Puteh

Jamming di rumah Mael memang seronok. Walaupun equipment yang minima, tapi tetap best. Puncanya; Puteh.
Aku sejak kecik lagi selalu lepak kat umah Mael ni. Tapi baru dalam tahun ni je aku baru dapat tahu yang jiran dia ada anak dara yang cantik. First time aku terpandang wajahnya, satu perkataan terpacul di mulutku; "Puteh.."
Puteh bukanlah nama sebenar awek kat sebelah umah Mael ni, cuma aku saje panggil dia Puteh sebab dia putih sangat. Muka putih, kaki putih tangan putih semua mende putih ibarat tak pernah dijamah matahari.
Sejak kitaorang semua dapat tahu tentang kehadiran Puteh ni, semua orang abis smart dah datang jamming. Rambut sikat belah tepi, baju masuk dalam seluar, kasut kulit yang berkilat dan seluar slack yang bergosok rapi sampai nampak line straight kat depan dia.
Ketika sedang jamming, aku sering menggunapakai taktik berehat sebentar demi untuk meng-usyar Puteh. Sebab aku main drum maka aku lah yang paling letih aku rasa, jadi aku sering- "Aku kuar jap ambik angin, panas.." Selalunya Puteh main badminton ngan adik dia. Time ni la nampak, putih sungguh kulit dia.
Namun demikian kami juga kecewa. Sebab selalu sangat usyar Puteh ni, maka kami jugak pernah ternampak pakwe Puteh mempick-up dan meloading Puteh pegi jalan-jalan. Walaupun pakwe dia boleh tahan jambu muka namun tetap selenge di muka kami. Time kitaorang ada cepat-cepat je dia blah.
Kehadiran Puteh juga telah menaikkan semangat kami untuk datang berlatih hari-hari kat umah Mael. Namun ia tidak kekal lama. Ku sangkakan hujan sampai petang, tetapi panas di senjakala. Sabtu nan lalu aku ngan rakaniaga aku melawat ke umah Mael untuk mendengar kaset. Kitaorang nengok kat umah Puteh ada ramai je orang. Termasuk motor pakwe Puteh. Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa tak lama lagi Puteh akan melanjutkan pelajaran jauh ke tanah Bidadari sana. Namun kami tak menduga ia akan berlaku dalam jangkamasa terdekat ni. Family Puteh buat kenduri meraikan kejayaan anak dia melangkah ke menara gading.
Nasib baik ada abah Puteh datang ajak kitaorang pekena sekali kat umah dia. Ni lah first time aku menjejakkan kaki ke umah Puteh. Kami dijamu dengan bermacam-macam hidangan. Ada pulut kuning, mee goreng, karipap, puding, kek pisang, tembikai dan macam-macam lagi. Dah le mee goreng dia sedap, rasa macam kat kedai. Jadi kitaorang pun makanlah sekenyang-kenyangnya. Sekali-sekala Puteh keluar untuk men-topap mee goreng yang licin kena sapu. memang kitaorang semua lapar sebab baru abis jamming. Lantaklah, lepas ni takde can dah..
Bila ada tetamu lain yang nak blah, diaorang akan bersalam-salam ngan tetamu yang belum blah. Kami terpaksa mem-pause proses pekena beberapa kali sebab ada orang nas blah. Tetiba ada sorang ni muka macam kenal pun nak blah. Dia adalah pakwe kepada si Puteh. Member saya yang pertama buat-buat macam nak salam tapi lepas tu tarik tangan bela rambut (stail Felix). Member saya yang kedua langsung tak pandang pakwe Puteh ni. Manakala member saya yang ketiga salam ngan pakwe Puteh ni, tapi genggam kuat gile sampai patah riuk tangan budak tu. Mende dosa pakwe Puteh ni aku tak paham. Namun aku rasa semua orang hangin ngan dia sebab sangkut kat girl next door ni. Awek sebelah umah mesti kena always available. Dan budak ni dah spoilkan suasana. Nontheless itulah adalah hak Puteh sendiri.
Hari-hari yang mendatang selepas ni adalah begitu hambar sekali. Tiada lagi jeritan manja Puteh akibat di-smash oleh adiknya. Takde lagi kelibat Puteh menengok-nengok koleksi orkid kepunyaan mak Mael. Skang datang jamming pun selekeh je. Nak melepak kat luar pun dah takde mood.

Puteh, ku harap kau akan berjaya di menara gading.
Cepat pulang ye?!

Comments

Anonymous said…
PUTIH..PUTIH..PUTIH...PUTIH...PUTIH...PUTIH...PUTIH...PUTIH...PUTIH...PUTIH....PUTIH....PUTIH...PUTIH....SEMUANYA PUTIH....CETE KO ASIK PASAL PUTIH...SANA PUTIH SITU PUTIH...KO PUTIH KEEEEEEE......AKU BUKAN MARE SEBAB AKU TAK PUTIH...N AKU PUN TAK HITAM... WARNA KULIT AKU, WARNA KULIT MELAYU TULIN...SAWO MATANG....RAMAI JUGA LELAKI TEMPAT KEJA AKU YANG MINAT AKU,JD JGN SANJUNG SANGAT ORANG YANG PUTIH TU...KESIAN YANG HITAM2....BAGI YG BERKULIT HITAM INGATLH PERIBAHASA HITAM SI BUAH MANGGIS...........
ARNI said…
HUH...PUTIH SAJE......

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa