumpa ngan Unit Karan. Tanya macamana. Diaorang cakap takde masalah dari segi karan ni. Cuma kalau ada petir yang kuat lagi mungkin boleh blackout lagi sekali. Skang ni kelancaran event ni hanya bergantung kepada belas ehsan cuaca. Kalau hujan maka kami terpaksa wrap event ni. Dengan beberapa band lagi tak main. Aku dah pening kepala. Bukan nak melawan kuasa Tuhan, tapi berikhtiar supaya event ni berlangsung sampai habis.

Mie, Stage manager yang dari tadi hanya mendiamkan diri, tiba-tiba manadah tangan ke langit;
"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya kami ini hambaMu yang lemah..."

Tit.. Tit.. Tit.. henset aku bunyi.
"Hello Kumprinx. Kat Padang Tengku sampai Kg. Gua skang ni hujan lebat. Lebaaaat sangat! Korang kat sana macam mana?!"

Alamak!


Stay tuned

Comments

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa