Kuala Lipis Dilanda Kemarau

Pun begitu aku lebih prefer kalau letak tajuk 'Kuala Lipis Dilanda Garuda'. Sebab it's gettin' boring la.. Takde adegan tembak menembak ke, rompak kedai ke, orang bunuh diri ke. Kendati demikian aku akan ceritakan jugak pasal kemarau di kuala lipis ni.

Tidak. Bukan Kuala Lipis ni dilanda kemarau. Padahal baru je pagi semalam hujan lebat tak hengat punya di waktu pagi. Tapi kali ni seluruh penduduk Kuala Lipis ni telah diberi amaran mengenai water shortage yang akan berlaku dalam 2-3 hari akan datang ni. memula kat kawasan tempoyang takde air. Aku gelak je la kat diaorang sebab nescaya diaorang tak mandi punya.

Pastu tengahari tadi ada notis kat umah aku bagitau nanti takde air selama 2-3 hari. Ayat dalam notis tu: "Dukacita dimaklumkan nanti takde air 2-3 hari kat apartment korang. Jika mahu mandi kalian dinasehatkan agar menadah air cukup-cukup untuk 2-3 hari. Kemudian jika mandi jangan tak hengat dunia. Kalau nak mandi macam air terjun sila pergi air terjun. Berikut adalah senarai air terjun yang bolih korang lawati..."

Punca sebenar ketiadaan air di seluruh bandar Kuala Lipis ni masih lagi samar-samar. Waima demikian aku menerima beberapa laporan mengenai teori ketiadaan supply air ni:
-Ada bangla jatuh dalam loji penapisan air (dekat bahagian 'tapis' dia). Mayat dia hancur dan air tidak selamat diminum.
-Ada kutu 2-3 orang pegi tuba air kat loji penapisan air tu demi untuk menangkap ikan puyu untuk dijadikan haiwan peliharaan.
-Ada ikan raksasa lekat kat dalam paip.
-Sebuah universiti tempatan membuat kajian terhadap tingkahlaku manusia kalau 3 hari tak mandi.
-Perang saraf makhluk asing untuk menduduki bumi. Jika takde air maka orang tak mandi dan akhirnya akan mati.
-Ayah Pin (Pimp Daddy) curi air.

Kendati (hamjaddah apa maksud perkataan ni aku tak tau, aku tibai je), aku telah menemui satu jalan penyelesaian yang sangat berkesan untuk menangani kemarau ni. Iaitu lari ke ibusawat di Bentong dan paling power, pekena mandi kat Lata Chamang hujung minggu ni.

Comments

alone said…
belajar la melalui Kamus
"kendati" dalam penterjemahan kamus Dewan Serbaguna & Bahasa menjelaskan

Kendati : Seseorang yg tidak jujur dalam percakapan. Contoh ayat1.. "apala ko nie ripin.. dengan aku pun ko nak "kendati".

contoh ayat2 : Ayah Pin tergelak gelak berseorang didalam bilik kerajaan langitnya kerana telah "kendatikan" pengikut pengikutnya..(tengok contoh ayat kedua.. penggunaan "kan" telah digunakan untuk menegaskan lagi ayat itu sendiri. kan,lah,ber,ter

berbalik kepada ayat ko tadik
"kendati" demikian aku akan ceritakan jugak pasal kemarau di kuala lipis ni.

"seseorang yg tidak jujur dalam percakapan" demikian aku akan ceritakan jugak pasal kemarau di kuala lipis ni

aku tadi merujuk kepada kau la. jadi ayat yg sebenornya berbunyi begini.. "aku tidak bercakap jujur ceritakan
pasal kemarau di kuala lipis ni


* aku pun kendati kepada ko dalam tulisan aku nie.
mayameera said…
nak ikut gi Lata Chamang tu bulih???
Kumprinx said…
Alone: ler.. gitu upanya. aku ingat dia sama maksud macam perkataan 'Waima' (waima perkataan 'waima' itu sendiri aku pun tak tau apa hamjaddah maksudnya). Waima demikian, perkataan 'kendati' ni banyak aku jumpa dalam penulisan bahasa indonesia yang jugak membawak maksud 'waima'. Try search dalam Google. Daripada maksud ayat tu mungkin kita sama-sama dapat mendalami erti perkataan tersebut.
"Bahasa Jiwa Bangsa"

Mayameera: Boleh je.. minggu depan aku repeat lagi.

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa