Akademi Fcukinghell

Wekkkkkrld!!

Prolog
Borhan baru balik daripada Tehran. Pergi melancong. Kemudian dia bawak balik batang besi yang orang cucuk daging nak buat kebab. Dia ingat nak buat kenang-kenangan. Tapi setibanya di tanah air baru dia sedar bahawa dia dah bawak balik sesuatu yang sangat tak berguna. Sayang nak buang sebab jauh datangnya mende tu. Pastu dia bagi kat member dia Salim.
"Best menatang ni woo.. Ada magik" Kata Borhan
"Ye ke? Bagi kat akulah", Salim mula terpengaruh.
"Ha ambiklah. Ko simpan baik-baik..", kata Borhan diiringi dengan satu senyuman sinis.
3 hari Salim merenung batang besi tu. "Mende yang magiknye?", getus Salim. Kemudian salim bungkus batang besi ti ngan kain kuning. Hari kelima Salim mula start perasap batang besi tu ngan kemenyan mengharapkan magik yang dijanjikan oleh Borhan. Syaitan mula menangguk di air keruh. 2 minggu selepas besi berada di tangan Salim, ia mula memberikan Salim apa yang diingini. Kekuatan, kebal dan jugak jujutan nombor yang sering naik 1st prize. Syaitan sudah bertindak.
Saban hari Salim memperasapkan besi tu dan jugak menyapukan darahnya sendiri kepada besi tersebut. Dia mula bergantung kepada menatang besi tu. Sembahyang amal ibadat semakin dilupakan. Kerja pun dah malas. Asyik memuja sebatang besi yang tak berguna. Syaitan akan buat apa saja untuk menyesatkan anak-anak Adam.

Enter: Akademi Fcukinghell
2 tahun nan lalu aku heran nengok semua orang kerumun depan tv. Lalu aku join sama. "Sapa Vinse? Kenapa orang suka kat dia?", getus hatiku. Pada konset final musim pertama aku baru mengenali Akademi Fcukinghell.

Akademi Fcukinghell. Satu fenomena yang dah kukuh bertapak di industri hiburan tanah air kita. Ambik masa jugak untuk aku paham macamana rancangan ni berjalan. Bebudak 'belajar' kat satu umah. Pastu hujung minggu konset. Pastu sorang blah. Last-last ada sorang je juara. Paling jelas, banyak nangis-nangis.

Cabang Hiburan Baru
"Apasal Vince tu memang? Yang tu lagi power dari dia?"
"Sebab orang undi dia paling banyak"
Memula aku tak boleh terima langsung pertandingan macam ni. Kalau nyanyi tak power pun boleh menang ke? Kemudian aku mengerti. Penganjur, Bastro memberikan sepenuhnya keputusan ke tangan penonton melalui undi SMS. Kemudian apabila juara telah diumumkan, aku nengok seolah-olah Bastro sedang tersenyum sinis kepada semua penontonnya.
"Hmm.. menarik..", getus hatiku.

Musim Kedua
Jadi aku mengambik keputusan untuk follow musim kedua. Kebetulan aku sedang menghabiskan sisa-sisa pengangguran aku di rumah. Jadi apa salahnya. Akademi Fcukinghell adalah sebuah rancangan realiti. Zaman skang ni memang semua orang into reality tv ni. Mungkin sebab kita semua tertanya-tanya apa tindakan peserta seterusnya. Semulajadi sifat ingin tahu manusia. Apa student ni akan buat selepas ni? Macamana dia menangani lagu yang susah tu? Boleh ke dia bawak masa konset nanti? Muka siapa yang dia akan lap lepas ni? Apa pulak 'kezutan' untuk dia masa konset nanti? Ada ke penyanyi asal akan membuat cameo masa persembahan dia nanti? Adakah pengkritik akan memberi komen yang baik? Dan yang paling penting, siap yang akan terkeluar minggu ni?

Fight Glamer
Dalam akademi fcukinghell ni juara adalah yang paling glamer. Tak kiralah ko mulut herot ke. Hidung kat atas dahi ke. Asalkan orang suka kat ko, ko akan menang. Waima ko jongang sekalipun tapi kalau orang dah suka magik 'hilang ibu jari' ko, engkau akan menang! Jangan bimbang!

Business in Business
Aku mem-follow musim kedua Akademi Fcukinghell sampai ke konset akhir. Malam tu aku nak mesej kengkawan ajak pekena neskepe 'o pun tak lepas. Sistem dia hang. Di akhir konset I saw how far the rabbit hole goes. Kutipan hasil daripada undi SMS ni melangkaui berjuta-juta ringgit. Banyak gile pihak Bastro untung rupanya. Waima aku tak suka ngan pemarkahan dan pemilihan pemenang untuk Akademi Fcukinghell ni, tapi aku memberikan tabik hormat penuh respek kepada pihak Bastro. Profit is every businessman's goal. Dan aku jugak seorang bisnesman. Jadi aku mengerti.
Dan sejauh ini aku dah mengerti apa yang berlaku. This is entertainment bagi penonton dan kepada yang follow Akademi Fcukinghell ni. Dan this is a very profitable business bagi pihak Bastro.

Musim Ketiga
Musim ketiga memula ada 20 pelajar. Pastu dia pilih 12 je. Pastu 2 lagi dimasukkan balik. Sawi dan Moksha. Orang ramai tak puas hati terhadap Sawi yang tak dapat masuk. Masa 'Konset Prelude' tu dia bawak lagu nasyid. Semua orang cair. "Waa.. bestnye dia. Bawak lagu nasyid dowwh!!". Ya nasyid. Satu pendekatan yang fresh. Malangnya Sawi tak dapat masuk Akademi Fcukinghell. Harapan penonton untuk lihat seorang pelajar yang memperjuangkan lagu-lagu dakwah dalam AF ni hancur. Mereka kecewa. Bastro, bisnesman yang licik sekali lagi bertindak. Sawi dimasukkan kembali. Semua orang gembira. Sawi adalah satu-satunya penyelamat yang bakal mengegarkan Akademi Fcukinghell ngan lagu-lagu nasyid.

Then Came The Fanaticism
Peminat menjadi fanatik. Tergila-gilakan Sawi. Tak boleh tidur malam mendengar suaranya. Bagi aku takde apa yang istimewa sangat pasal Sawi ni. "Biarlah..", getus hatiku. Saban hari aku memantau perkembangan Sawi ni. Mana tau sebenarnya dia ni power rupanya. Aku harap Sawi ni akan setanding dengan apa yang dikatakan oleh peminatnya. Tapi tak jadi kenyataan. Aku ingat Sawi akan progres menjadi lebih hebat sejajar dengan fanaticism dan puji-pujian terhadap dirinya. Bila dia dapat lagu Dewa-Pupus aku ingat nak bagi dia peluang kedua. Karena aku minat banget sama Dewa. Aku bagi peluang kepada Sawi. Ketika konset pengkritik menyambut baik persembahan Sawi. Betul ke? Mungkin sebab dia Sawi dan dia mesti best walaumacamanapun. Kalau cakap tak best nanti berdosa barangkali? Sawi tidak seperti disangka. Every good things they say about him is mostly untrue. Menari tak pandai, keras dan kaku. Menyanyi selain daripada nasyid tak best. Beautiful Maria? Itu kau kata best? Bukan dia sorang je. Orang lain pun macam tu jugak. Tapi bab Sawi ni ia tak sepadan ngan puji-pujian yang bertimbun-timbun tu. Aku ingat Sawi sendiri tertekan dengan sokongan peminat terhadapnya. He fails to add up. bukan nak memperbesarkan kesilapan dia, orang lain pun silap. Masalahnya he fails to add up kepada reputation dia.

I have to say. Sawi ni adalah seorang yang berbakat. Kalau tak macamana dia boleh masuk shortlist dalam 20 orang calon pelajar Akademi Fcukinghell ni? Ya, tak ramai yang boleh tarik lagu nasyid. Lagu nasyid. Itulah satu-satunya 'edge' yang Sawi ada.

Sejak Sawi dimasukkan kembali, peratus undian dia tak pernah turun. Terima kasih kepada fanaticism ni. Aku tak mengerti lagi. Apa yang best sangat Sawi ni? Aku tak nampak langsung. Adakah hanya kerana dia nyanyi nasyid masa konset prelude ari tu semua orang suka kat dia. Pastu dah masuk dalam akademi fcukinghell dia tak sepower yang disangka. Tapi sebab dah terlanjur fanatik maka peminatnya tak menoleh ke belakang lagi. Tak best-tak bestlah. Alang-alang dah minat.

At first, Sawi gagal untuk masuk ke Akademi Fcukinghell. Kemudian atas tekanan penonton, dia dimasukkan. Lalu terus 'menuju puncak'. Jumlah undi yang konsisten. Kelab peminat yang ada ribu-ribu lemon ahli. Dan ribu-ribu lemon tu jugak fanatik gila menyokong Sawi dengan sepenuhnya. Kalau ada orang yang menentang mereka akan melenting. At first Sawi ni gagal masuk Akademi Fcukinghell! Are we celebrating a failure? Adakah kita meraikan satu kegagalan?

Lelaki Melayu Terakhir?
Keluar dari Akademi Fcuking hell ni nanti Sawi akan berjaya dalam bidang muzik. Kalau masih ada yang fanatik terhadap dia la. Mungkin jugak. Kalau keluar album nasyid. Dan dengarnya ada yang nak beli banyak-banyak kalau dia release album nanti. Ikut korang la. Tapi seperti yang aku cakap tadi, every good things they say about him is mostly untrue. Memperjuangkan seni? Ikon remaja? Ya ikon remaja. Not quality-music-wise. Boleh main gitar? Trompet? Piano? Namun aku ingin tahu apa yang jadi kalau dia berlakon dalam sequel bagi filem 'parti akademi fcukinghell' iaitu Cinta Fotokopi 2 nanti.

Bencana
Fanatik terhadap Sawi tu pun dah teruk. Lagi diaorang nak namakan fanaticism ni sempena nama bencana yang melanda baru-baru ni. Ramai orang mati. Banyak yang musnah. Banyak lagi duit diperlukan untuk membina semua kemusnahan yang dibawa oleh tsunami ni. (nota: tsunami adalah nama kucing peliharaan aku kat umah) Namun demikian banyak wang ringgit telah dihabiskan oleh gelombang 'tsusawi' ni. Kendati demikian, mangsa-mangsa tsunami tak merasa sikitpun duit tsusawi ni. Daripada undi kat Sawi apa salahnya derma kat mangsa tsunami ni. Kesian diaorang. Adakah kegilaan mengundi Sawi ni adalah semata-mata trick untuk bertemu Melati dengan alasan hendak men-topap? Kalau kira-kira 10 kali orang undi Sawi tu konsisten dengan harga rokok sekotak. Rugi betul..

Ini Televisyen?!
Sekali sekala aku suka pekena nengok rancangan 'World's Most Stupid Behavior Caught On Tape'. Walaupun yang dipaparkan adalah aksi yang bodoh tapi masih menarik untuk ditonton. Aku suka nengok orang bertindak tak berfikir panjang dalam rancangan tu. Ya, ia penuh dengan kebodohan, tapi orang masih suka nengok. Nontheless, sebodoh manapun, this is good entertainment.

This Is Good Entertainment
Waima demikian Akademi Fcukinghell ni adalah satu rancangan yang sangat menghiburkan. Seminggu sekali keluarga berkumpul depan tv. Hari sabtu makan awal. Dan planning-planning lain semuanya dibatalkan. Tepat 8.30 malam jalanraya menjadi lengang. Honestly, setiap minggu akupun takkan terlepas nengok konset mingguan. Yes, this is good entertainment! Seronok menonton Akademi Fcukinghell ni. Aku suka nengok Moksha yang seksi tu. All this while I tought Avril Lavigne got the best lips. Kehadiran Moksha menambahkan lagi 'kick' kepada Akademi Fcukinghell. Dendangan lagu 'Pokok Kelapak' adalah satu persembahan yang paling seksi dalam tv tanah melayu ni setakat ini aku rasa. Ramai yang 'water kick head'. Ya, Moksha won my afundi. Aku jugak ingin tahu siapa yang akan terkeluar. Dan siapa pulak yang akan purak-purak kena heart attack nanti?

Ayah Pin(Pimp Daddy)
Currently video yang paling peberet sekali aku dan rakan-rakan aku nengok adalah vcd Ayah Pin (Pimp Daddy) ni. Sekali sekala ada je yang datang kedai aku mintak aku pasang vcd Pimp Daddy ni. Memang terhibur nengok. Pimp Daddy ni muka tak hensem. Cakap main tibai je (Cth:"Sayalah yang cipta agama Hindu tu. Dulu saya letak nama lain") Tapi yang aku herannya ramai orang follow dia. Ikut cakap dia. Tak ke fanaticism jugak namanya ni? Aku tak mengerti. Kenapa orang follow jugak meskipun dia cakap tibai je? Adakah sebab Pimp Daddy ni ada x factor yang kuat? Orang tak tidur malam termimpikan dia ke? Pitching dia tak lari ke laut ke? Mereka tak sedar langsung kesesatan yang dia bawak. Aku kesian nengok diaorang. Dan aku berdoa agar Tuhan buka hati diaorang untuk nampak bahawa ajaran Pimp Daddy ni sesat dan salah sangat! Kembali la ke pangkal jalan weii..

Bila aku bertanya "Apa ada pada si Sawi ni sampai korang suka sangat kat dia?"
Jawap mereka;
"Semoga Allah sahaja yg mampu mencelikkan mata ko ttg kelebihan Sawi....Amin!!"

Lawati kroni Akademi Fcukinghell yang lain
Buttet's Akademi Fcukinghell

ND's Akademi Fcukinghell

Comments

famia said…
eheehehehe..sawi ke mawi ke badawi ke..
alone said…
dapat meneratkan hubungan kekeluargaan gak AF nie.. sesambil makan daun sawi depan tibi.. time brite psal tsunami alih tibi lain.. hehehe

*Henset Daun ke Sabun?" :P
ayobkelubi said…
kump.

bagus banget deh ulasan kamu.
itulah kalau ikutkan kualiti budak2 akedemi ni jauh giler ngan akedemi fantasia negara lain.

cth mcm AFI(indon),suara penyanyi dia mmg class giler sama gak macam AFS(s.pore).

entahlah.
abdullahjones said…
good one bro.
UMNO LIPIS said…
ko anak hassan tuah yaaa

bagus lah tuuu

;aman web ko ok

ko dah ke mana?

takdak kat lipis dah yaaaa

teruskan perjuangan

dari kepimpinan pemuda umno bhgn lipis

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa