Gedik Tanpa Batas

Petang semalam tetiba aku teringin nak jenjalan kat 'Pasaram' (Pasar Ramadhan). Beli-beli kuih. Mini murtabak. Ayam percik semua. Time tu dah pukul 6.30pm. Masa berbuka dah tak lama dah. Jadi aku rushing beli-beli semua. Takde nak round-round 2-3 kali. Nampak yang berkenan terus angkat. Dalam rushing-rushing tu aku ternampak ada gerai jual karipap pedas. "Best nih..", getus hatiku.
Kat gerai tu ada sorang budak pompuan ni. Gemuk, kulit tak cerah. "Karipap pedas singgit", ujar aku. Tapi permintaan aku itu tak diendahkannya. Sebab dia tengah memain ngan sorang mamat ni. Mamat tu tengah tunggu duit belen (balance) dia. Pastu budak gemuk tu main-main. Acah-acah nak bagi duit. Pastu mamat tu layan je dengan muka ketat, takut tak dapat balik belen duit dia. "Hik hik hik.." kata budak gemuk tu. Aku ingat umur dia dalam 18-20an gitu. Pastu bila dia dah bagi duit tu, mamat tu kira tak cukup. Baki selebihnya dia tunjuk-tunjuk kat mamat tu sambil angkat-angkat kening. "Ada lagi ni sebenarnya..hik hik hik..", kata budak gemuk tu. Mamat tu mula hilang kesabaran. "Dik, bagi la cepat, nak bukak posa ni.." ujar mamat tu. "Bagitau nama awak dulu.. hik hik hik..". Kalau korang ingat mamat tu dah hilang kesabaran, apatah lagi aku ni yang menyaksikan senario tersebut sambil tunggu nak beli karipap pedas.
Aku cuba meng-contain kemarahan aku sebab aku bagi peluang kat budak gemuk tu flirting pepuas ngan mamat tu. Mana tau ada jodoh kot? "Weii dah la tu, ada orang nak beli tu", sound (aku assume) mak kepada budak pompuan gemuk tu. Muka budak pompuan tu yang tadinya penuh senyuman gedik tetiba jadi kelat. "Hishh.. potong stim betul la awak ni!", maki budak pompuan gemuk tu kepada aku. Ini yang buat aku naik berang ni!!

Aku tolak semua tupperware kuih kat atas gerai dia tu. Karipap pedas, kuih gulung, popiah rock n' roll, kuih kaswi, apam balik semua jatuh ke lantai. Pastu sepenuh kekuatan aku mengkarate meja gerai dia sampai terbelah dua. "Wachaa!!!", jerit aku. Namun aku belum puas. Kuali minyak panas orang jual ayam gorang kat sebelah tu aku terbalikkan. Semua minyak panas tu tumpah atas badan budak pompuan gemuk tu. Dia menjerit-jerit kesakitan. Aku berlari ke hujung pasar ramadhan tu. Sampai kat gerai ayam golek, aku ambil arang yang masih terbakar, dan kembali ke budak pompuan gemuk tu dan curah semuanya atas badan dia. Budak pompuan gemuk tu menjerit-jerit dalam kesakitan yang teramat sangat. Kulit dia mula mengelupas melecur teruk. Orang ramai menjadi kaget dan tak tahu nak buat apa. Jeritan itu menjadi semakin perlahan. Budak perempuan gemuk tu merintih. Nafasnya menjadi semakin perlahan.
Lalu dia mati di tempat kejadian.

Moral:
Jangan gedik.


(kalau boleh macam tu la aku nak buat kat dia. Instead, aku blah gitu je. Takde la aku ni kejam sangat. Tapi sebenarnya aku sangat offended ngan sikap budak pompuan gemuk tu. Hei..)

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Aku sokong..!! Aku Sokong..!!
Aku rasa mamat yg ke ushar tu pon akan joint tindakan zionis kau *walaupun cuma dalam kepala jerk..!!

Makhluk macam tu pun masih boleh ditemui di lokasi awam 'erkkk..!? Heran tolll..
curX said…
waduh.. bikin kaget mu bung!! tak mengapa.. tak mengapa.. aku fahamin berang mu itu.. sabarin yeah??

bwahahaha.. :)
Anonymous said…
bak malu jek pompuan cenggitu.. hish!
jr said…
nilah betul2 lawakla cite ko. aku rekemen kat orang lain 100%
ayobkelubi said…
yer ker dia gedik cam tu sekali.
alahaiii,gatal nak berlaki.

tu ler kalau melayu meniaga nie.
kejam sungguh minda anda.

p/s: best best. kalau la nazirah, mesti teringin nak buat mcm tuh gak
famia said…
ahkahkahakahks..bulan pose pon ade hati nak ngorat..apela..malu aku
daineso said…
hehehehe.. sian dia.. kalu dia cun mesti ko xkisah dia nak ngorat2 ek
Miko Yamaguchi said…
horror + lawak = howak...hahahah
comel said…
ahahahaha
sial kelakau!
gelabah abis minah tu!
asal ko x wat je tindakan dalam pale ko?
nghee!
nice post dude!
:)=

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa