Friday Flick

Takde karan, tiruk dan kekecewaan yang merudum
Malam sebelum berangkat ke Bentong tu aku berjaga sampai pagi untuk menentang musuh yang cuba memulakan perang nuklear untuk kepentingan sendiri. (MGS#:Snake Eater - PS2). Pagi tu aku terlalu letih dan mengantuk. Aku tido sepanjang perjalanan ke Bentong.
Tindakan aku melarikan diri ke Bentong untuk melarikan diri daripada ketiadaan air di Kuala Lipis mungkin satu langkah yang bijak. Tapi setibanya aku di ibusawat Oxygen Studio di Bentong satu lagi bahana baru telah menimpa. Air ada tapi karan takde. Memula aku saspek satu taman tu takde api. Aku try tanya awek yang jaga kedai perabot jati kat bawah opis tu. Dia tengah asyik menyapu lantai. Kedai ni baru je bukak. Aku sendiri tak pernah pegi nengok kedai ni.
"Assalamualaikum. Sapu sampah ka?" tanya aku memulakan perbualan.
"Waalaikumusalam. Ha'ah baru bukak tadi"
"Tengahari baru bukak?"
"Pepagi mana ada orang nak beli perabot cik abang oii.."
"Oh ye ke? Hik hik huk tak tahu pulak saya", balas aku dengan nada manja dan menggoda.
"Abang duduk kat ats ni ye? Niaga apa?", tanya awek tu.
"Oh macam-macam ada dik. Kitaorang buat printing, repair kompiter, event management, sewa peralatan muzik, studio jamming pun ada! Tapi tak bukak lagi la..", ujar aku dengan bersahaja.
"Ooo.. nak gi mana ni?"
"Aa.. abang nak kuar jap. Pegi dulu ye..!"
Haram aku lupa nak tanya ada api ke tak. Namun demikian daripada kipas meja yang berputar kat kedai dia tu aku dapat agak bahawa kedai dia ada api. Skang ni dah soheh karan kedai aku dah kena potong.
Berbekalkan bill api sekeping, aku mengorak langkah ke ibusawat TNB untuk penerangan lanjut.
"Kak, api komeh ni kena potong ke? Nengok bill ni.."
Akak tu memasukkan data ke kompiter dia.
"Ha'ah dik, kena potong. Awak tak bayar bil sapa suruh?!"
"Apehal pulak kena potong?! Tunggakan bukan banyak sangat! Lagipun deposit RM500. Tak sampai setengah lagi!!", ujar aku dengan bersungguh-sungguh sambil me-maintain muka yang bengis demi untuk menakut-nakutkan akak TNB tu.
"Heii cik abang! Ye la deposit awak banyak, tapi kalau dah setahun tak bayar bil mestilah kena potong"
"Hah! Setahun tak bayar?!" Muka bengis aku tadi bertukar menjadi sebe dan selenge.
"Ye setahun tak bayar. Ni hape nak jadi ni malas bayar bil!"
"Hik hik hik.. tak tau pulak saya..." balas aku dengan nada manja untuk meng-cover malu.
Kemudian aku kuar kejap untuk berbincang ngan rakaniaga aku mengenai hal ini. 4-5 minit kemudian aku masuk balik. Aku setel semua bil tu. Akak tu cakap nanti petang baru la orang datang sambung balik api. Time tu baru pukul 12 tengahari.
Time tu kalau melepak kat opis mesti panas gile kalau takde karan. Matahari pulak memancar terik. Aku tak perlu berfikir panjang membuat keputusan untuk pekena tiruk kat Lata Chamang sementara menunggu karan ada.
Setibanya di Chamang hanya ada 3-4 orang je kat situ. Semuanya pengail 'hardcore' yang takde kerja lain selain daripada mengail je siang malam. Dan jugak aku ada spot satu couple gay entah buat apa dalam semak. Tanpa berfikir panjang lagi, aku terus memakai swimsuit aku (suar pendek bukan spender) dan melancarkan aksi tiruk yang pertama. Aku ingat nak berendam je sebab aku ni letih, nanti malam nak buat keje pulak. Dah la semalam tak tido. Lalu aku mempraktikkan ilmu 'Kalis Sejuk' aku.
Sepanjang berendam tu hanya ada 1 pasukan amoi pekena tiruk kat situ. Itupun bebudak sekolah yang ponteng sekolah. Isap rokok pulak tu. Setelah 3-4 jam dalam air aku menjadi mangli dan naik ke daratan atas saranan rakaniaga aku. Lagipun awek tak berapa nak ada. Lain la kalau hujung minggu tu. Toksah cerita la.
Naik je kat atas tetiba ada je amoi yang turun. Ramai pulak tu. 4-5 motor semua naik 4 orang ('pantak empat' term untuk naik motor ramai-ramai). Aku agak kecewa kerana naik terlalu awal. Kekecewaan aku menjadi semakin mendalam kerana dalam perjalanan balik, kami berselisih ngan bas rombongan yang penuh ngan cewek-cewek montok. Entah persatuan apa buat aktiviti kat situ. Apa, korang ingat mandi sungai tujuan utama pegi situ?!

Pertandingan Band Sempena Karnival Lipis 2005
Setelah 4 tahun menyepi, tahun ni pertandingan band kembali. Kredit kepada Pakcik Rahim (Siti panggil dia 'Ayah Rahim') kerana telah berjala pull-off event ni. Saringan pertama akan berlangsung pada hari Ahad 21 Ogos pukul 10 pagi bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Lipis. 7 band akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir dimana hadiah bernilai RM3,000.00 akan dipertaruhkan. Hadiah pertama, kedua dan ketiga. Dan tahun ni buat pertama kali anugerah bagi gitaris, drummer, bassist dan vokalis terbaik akan diberikan berupa wang tunai. Yuran penyertaan bagi satu band adalah RM80.00. Jumlah ahli yang dibenarkan adalah hanya 4 orang sahaja. "Komeh nak nengok macamana korang boleh cover sesuatu lagu tu dengan hanya 4 ahli sahaja", begitulah penjelasan Pakcik Rahim.
For sure band aku akan masuk bertanding. Setiap kali memikirkan pasal pertandingan ni aku menjadi berdebar-debar. Tak sabar-sabar dah rasanya. Tak lama lagi dah rupanya. Band kitaorang memang tak boleh makan punya kalau nak fight ngan band-band kat Lipis ni. Semuanya power-power. Diaorang metronome punya kaki. Kitaorang ni band main tibai je.
Setiap band kena menyampaikan 3 buah lagi iaitu lagu melayu, lagu instrumental ngan lagu bebas. "Lagu-lagu berentah Trash tidak dibenarkan" kata borang dia. Peserta mestilah berumur 16 tahun ke atas.
Baiklah. Pertandingan ni terbuka Pahang. Jadi kalau korang duduk kat temerloh ke, janda baik ke, mentakab mahupun Lepar Hilir moh la masuk memeriahkan suasana. Syarat pertama dia adalah 'Warganegara Malaysia yang bermastautin di negeri Pahang'.
Maklumat lanjut, sila kontek:
Pakcik Rahim di talian : 019-965 8791 atau
Cik Rina 019-955 9588
Boleh amik borang kat kaunter Urusetia Karnival Lipis 2005 kat sebelah pintu masuk Pasaraya Aktif mulai sekarang.
Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 20 Ogos ni.
Satu lagi, kalau nak nengok band aku beraksi, datang la masa saringan nanti 21 Ogos start pukul 10.00 pagi. Hehe...

Comments

kajima said…
gud luck deh..
main kencang2 deh..
:)
east said…
lata chamang ek?hurmm...hehe
nd said…
aku pun rase mcm nak join jee..amacam?kite jumpe kat Lipis
sofe said…
rugi2, lain kali tengok kiri kanan sebelum balik....ekekekeke

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa