Burger

Burger bukanlah tersenarai dalam rantai makanan kegemaran aku. Tapi kadangkala pabila nasik tiada di sisi, apatah lagi mee goreng hailam dan wang ringgit yang merudum, burger slalu menjadi pilihan aku. (Burger King, McD dll skang tolak tepi aa..). Kat Kuala Lipis ni aku dah kenalpasti hampir semua gerai burger yang beroperasi di sini. Menandakan bahawa aku sering dilanda ketiadaan wang. Lalu skang aku persembahkan; Kumprinx's Guide to Burger Hunting In Kuala Lipis If You Dont Have Enough Money For Nasik Goreng Pattaya (KGBHIKLIYDHEMFNGP).

Burger Abang Mie
Sejak dari awal dunia lagi aku dah makan burger abang Mie ni. Terkenal sebagai burger yang paling power kat Kuala Lipis ni. Dulu dia beroperasi kat stesen ketapi. Masa tu aku kecik lagi. Tapi skang ni dia dah berpindah ke lokasi yang lebih high profile iaitu di perkarangan umah aku sendiri. Sapa yang tak kenal burger abang Mie? Memang burger dia sedap, tapi aku dah selalu sangat makan burger dia (10 tahun beb..) naik mangli pun ada. Tapi yang penting burger dia power. Tak nampak pulak aku dia tambah seasoning ke, ajinomoto ke. Tapi power. Dari hirisan tomato dia sampai la ke susun atur antara daging, sayur dan mayonis. Bagi aku burger yang baik adalah burger yang mayonis dia curah atas sayur itu sendiri. Sebab mayonis tu bertindak meng-enhance-kan rasa sayur itu sendiri. Ramai pengusaha burger kat Lipis ni silap tang ni. Sebab tu la tak menjadi. Dan Abang Mie ni jugak telah menggunakan sos cili brand yang sama sepanjang 10 tahun ni. Jesteru me-maintainkan rasa burger dia sehingga kini. Abang Mie jugak mahir dalam skill potong burger di mana ramai pengusaha burger gagal. Kalau dah stack 4-5 bahan dalam burger korang ingat senang nak potong? Dia buat selamberrr je. Burger Abang Mie sehingga kini adalah benchmark kepada burger-burger di Kuala Lipis ni sebagai pengusaha yang paling otai.

Burger Brader Rock
Nama brader ni aku tak ingat. Tapi yang aku ingat imej rock dia tu. Dia ni kira berjaya la jugak dalam industri burger ni. Sekali bebudak maktab datang beli 30 ke 40 bijik sekaligus. Dia ni selalu dapat large order macam ni, jesteru waiting list dia selalu panjang. Dengan liciknya dia juga telah meletakkan sekeping papan dam aji kat gerai dia supaya orang yang tunggu tu tak bosan. Pernah satu hari aku tunggu berger sampai kalah 7 round dam aji (menang seround. itupun main tipu). Brader ni telah memberikan fresh take kepada industri burger kat Kuala Lipis ni. Burger dia letak kacang hijau dalam tin. Ngan kacang merah sekaligus. Sebab tu la orang suka sangat burger dia. Meleleh je bila makan. Hari ke hari gerai burger brader rock ni meraih populariti. Kasteme makin ramai. Menyebabkan aku mangli nak beli sebab lama sangat kena tunggu. Dan tu dia pulak makin lama makin sopan ngan pelanggan. Mentang-mentang la orang semua into burger dia. Ada satu malam tu aku nak beli burger. Dia cakap dah tutup. Padahal barang satu hapah pun tak packing lagi. Setakat nak buat burger aku sekeping apalah salahnya. "Komeh dah nak tutup ni!", maki brader tu. Padahal assistant dia (kenalan aku jugak) sanggup buatkan untuk aku. Tapi dia pulak yang tak bagi. mentang-mentang la sale banyak ari tu. "God bless you la!!", kata aku dengan nada mendengus sambil berlalu pergi. Baru-baru ni aku dapat berita yang belum disahkan bahawa brader burger ni dah dead sebab kanser otak. Kedai burger diapun dah tak beroperasi (pindah kot..?)

ABQ Burger
Ni antara burger yang paling terrer sekali. Mengapa terrer? Sebab bisnes dia semakin maju. Dan masyarakat pun semakin menerima burger dia. Dan dia sampai hari ni bertindak secara solo. Bape ramai dah kutu pegi apply mintak jadi assistant dia. Tapi dia taknak. Dia jugak ada sebuah skooter yang ada tulis ABQ. Burger dia letak dalam polisterin. Mengunapakai bahan-bahan standet Ramli Burger. Sebab tu rasa dia standet. Daripada burger kodi (RM1.20) sampaila ke burger double special (RM2.70). Overall burger dia ni antara yang sedap jugak tapi aku jarang pekena sebab jauh ngan umah aku (2 batu lebey beb..).

Burger Prostar
Ni baru lagi mewarnai industri burger kat kuala lipis ni. memula aku tak mengerti organisasi apakah ini. Dia ada satu umah yang semua bebudak melepak kat situ. Rupanya prostar. Dan burger diaorang tak best.

Burger Taman Pertama
Kedai mamak kat taman pertama ni ada jual burger kat depan kedai dia. Tapi burger yang dia buat ni tiru stail burger brader rock tadi. Aku tak suka barang tiruan, jadi aku tak berapa layan sangat burger dia.

Burger Padang Tengku
Dah lama dah aku tak pekena burger dia ni. Dia jual burger kat deret kedai makan. Sengit fight ngan gerai satey ngan makanan panas. Tapi gerai burger ni bersinar sebab ada awek cun yang buar burger. Dah la cun, tinggi lampai pulak tu. Tapi aku jarang pekena burger kat sini sebab jauh ngan umah aku. Sekali-sekala aku pegi Padang Tengku baru aku pekena. Tu pun sebab ada awek yang masak. Tapi baru-baru ini awek yang masak burger tu dah pindah ke Kuala Lipis ni, kerja kat Juara CC (Supermarket). Dekat pulak ngan umah aku. Takde makna la aku pekena burger kat Padang Tengku lagi. Hik hik hik..

Burger Pekan Sari/Kerpan Walk
Burger singgit. Kalau dah singgit tu paham-paham je la. Ni kalau sengkek sangat boleh la pekena. Buat alas-alas perut. Kalau nak beli nengok-nengok sikit la. Boleh request suh orang yang buat taruk lebih cilisos ke apa ke. Pepehal burger singgit ni memang turbo proses pembuatannya. Seingat aku dalam seminit dia boleh buat dalam 20 bijik. Laju je tangan dia.

Burger Hattan
Bukan hattan penyanyi tu. Tapi masa aku kecik-kecik dulu ada sorang brader ni jual burger kat pekan sari muka dia sejibik macam Hattan. Tapi burger yang dia jual kategori burger singgit. Bulan puasa pun dia steady je jual burger pepagi masa pekan sari.

Pepehal pengetahuan aku yang mendalam terhadap industri burger di kuala lipis ni adalah oleh disebabkan kerana aku sering takde duit nak makan nasik. Lain kali aku cerita pulak pasal nasik lemak.

Comments

ayobkelubi said…
ko pulak?

tak nak jual burger?.

takpun ko buat guide nie semua dlm pamplet pastu ko taruk ah kat semua kedai burger tu or pusat pelancongan kuala lipis.

ok tak?
alone said…
mengikut sepek sepek apa yg ko tulis nie.. sedikit sebanyak membawa aku untuk bercerita perjalanan burger tempat aku dan yg mana pilihan aku..

~ burger madi.
burger dia sedap .. pasal dia kawan satu kelas dgn aku.. tapi lama kelamaan da tak sedap .. pasal dia da kaya jual burger dibeli moto beso.. bisness burger dia pas kat assistance dia.. aku quik beli kat sini.. sekarang dia tutup.

~burger dvd
setiap kali aku nak beli dvd aku mesti lalu kedai dia.. lantas aku beli untuk melayankan diri sambil menonton dvd. burger dia sedap tapi aku da berhenti beli gak disebabkan gerai burger bawah nie

~burger awek komuter
pasal dia awek *adik beradik* jual burger so aku berhenti beli burger kat gerai2 yg atas.. burger awek nie tak sedap mana pun.. tapi dia telah memenangi hati aku satu hari tuy bilamana adik dia cakap.."tuy laki ko da datang tu ko buatkan la burger dia" :P pasal tu aku beli burger kat sini..walaupun tak sedap kalau da bini masak makan jer la..
Kumprinx said…
pusat pelancongan kuala lipis tu bapak aku punya. (literally)

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa