::Perutusan Aidilfitri Dari Kumprinx

Bulan Ramadhan adalah bulan paling champion sepanjang tahun. Masuk bulan ni bermakna kelaparan yang serius akan melanda. Bulan ni bermakna bertarung ngan nafsu serakah. Orang cakap takde hantu sebab setan dah kena rantai. Namun demikian tak kurang jugak yang volunter stand-in untuk jawatan setan tu dengan berperangai seperti setan jugak.
Bulan yang mulia ni adalah sebulan yang penuh dengan men-sample makanan yang tak terkira jumlahnya. Makanan yang tak selalu jumpa pada hari biasa, time ni la nak pekena. Hari biasa nak cari ayam percik pun susah. Skang ni 2-3 kedai jual ayam percik. Pastu ada sorang pakcik ni jual kueh yang bernama Pongkes. Nampak macam apam balik, tapi tak sebijik pun macam pongkes yang diaorang buat kaut daun tu.
Gerai-gerai kecil tumbuh merata-rata di tepi jalan. Time ni la anak-anak makcik yang setahun sekali kuar umah tu mula tolong mak dia berniaga. Waima demikian paling penting sekali bulan puasa ni adalah bulan kita mengontrol nafsu serakah bukan sahaja dari makan dan minum, tapi jugak daripada melihat mende-mende yang zina dan jugak ini bermakna terpaksa mengawal aktiviti usyar awek. Waima demikian amoi-amoi tu bukan kira bulan puasa ke tak puasa. Semacam je dia. Ini semua secara tak langsung menyumbangkan kepada pengurangan markah puasa aku. Karena bulan ni aku nekad berani nak puasa penuh. Apa nak jadi-jadilah.
Kelaparan yang prima tu perkara biasa bagi aku, namun demikian sepanjang hari tak merokok akan menjadi sangat tak best. Kadar nikotin yang sedikit di dalam badan akan menyebabkan aku menjadi tak keruan. Jesteru di waktu malam aku mempekena isap rokok secara non-stop demi untuk meng-collect seberapa banyak dos nikotin yang diperlukan olih badan aku. Alhamdulillah setakat artikel ini ditulis, aku masih lagi mengekalkan rekod bersih dalam arena berpuasa ni. Aku yakin berkat semangat dan keazaman jang jitu aku akan berjaya berpuasa genap sebulan.
Mudah je kalau aku nak panaskan air pastu masak megi. Lepas pekena megi tu sekali isap rokok pulak, pehh.. nikmat beb. Tapi kali ni aku tak lakukan itu. Kali ni aku hanya nengok je paket megi tu. Atau dalam kes sekarang ni megi hot bowl yang enak dan rasa sejibik macam mee kari betul. Mudah je aku nak menapak ke pasar ramadhan yang hanya mengambil masa 15 minit dari umah aku. Mudah je aku nak bawak murtabak sekeping bawak masuk dalam bilik makan. Mudah je aku nak beli nasik campur kat kedai mamak kat bandar yang menyediakan beg plastik hitam khusus di bulan ramadhan ni je. Ambik ayam bahagian dada sekeping, letak sayur kobis sket. Pastu paling penting sekali kuah kari secukup rasa. Aku boleh makan, pastu isap rokok (dengan penuh nikmat) dan takde sapa boleh tau yang aku tak puasa ari tu. Tapi kali ni bukan itu yang aku lakukan. Kali ni aku mengisi kekosongan dengan menengok tv. Kali ni perut aku betul-betul lapar. Kosong. Sampai angin masuk.
Hari pertama aku puasa ari tu aku diserang sakit kepala yang sangat kronik. Biasa kalau aku lapar aku memang jadi macam ni. Sakit kepala. Dah nyaris sangat dah aku nak teguk panadol sebijik. Tapi dek kerana aku nekad berani nak posa penuh tahun ni. Aku layan je sakit kepala tu. Lama kelamaan semakin lama aku berpuasa, semakin hilang sakit kepala tu.
Melayan lapar memang seronok. Kita boleh nengok sejauh mana kita boleh bertahan. Sampai lama mana boleh hidup tanpa nasik. Rupanya macam nilah orang kat somalia ari tu rasa. Pepehal aku ni cerita dah macam orang first time puasa. Hehe.. tapi kali ni aku seronok betul menyambut bulan Ramadhan ni.
Namun segala yang baik pasti akan berakhir. Tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya. dah tak payah puasa lagi dah melainkan kalau nak top-up balik posa yang kita miss. Time ni semua orang balik kampung. Aku jugak tak terkecuali kembali ke Kuala Lipis 2 minggu lebih awal untuk mengelakkan kesesakkan lalulintas. 2 Minggu terakhir aku melepak kat umah nengok cerita 'Ikhlas' kat TV2 setiap hari yang ada awek cun. (awek yang dalam video 'Khayalan Tingkat Tinggi dalam video Peter pan). Tatkala malam menjelma setelah berbuka puasa aku keluar melipak bersama kengkawan. mempekana neskepe tarik bergelas-gelas dan merepek berjam-jam lamanya. Bila balik umah terus ngam-ngam sahur. Pastu terus tidor balik sepanjang hari.
Raya tahun ni persediaan aku adalah yang paling minimum sekali. Takde baju baru, seluar baru. Baju melayu jauh sekali. Sebab last sekali aku ada baju melayu adalah kira-kira 10 tahun yang lalu. Aku hanya mampu beli seluar bundle jenama Levi's yang dah koyak rabak kat belah punggung dia. Warna pun dah luntur. Tapi aku hantar jahit balik, pastu treat balik kaler dia pakai dye. Jadi macam baru semula. Takde sapa tahu yang aku beli seluar tu RM10 je.
Member-member lama mula kembali ke kampung halaman. Bawak keta berkuasa tinggi. bawak makwe/bini baru. Bawak talipon bimbit model terkini. Semata-mata nak membuktikan bahawa diaorang telah berjaya dalam hidup ni kepada orang kampung semua. If you work that hard, maka tak mengapalah nak up sesikit. Tapi ada yang sampai tak pandang dah pasukan aku ni (geng kutu lepak). Kononnya dah berjaya, tak elok la nak join kutu-kutu ni. Yang kerja/belajar kat Kolumpo, semuanya lepak ngan yang duduk Kolumpo jugak. Barulah best nak bersembang jalan nak pergi tempat ni macamana? Kat tepi bangunan ni ada apa? Tempat melepak mana yang best kat sana. Manakala orang-orang kampung semua melopong nengok. Nak join tak tau. Attitude lupa daratan ni paling aku menyampah. Dont get me started.
Hari Raya ni jangan lupa orang tersayang. Mak bapak kita semua. Jangan lupa salam tangan diaorang pagi raya tu mintak ampun maaf semua. Ini tidak, tak sabar-sabar nak pegi open house umah member dia takut lauk habis. Pergilah berkunjung ke umah member-member korang. Dah lama tak jumpa. Time ni lah nak setel balik semua dosa-dosa lapuk korang ngan member/sedara. Bagi yang berhutang tu mungkin raya ni adalah kesempatan terbaik untuk setel. Bagi yang banyak bagi utang kat orang tu mungkin muka dia ketat sikit masa member mintak halal makan minum, tapi jauh di sudut hati dia ikhlas. Jangan bimbang.

Sempena Raya ni aku nak mintak maaf bebanyak kepada semua yang aku ada buat salah. Terutama sekali yang terasa offended ngan isi kandungan blog aku ni. Maaf jugak kepada yang aku tak sempat nak balas kad raya. Dan jugak kepada yang aku tak sempat nak hantar kad raya. Terima kasih banyak-banyak kerana masih bersama aku sepanjang masa. Dan skang aku merepeat balik ucapan raya aku tahun lepas:

Kepada semua pelawat blog aku nih,
Kepada semua kengkawan,
Kepada semua yang terpaksa bertugas di hari raya,
Yang tak sempat balik kampung on-time,
Kepada anak durhaka yang tak reti-reti nak balik kampung walaupun hari raya,
Kepada semua yang sedang memecut balik ke kampung halaman masing-masing,
Kepada yang suka mengganggu ketenteraman dengan main mercun,
Kepada yang terpaksa beraya di hospital,
Semua yang memilih untuk bermusuh ngan aku,
Yang tak habis-habis mencabar kesabaran aku,
Kepada yang tikam aku dari belakang,
Kepada mereka-mereka yang susah sangat nak berlaku jujur ngan aku,
Kepada tok nenek yang seronok anak cucu balik beraya (ikut depa lah...)
Kepada yang dah stenbai duit raya banyak-banyak untuk berlagak,
Kepada yang tak sabar nak pakai baju raya baru,
Kepada yang pedih mata bakar lemang,
Kepada yang terpaksa beraya kat hospital,
Kepada waris-waris mereka yang maut di jalanraya,
Kepada mereka yang kurang bernasib baik tak dapat beraya ngan baju baru,
Kepada mereka yang dah beli baju raya tapi tak muat (salah saiz),
Kepada yang balik kampung naik keta baru,
Kepada yang berjaya pose penuh,
Kepada mereka yang tak pose langsung tapi ada hati nak raya,
Kepada yang jauh di mata,
Yang depan mata tapi jauh jugak,

Aku ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Batin.
Be Safe, Have Fun!!

Comments

Anonymous said…
'A 24-hour brain dump'
In this story today, P-I reporter John Cook previews Seattle Mind Camp , the brainchild of Andru Edwards .
Just like so many Americans my friend loves the clubs and club music lyrics so he went ahead and built an awesome website about club music lyrics. When he's in high spirit he goes to the site and start reciting all his favorite club music lyrics. Says it's good for the heart. Guess what? I gave it a shot and it works great!
ayobkelubi said…
enche' kumpx.

lu mmg paling cool and rock.

second to horatio caine ler.

harap2 raya ni membawa kumprinx ke more advanced media yg lebih lagik.

tq.
Rob said…
Hey,

Very nice blog and some interesting posts. Have a look at my new bit torrent site called - Mininova -

Thanks
curX said…
selamat hari raya & maaf zahir batin..

take care, enjoy holiday, drive/ride carefully.. :)

Popular posts from this blog

Kemelut Di Muara Bazaar

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa