The Bentong Showdown

Lama dah aku tak pegi bentong ni. Tetiba semalam member aku ajak pegi. Tengah-tengah malam pulak tu. Emegensi antor adik dia kepada abah dia katanya. Sebab aku pun tak jumpa mende yang lebih berfaedah nak buat malam tu, jadi akupun ikut je la. Lagipun boleh aku jumpa rakaniaga aku untuk update apa-apa.

Se-setelnya urusan di bentong, ketika pekena air asam jawa kat kedai 'Bunian' maka idea untuk jamming timbul secara tiba-tiba. Sebab korum cukup. Lagipun time tu aku pegi ngan Once. Aku penah cerita pasal Once ni dulu.
Korang siasat la balik kat post lama-lama tu. Time tu aku sakit tekak, batuk-batuk sebab tu la aku minum air asam jawa.

Lantas kamipun pegi ke jamming tu. Diaorang yang kat jamming tu semua terkasima dapat tau kitaorang datang dari Kuala Lipis. Masa melepak tunggu turn kat tempat tu, tokei dia (aku rasa) datang kat aku. Salam-salam lebih kurang pastu dia cakap, "Nak main setengah jam je? Takpe. Korang main sejam tapi aku cas setengah jam je."
"Aneh..", getus hatiku.

Bebarang kat studio tu amp dia semua Peavey. Tapi Peavey dah lama. Kami gagal mendapatkan sound yang diingini. Dapat tu dapat tapi tak berapa fine tuned. Mungkin sebab barang lama dan mende pusing-pusing dia tu (dial kat?) dah tak berapa ngam.

Drum dia ada tulis Tama. Tapi aku tak perasan langsung kondisi drum dia tu. Brand apa. Yang penting sound snare dia best. Tune studio punya. Tom-tom pun bulih tahan la.. Kira ok la drum dia.

Jamming kitaorang ni sebenarnya tak cukup sorang lagi iaitu Mie-bassist. Terpaksa rakaniaga aku takover tempat dia. Diapun bukan ingat sangat lagu nak main. Waimapun aku enjoy ngan drumkit diaorang. Lagu jadi hampeh takpe.

Namun demikian tengah seronok main (dah panas) tetiba black out. Aku ingat lagi time tu Pangeran Cinta batu nak masuk solo. Tetiba gelap. Aku menjadi kaget dan tak keruan.

Lepas tu kitaorang balik. Habis cerita.
Malas sangat aku nak cerita kitaorang pegi minum kat bawah jamming tu, pastu lepak kejap kat keta, pastu brader jamming tu datang cakap dia blah kejap pegi nengok durian kat dusun dia. hek ele..

Kedai Bunian
Kedai bunian ni mendapat nama apabila kitaorang makan kat situ tengah-tengah malam. Setting kedai dia semua kuning. Pastu orang yang datang makan kat situ semuanya pelik-pelik. Pastu kalau lalu siang hati, tak jumpa langsung kedai ni. Thus the name 'Bunian'.

Benchmark: Ultimate Awek Minggu Ini
Ni baikkk punya special feature. Tunggu je. Aku tak pasti lagi ngape aku kena rating 18sx. Emm.. tibai je la!

Comments

anni said…
ske nye die p jamming.hikss..anni jgn kate bentong..kuala lipis pon setahun sekali p...:P
alone said…
wahh kedai bunian tu sedap tak airnyer.. biasa kat sini kedai bunian jual air embun je..

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa