Edisi Malam

Esok Takde Karan
Esok takde karan kat seluruh area umah aku. Takde karan bermakna nak buat apa pun tak boleh, nengok TV tak jalan, main kompiter tak jalan dan apatah lagi main game. Jadi seingat aku kalau aku stay kat umah boleh naik gila ataupun mati disebabkan oleh kepanasan yang melampau. Jadi aku akan membuat tindakan drastik dengan menuju ke ibusawat Oxygen Studio di bentong untuk melayan ekon. Ataupun pekena tiruk kat Chamang.

Aduhai Globe Trekker
Rancangan yang aku syok nengok skang ni adalah Globe Trekker. Macam seronok je diaorang pegi jalan-jalan macam-macam tempat. Setelah hampir setahun penuh onak ranjau baiduri (berduri) aku ingat dah sampai masa aku pekena melancong pulak. Aku nak pegi tanah besar Cina, aku nak pegi eropah, aku nak pegi Guam. Bila pikir balik, sebenarnya aku haram tak mampu nak pegi, even Singapore sekalipun. Pukimak betul. Tapi ini akan menjadi sasaran hidup aku yang paling ultimate sekali skang ni. Aku nak bercuti setahun, pegi semua tempat yang selama ni aku nengok dalam TV je. Aku nak nengok sendiri dengan mata kepala aku, aku nak rasa sendiri ngan jari aku.

Lawak Selenge
Aku pernah satu ketika dulu join melepak ngan satu geng ni. Diaorang punya jenaka semua aku tak masuk. Kalau member dia cakap "Aku kena balik pejabat ni..". Pastu ada kutu menyampuk, "Pejabat ke jabatan?". Pastu semua gelak kuat-kuat. Pehh.. tak masuk langsung aku ngan lawak sebegini. Mungkin bagi sesetangah orang diaorang terhibur sangat ngan lawak macam ni. Tapi bagi aku.. emm.. tak payah la. Skang ni aku selalu jugak recite lawak yang sama sebab ke-tak-lawak-an dia tu melucukan. Pastu bila orang dengar, diaorang ingat aku pun melawak stail macam tu. Haiya..

Sound Proofing
Ada beza antara sound proofing ngan noise cancellation. Hari sabtu ni aku akan memulakan kerja try and error yang surely meletihkan sebab aku tak tau apa-apa pasal sound proofing ni. Misi kitaorang adalah meng-kanselkan seberapa banyak sound daripada studio kat ibusawat Oxygen Studio tu. Supaya jiran tetangga tak menyerang kami. Sekali kena attack ngan orang kampung, bawak sabit, parang, pongkes ngan jamung semua malam-malam. Teruk aku!!

Solo Pupus
Masyuk solo dia. Tapi bagi aku yang tak main sangat gitar ni, susah nak cari timing dia. Tapi solo tu memang feel bila main. Nak-nak part bend yang banyak-banyak kali tu. Pehh.. Pejam mata geleng-geleng kepala bajet best. Nasib baik Mael ajar aku. Pasni aku nak main solo 'Satu' Pulak. Iyee.. syok!

Seraph's New Blog
"I'm on my way to build my own blog. I've studied your style long enough. It's going to be way better than yours Kumprinx!"
Bring it on je la Seraph oii...

Comments

jr said…
lawak selenge? kdg2 geram nak menampor org cenggitu. aku dh bnyk kali kena. cam bodo aje. pentan dia gelak kuat2 kita blank, muka toya. heh
ChikaDior said…
lawak yg tak masuk....
nazirah memang tak suka benar lawak selenge. benci betol. kalau kiter tak gelak nanti dia kata kita lumpy, tak paham la, lambat catchup la. wey, sedar diri la, lawak kau tuh tak cukup power nak buat aku gelak ah, pigi dah!

p/s: nak travel ajak nazirah. nazirah suka travel dan jalan2. globe trekker memang buat org sakit hati. tapi sebab diorg tuh bukan org kita tuh yg tak sakit hati sgt. cuber tgk zaini ahmad travel dlm my time out. jeles betol. nazirah nak jadi macam zaini ahmad. travel journalist. tgklah mcm ner.
alone said…
hanpon daun ker sabun? hehehe nice dude! selamat berpuasa...

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa