Aku tak mengerti

macamana kalau gambo tu lebih besar dari layout?

Melepak di Kompleks Alamanda (Kuala Lipis) memang seronok. Sekali-sekala ada awek cun-cun singgah pekena makan kat sini. Bila malam tempat ni memang happening. Semua orang lepak kat sini. Mat-mat motor melepak, family makan-makan, makwe/pakwe bercinta, usahawan bumiputera yang bersembang lebat dan tak ketingalan jugak kutu lepak sejati (macam aku) yang menghabiskan wang dan bersembang mende yang tak berfaedah langsung. Namun demikian melepak untuk satu jangkamasa yang lama mungkin menyebabkan pundi kencing menjadi padat dan paling sadis, rasa nak berak.
Begitulah halnya aku pada satu hari di Kompleks Alamanda ni. Tengah feeling menghirup neskepe 'o panas tetiba aku rasa nak kencing. Lalu aku meninggalkan kutu-kutu lepak yang lain untuk ke tandas. Kompleks Alamanda Lipis ni memang night spot yang menarik. Ada kedai makan, ada orang jual rokok dan tak lupa jugak tandas awam yang tak berapa jauh dari kedai-kedai makan.
Laju jugak aku memecut (jalan kaki) ke tandas awam tu. Sebab dah tak tahan sangat. Masuk je dalam tandas tu aku terus je mempekena buang air. Tatkala aku sedang (feeling) buang air tu aku terhidu sesuatu. "Oh, bau taik rupanya..", getus hatiku. Memang stendet la tandas awam ada bau macam tu. Jadi aku meneruskan proses penyahtinjaan aku sehingga selesai.
Bila dah siap aku berpusing menghadap pintu sebab nak keluar (mesti la keluar, duduk dalam tu lama-lama buat apa?). Aku terkasima. Time tu otak aku tak boleh terima apa yang aku nampak. Aku tak pernah jumpa perkara macam ni. Ia di luar batasan pemikiran manusia normal. Macam-macam perasaan yang bermain di fikiran aku time tu. Aku rasa hairan, marah, sedih, keliru, takut, panik dan macam-macam lagi pada waktu yang sama. Mende yang aku nampak tu melampaui batasan pemikiran manusia ni. Takde sapa pun boleh terfikir nak buat macam tu, dan takde sapapun di dunia ni yang bersedia untuk melihat sesuatu yang macam tu. Aku nak menjerit, tapi suara aku tak keluar. Freaked out habis! Ini tak boleh jadi ni!
Aku meluru ke luar tandas. Berlari-lari menuju ke arah rakan-rakanku yang tengah melepak tu. Sambil tu dalam kepala otak aku gagal lagi nak mencerna data yang disupply oleh mata aku sebentar tadi. Aku masih keliru. Dengan muka yang panik, aku bagitau kengkawan aku pasal mende yang aku nampak. Mereka juga terkejut dan tak percaya. Kali ni semua rakan-rakan aku meluru ke arah tandas nak tengok jugak apa yang aku nampak tadi.
Bila semua sampai kat tandas, kitaorang semua masuk sama-sama. Sehingga kini aku masih ingat lagi ekspresi wajah kengkawan aku sekor-sekor. Semuanya terpaku. Emosi mereka gagal dibaca. Mata mereka terbeliak melihatnya. "Tu la.. aku cakap tak percaya..", kata aku.

Ada setepek taik melekat kat pintu tandas tu (sebelah dalam). Melekat dengan jitu pada daun pintu tu. Serta ada kesan tapak tangan yang membentuk rupa taik tu (mould). Taik ni telah diletakkan di atas tapak tangan, dan ditepuk dengan kuat ke daun pintu tu sampai melekat.

Member aku tak yakin. "Betul ke taik ni?" katanya seraya mencubit sedikit gumpalan hitam ke-brown-brown-an tu dan menjamahnya dengan lidah.

Sampai hari ni aku masih tak mengerti langsung apa yang terjadi di situ. Apa motifnya? Apa tujuan sebenar dia? Paling misteri siapakah yang berani buat mende macam ni? Kenapa buat macam ni? Marah ke? Tertekan ke? Gila ke? Tapi yang penting perbuatan dia tu telah men-trigger-kan (invoke) banyak emosi kepada yang melihatnya. Mungkinkah ini satu hasil seni yang sengaja diadakan untuk tontonan umum? Adakah ia satu hasil seni sinis dan pedas yang disampaikan dengan elemen misteri dan humor yang jelek. Terlalu taksub dengan penulisan dalam buku kontroversi ke? Dan penjelasan dia terserah kepada mata yang melihat. Genius atau gila?

Peristiwa hari tu sehingga kini masih menimbulkan banyak teka-teki dalam diri aku. Dan hingga hari ini kadang kala aku terjaga di tengah-tengah malam termimpikan peristiwa misteri itu. Aku gagal melupakannya. Bila aku masuk mana-mana tandas aku teringat. Yang penting, sampai hari ni aku masih tak mengerti...

Comments

kajima said…
dong.. kenapa ya..
curX said…
ko bikin kaget la kmx.. aku ingat ko nampak gay tengah "projek" ke hapa..

tapi btol gak.. gilo apo orang tu tepek taik kat pintu.. daku tidak memahaminya langsung.. orang zaman sekarang ni.. ish-ish-ish..

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa