Random Muse

Battle Of The Bands
Event ni tak kompom lagi jadi ke tak. Aku tak tau sapa yang akan anjur mende ni nanti. Diaorang nak buat masa karnival Lipis nanti. Jangan tak jadi sudah. Sebab aku dah semangat gile dah ni. Latihan pun dah tahap intensif dah skang ni. Intensif tak intensif sangat la. Korum pun tak cukup nak training hari-hari. Dengar cerita terbuka Pahang. Jadi sesapa yang duduk kat Pahang ni mai la sekali pekena berentap. Khabarnya hadiah lumayan. Aku tak into sangat hadiah tu sebab memang takde potensi nak menang, tapi yang penting awek mari..

Ayah Pin/Pimp Daddy
Aku hengat sapa la Ayah Pin ni. Rupanya ketua ajaran sesat. Tu la akibatnya dah lama tak baca sekabar. Baca pun online je sekali sekala. Dengar orang bersembang diaorang sebut Ayah Pin. Aku ingat kalau bahasa omputeh ia akan jadi Pimp Daddy. Ha, apa cerita Pimp Daddy skang?

Rintihan Phua Chu Kang
Phua Chu Kang yang aku maksudkan ni adalah seorang budak india kat area umah aku ni. Zaman dulu dia selalu pakai kasut Phua Chu Kang tu. Jadi kitaorang selalu refer kat dia dengan nama Phua Chu Kang ni. Dia keje macam janitor kat Centerpoint ni. Tapi skang dia dah stup pakai kasut Phua Chu Kang. Tapi orang masih panggil dia Phua Chu Kang.
"Saya suda pakai kasut biasapun orang masih panggil saya itu nama. Saya tara suka tau!"
"Ala.. kau yang mulakan"
"Tarapa.. dulu saya tara wang mau beli kasut. Sekarang sudah mampu membeli mengapa mahu panggil saya itu nama belakang taruk?!"
"Ko cakap apa ni Phua Chu Kang?"

Blogger Dont's
Baiklah. Dalam minggu ni aku banyak merantau nengok blog orang. So here it goes..
-Jangan auto start lagu kalau nak taruk lagu. Ini yang aku paling hangin sekali. Kalau aku tengah syok-syok layan 'Jambatan Tampor-uli' sekali serabai ngan lagu korang pulak. Hangin tul la. Lagipun lagu tu lama nak load. Contoh blog yang taruk lagu dengan betul adalah ND (http://undisputed.blogdrive.com/). Sekali-sekala aku bukak blog dia sebab nak dengar lagu je. Dia tepek tak autostart. Viewers got the power.
-Resize gambo properly. Jangan kalau gambo tu dah beso pastu display kecik. Lari tune gambo tu. Resize dulu smart-smart. Pastu baru tepek.
-Aku dapat kenalpastu ada tagboard yang aku takboleh nak tag . Dia cakap 'Cookies Diactivated?'. Apa? kena bawak biskut ke kalau nak tag? Pastu Blogdrive punya tag pun kena masuk nombor. (nota:Berjudi itu haram sama sekali).
-Pastu overall page size tu cuba kurangkan. Ada sesetengah blog tu aku nengok sampai naik hang kompiter aku. Tak perlu tepek banyak sangat gambo 'pelajar rancangan realiti tv yang orang tak berapa berkenan tapi glamer tak hengat'.
-Paling penting! Jangan cut n paste je apa-apa post. Bagi aku bahan cut n paste ni takde value. Tulis sendiri. Tak apply bagi line-line yang di-quote.
Mesti korang cakap "Hek ele.. banyak bunyik pulak mamat ni. Aku punya pasal la.." Ye la.. korang punya pasal la.. aku nasehat je.


Baiklah. Esok ada special feature lagi kot? nengok la..

Comments

nd said…
sila confirmkan balik date sebenar BOTB t'sebut..aku pun nak join..hehe..
huh?blog aku masuk senarai ke?hiks!
shafie said…
"Hek ele.. banyak bunyik pulak mamat ni" hahahahah..kump blodrive suh buh nombot tue contoh security la tue taknak owang spam melalui tagboard da :P...apa pun byk benda yg aku setuju...tapi apa kita buleh cakap..itu blog aku yang punya :))
Kumprinx said…
ye la. maksud saya, jangan la rely kat tagbod yang build in tu. cari la yang lain. paling penting:
korang punya pasal la..
Ms D' said…
kumprinx...mainlah lagu atas nama cinta -dewa...nak dengar jom la..!in my blog...
Anonymous said…
Saya nak tanya,kenapa bagi nama orang india tu Phua Chu Kang?Tak baik tau....Kalau dia dah tukar kasut,janganlah panggil dia Phua Chu Kang.Kalau awak ni ada tahi lalat besar dekat pipi awak,lepas tu orang panggil awak tahi lalat besar,macam mana awak rasa?Tentu awak rasa sedihkan!Lain kali,tanya diri sendiri dulu,apa perasaan orang lain bila dia kena ejek.
seraph said…
PCK glamer apa?
alone said…
ko ada barang beskal bmx ? :P

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa