Late Show With Kumprinx (Part 2)

haram aku x bleh buat mcm ni..

Bundle Makes Your Dream Come True
Setelah aktiviti mengecat yang sangat memenatkan tempohari, kasut aku mengalami keputihan akibat tetes-tetesan cat. Tak banyak, sikit je. Namun demikian itu menguatkan semangat aku untuk membeli kasut baru. Waima kasut bundle sekalipun, terkena cat adalah alasan yang paling ideal sekali (malas basuh) untuk beli kasut baru.
Hari sabtu nan lalu aku takde planning langsung nak beli apa-apa selain daripada kopok, murtabak mini, nasik dagang dan kuih kocok (cakoi) untuk pekena kat umah sambil nengok tv.
Pastu aku lalu kat depan brader bundle ni aku ternampak sesuatu. Sepasang kasut. Elok lagi. Memula aku tanya brader tu bape inggit. Dia cakap RM30. "Baik! RM25 aku angkat!", ujar aku. Aku ambik, nengok lebih kurang, pastu aku suruh brader tu simpan jap sebab aku nak pegi beli kuih cakoi dulu. Bila aku mai balik aku nengok member saya sendiri, iaitu Mael tengah nego ngan brader tu nak beli kasut tu jugak. Brader tu cakap "Ada budak besar-besar, janggut, baju wane itam dah booking kasut ni dik". Dan orang itu adalah aku sendiri. Dan aku langsung tak pikir panjang masa nak bayar kat brader tu.
Kendati kasut tu ada tanggal sikit tapak dia, tapi aku tetap yakin untuk membelinya. Keesokan harinya aku merempit ke bentong. Dan setibanya di sana aku terus hantar kasut tu untuk jahit bahagian yang tanggal tu. Dalam masa 15 minit , kasut tu kembali ke tip-top condition dia.
6 tahun nan lalu...
Masa tu aku muda-muda remaja lagi. Tengah gile main skateboard. Time tu scene Lipis ni ada sekeping je papan selaju. Kitaorang semua main kongsi-kongsi. Gilir-gilir. Namun semangat tu tetap menebal di hati masing-masing. Aku ingat lagi ada satu ketika tu aku bawak motor naik atas plywood semata-mata nak lengkungkan dia untuk buat halfpipe. Namun jadi jugak walaupun kecik. Pepepun pasal zaman kegemilangan papan selaju aku ni aku akan ceritakan di kemudian hari.
Kasut yang aku pakai time tu hanyalah kasut cap Puma yang aku beli kat bundle. Siap taruk gam kaca lagi untuk bagi grip lebey. Sebenarnya kasut tu tak sesuai langsung untuk skateboard. Daripada Puma ke Power ke kasut cap entah-hapa-hapa tah aku pernah guna. Tapi takde satupun yangbetul-betul designed untuk skateboarding. Maklumlah time tu aku masih di alam persekolahan dan duit pun tak berapa nak ada sangat. Namun demikian ia tidak pernah mematahkan semangat aku dalam sukan ni.
Sekali-sekali kitaorang jalan-jalan Kolumpo untuk nengok-nengok. Bebarang skate ni mana ada jual kat Kuala Lipis ni, Jadi most of the time, kami akan merempit ke Kolumpo (4 hours drive) semata-mata nak beli skru sepasang.
Lalu aku masuk kedai skate ni di sebuat pasaraya yang terkenal di kolumpo ni. Atas rak-rak kasut dia tu hati aku berkenan sangat ngan sepasang kasut ni. Kena sangat ngan jiwa aku. Aku dapat bayangkan prestasi aku meningkat kalau pakai kasut tu. Keselesaan memakainya. Ke-stylo-an dia. meleleh air liur aku. Tapi bila aku nengok pricetag dia, hatiku kaciwa. Hancur berkeping-keping jadinya. Sepasang kasut tu harga dia RM350.00++. Bayar duit banyak tu pastu letak kat kaki. Songkok yang bape inggit je tu berkira sangat nak beli. Letak kat kepala pulak tu. Truth is, aku tak mampu langsung nak beli kasut tu. Waima kalau aku ada duit sebanyak tu pun time tu, aku takkan habiskannya untuk beli kasut.
Kasut cap ES memang berkualiti dan banyak teknologi-teknologi baru yang dia letak dalam kasut dia. Semuanya untuk aid prestasi dalam sukan skateboarding ni. Tak perlu la aku cerita banyak pasal ni. Ada link kat bawah korang nengok sendiri.
Kasut bundle yang aku angkat tu adalah kasut signature model Bob Burnquist. Ha'ah Bob Burnquist dah tak main ngan Es dah skang ni. Jadi kasut ni dah tak dikeluarkan lagi dah. This is the same shoe yang aku nengok 6 tahun lalu. Kasut yang sama aku idamkan. Skang ni aku dah berjaya milikinya dengan harga hanya RM35 inggit. (campur jahit RM15).
Sehingga artikel ini ditulis, dah 4 kali dah orang datang kat aku bawak cash nak angkat kasut ni daripada aku. Tak dapat bang.. Kaseh sayang aku terhadap kasut ni semakin hari semakin mendalam. Nak nak bila aku dah test prestasi dia di arena papan selaju.
http://www.esfootwear.com/etc/technical/

Bersukan
Ekoran daripada pembelian kasut baru aku tersebut, patang Sabtu nan lalu aku turun ke skatepark Lipis untuk mengetest power kasut tu.
Skatepark ni skang petang-petang kosong je. Tak macam 6 tahun lalu di mana scene papan selaju kat Lipis ni meletup. Ramai je kaki main. Kini, kalau aku nak main, aku hanya mampu bertindak secara solo. Kat situ ada 3-4 keping mat rempit tengah melepak buat apa tah. Pastu kat atas ramp ada awek 2 orang tengah sembang-sembang. Namun itu tak melemahkan semangat aku.
Kasut bundle baru aku tu memberikan prestasi yang sangat mengkagumkan. Senang cerita-'Ollie tinggi'. Kendati demikian skill-skill aku semuanya dah pudar. Aku ingat lagi masa muda-muda dulu aku ambik masa sebulan untuk buang segala perasaan hesitation dalam sukan ni. Di mana kalau ada sikit je hesitation dalam meng-execute satu trick tu, kita mungkin akan mengalami kecederaan yang serius. Skang ni segala aksi-aksi aku penuh dengan hesitation. Apa pun tak jalan. Nak naik rail yang rendah tu pun aku takut. Hape nak jadi ni? Lalu aku berehat je kat tepi sambil usyar-usyar orang kat taman depan tu. Kalau aku teruskan main dalam keadaan macam ni aku hanya akan dapat letih.
So aku amik keputusan untuk kembali beraksi dalam sukan ni sebaik sahaja habis Battle Of The Band nanti. Kalau aku start sekarang mungkin aku mengalami kecederaan yang akan mengangu prestasi aku masa BOTB nanti. Keputusan ini disokong oleh kehadiran kasut baru aku ni. Hehe..

Battle Of The Bands Update
Tadi aku jumpa encik organiser event ni. Dia cakap takde satupun band lagi yang mendaftar kat dia waima borang sudah lama dikeluarkan. Dia cakap ada yang nak hantar time pertandingan nanti. "21 harib nanti lepas pukul 10am aku tak terima dah" katanya sambil makan tembikai.
Band aku dijadualkan akan menghantar borang menjelang lusa kalau takde aral melintang. Tapi skang ni ada satu masalah besar.
Vokalis kitaorang mula menunjukkan belangnya. Prestasi dia menurun at a steady pace. Bila training dia menggunakan falsetto untuk note-note yang tinggi. Ini mengelat namanya. Kalau part instrument mungkin kita boleh mengelat sebab kalau nak main sebijik, banyak pulak efek kena guna. Tang nyanyi ni lain sikit. Bagi mereka yang bukan pemuzik yang nengok nanti, diaorang nak nengok orang nyanyi je. Nak-nak dalam era Akademi Fcukinghell ni.
Bukan itu sahaja, malah vokalis kitaorang yang skang ni dah mula menghisap dadah. Tu yang aku hangin sangat tu. Aku tak boleh toleransi ngan penghisap dadah ni. Bak kata sorang kutu tu (aku dah lupa nama dia) "Belia benci dadah!". Maka aku tiada tindakan lain yang boleh dilakukan selain daripada "Kamu terpaksa di-rijek".
Skang ni, 6 hari daripada event, kitaorang takde tukang nyanyi. Jadi aku menyeru kalau ada korang-korang yang suara sejibik macam Ahmad Dhani ataupun Once, silalah tampil ke depan. Kontek aku.
Falsetto? Vibrato? Masturbator? - Singing Terminology

Comments

ayobkelubi said…
sama ler.

long live kasut ES.

aku dulu ado yang stok tapak tebal sket.warna biru kasut ES aku.aku beli doploh pound jek.

sedap pakai ooooo time winter.
east said…
aku pkai selipa ja..
alone said…
wahh kembang hidung kawan ofis aku setelah aku menceritakan hikayat kasut ko dihadapan 100 ke 120 org pekerja disini..

kalau aku dulu main beskal bmx pakai safety shoe jer.. kire selamat laa.. aku rasa papan selaju ko tuy baik ko pakai kasut nike air.. mesti best..

*disebalik kata katamu di sini satupun aku tak percaya *aku merujuk kepada ayat *kendati yang telah ko gunakan dlam tulisan ko kali nie. :P
Kumprinx said…
oo.. ye ke..
aisey.. terguna gak menatang 'kendati' tu..
hehe silap saya di situ..

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa