Special Report : Naik Ketapi!

Naik Ketapi

Ahad nan lalu aku dan rakan-rakan pegi Jerantut naik ketapi. Aku takde urusan langsung nak pegi sana. Tapi demi naik ketapi, aku pegi jugak walaupun takde duit. Lama dah tak pekena ketapi ni.

Pagi tu aku dikejutkan dari lena dengan panggilan telefon dari Afdzal. Aku menjadi kaget bila nengok hari dah siang. Bila aku nengok jam, aku menjadi lebih kaget sebab jam dah pukul 7.00am. Ketapi pulak berlepas pukul 7.30am. Secepat kilat aku pegi mandi. Laju gile aku mandi. Pastu tak sempat nak minum air milo, aku tapau je letak dalam botol. Pastu terus merempit jalan kaki pegi stesen ketapi. Sampai stesen ketapi jadi sakit perut pulak. Lantas terus aku pegi tandas ketapi tu pekena buang air dulu.

Dah setel berak aku pegi kat kaunter tiket. Aku nengok ahli-ahli pasukan yang lain dah ada kat sana tengah beli tiket. Trip kali di dibintangi oleh Amar, Padeli, Ben, Afdzal, Deetree dan aku sendiri. Ketapi lambat 15 minit. Jadi kitaorang melepak je kat situ sambil pekena air milo yang aku tapau dari rumah tadi. Rakan-rakan yang lain memperkecil-kecilkan usaha aku bawak bekal air milo tu, tapi diaorang mintak jugak sikit.

Seme berangan sebelum sampai

Bila ketapi datang aku memberi cadangan agar kitaorang lepak kat gerabak belakang sekali, sebab kemungkinan beso kosong sebab tak berapa ramai orang. Memang betul kosong. Hanya ada sekapel manusia je. Aku ambik spot baik punya. Pastu terus duduk.

Naik ketapi memang seronok. Tren pagi tu semua gerabak ekon. Bunyi enjin dia, bunyi sambaran angin ngan bunyi tayar dia berlaga ngan trek yang tak betul memang best. Dah la laju pulak tu. Aku penah dengar cerita ada orang kena langgar ketapi, hancur badan dia. Pastu bila orang kutip, satu baldi tu tak penuh. Ni nak menunjukkan ketapi tu laju. Time dia lalu atas jambatan lagi hardcore. dah la bising dan kadang-kala gayat jugak nengok ke bawah.

Ketiadaan penumpang lain di gerabak yang kami naiki tu menyebabkan kami semua berani berbuat sesuka hati di situ. Sembang lebat kuat-kuat dan mengambik gambar ibarat pelancong asing dari Jerman.

Sekali-sekala aku jugak menuju ke pintu tren tu untuk mempekena asapan rindu. Bagi kita orang malaysia tak heran langsung kat mana ketapi ni lalu. Tapi bagi pelancong asing diaorang panggil ketapi kat malaysia ni 'Jungle Train' sebab ketapi ni lalu tengah-tengah hutan.

Perjalanan dari Kuala Lipis ke Jerantut mengambil masa lebih kurang.. emm.. aku tak hengat. Tambang dia pulak hek ele RM2 je.

Sampai Jerantut kami terus menuju ke pekan sehari jerantut yang mengambil masa kira-kira 10 minit berjalan kaki daripada stesen ketapi jerantut ni. Seingat aku akulah ahli pasukan yang paling sengkek sekali, namun yang demikian aku jugak yang beli paling banyak baju bandel. Sebab aku beli baju longok je. 3 herai 5 inggit. Semua blank sebab aku nak bawak balik bentong untuk print sendiri.

Teringat sate arnab..

Lepas shopping lebih kurang kat pekan sehari tu kami mempekena lunch kat satu restoran dekat situ. Ben, salah seorang ahli pasukan kami ngan Deetree, tetiba blah meninggalkan kami tengah makan. Dan kembali membawak pulang seekor arnab kecik yang comel. Dia beli kat sorang pakcik ni.

Sebelum pulang aku beli apam balik 4-5 bijik, simbolik sebab kitaorang dah nak balik. Konon-konon nak bawak bekal makan atas ketapi. Kendian kami menapak balik ke stesen ketapi dan macam biasa ketapi tu lambat sket. Kitaorang beli tiket dulu kendian melepak kat situ. Bila aku dapat tiket tu aku menjadi kaget. Dia tulis kat situ 'Kelas Bajet'. Adakah aku akan duduk ngan ahli-ahli parlimen yang sedang membentangkan bajet? Ataupun ketapi tu ada bajet minyak yang mampu menyebabkan ketaoi tu mati enjin tengah-tengah hutan? Ataupun kelas kitaorang ni diaorang bajet je boleh sampai, tapi sebenarnya tak.

Bajet best je..

Rupanya 'Kelas Bajet' yang dimaksudkan adalah tren yang takde ekon dan takde numbered seating. Ampeh tul. Pagi tadi punyalah sejuk dan nyaman. Skang time nak balik paneh dan sesak napas. Tak tahan aku duduk kat dalam tren tu, aku kuar pekena angin kat pintu tren dan sekali sekala kuar kepala nengok-nengok keadaan. Dah lama sangat lepak kat puntu tu kaki aku menjadi lenguh dan nyaris cramped. Jadi aku masuk balik. Aku nengok Deetree steady je ternganga tido lentok baik punya. Rupanya ada kipas kat atas kepala dia, patutla dia rilek je. Lalu aku join dia duduk. Tak lama kemudian aku pun ternganga lentok.
Sedar-sedar dah sampai Lipis. Kamipun berpecah kembali ke umah masing-masing sebab letih sangat.

Naik ketapi memang happening!

Cekidaut Buttet's 'Balik Kampung 2' post about ketapi!!

Comments

masahido aizawa said…
heheheh hang kena tk entry aku pasai naik ketapi nie
http://buttet.blogdrive.com/archive/cm-7_cy-2005_m-7_d-1_y-2005_o-50.html
Anonymous said…
aku pun terasa seronok tengok korang.. kalau aku ikut lagi seronok kot alone@http://sayapdewa.blogdrive.com/

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu