Kejutkan Saya Pabila September Berakhir - Kisah Benar

Semboyan telah berbunyi..


Cerita ni aku dapat secara lisan daripada member aku. Adalah sebuah kisah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni. Tapi aku ada improvise dan tambah sedikit sebanyak untuk bagi lebih ngam. Aku sama sekali tak berniat nak kondem ataupun mengutuk mana-mana pihak. Cerita ni jugak bukan nak mengaibkan sesapa tetapi sekadar pedoman dan iktibar bagi kita yang hidup di dunia ni. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. (nama watak adalah bukan nama sebenar. jika ada persamaan ia adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan)

Dalam sebuah sel tahanan, seorang lelaki berbaring di bawah katil usang..
"Kepala hotak dia, boleh blah. Kau dah banyak buat silap kat aku, kau la mintak maaf ngan aku, bukan aku mintak maap ngan kau. Keturunan aku tak penah mintak maap. Waima bapak kepada bapak aku tak penah mintak maap. Bapak kepada bapak kepada bapak aku tak penah mintak maap. Bapak kepada datuk kepada moyang aku kepada bapak aku, bapak pangkat tiga tak penah mintak maap ngan bapak kepada bapak aku. Lagipun dia bla bla..."
Itulah Hamdan (bukan nama sebenar). Dah 2 minggu dia kat dalam sel tahanan tu. Jelas daripada mumble dia tu, nampaknya otak dia dah sah short circut. Dah hang. Berseorangan dalam bilik tahanan tu dia bercakap seorang diri. Kadang-kadang terjerit-jerit. Kadangkala menangis merintih kecewa.

3 bulan yang lalu...
Ketika masih waras Hamdan adalah seorang pomen motor yang handal. Bengkelnya di hujung kampung dibina dan dibangunkan hasil dari titik peluhnya sendiri. Dan jugak sedikit suntikan pinjaman wang daripada Micro Kredit tempoh hari. Pendapatannya tak sebesar mana. Hanya cukup-cukup untuk menampung rokok sekotak sehari, makan 2 meal sehari, melepak di tengah malam sampai santak subuh dan membayar kembali pinjaman. Tak lupa jugak dana VCD wrestling yang dibelinya setiap bulan.

Tengahari adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh Hamdan. Kerana pada waktu itu kekasihnya, Melur (bukan nama sebenar) akan berkunjung ke bengkel motornya. Membawa mangkuk tingkat yang berisi nasik, lauk pauk dan jugak ulam-ulaman seperti petai, kerdas dan jering. Dan mereka akan makan bersama-sama. Dan ada jugak masa dia nak gedik tu, mereka makan bersuap-suapan antara satu sama lain. Melur adalah gadis kampung yang cantik, ada pakej. Member-member semua selalu tangkap jeles kat Hamdan sebab Melur sangkut kat dia. Pabila petang menjelma, setelah Hamdan menutup bengkelnya, mereka akan bersama-sama dating kat tepi sungai. Berbual mesra, bertepuk tampar ketawa riang gembira. Ya, sungguh best sekali kehidupan Hamdan. Cara hidup minimalist di perkampungan, bersama awek yang cun dan tak perlu banyak berfikir.

Hari itu di tepi sungai, port dating standart bagi Hamdan dan Melur. Matahari terbenam di ufuk timur. Langit berwarna kuning keemas-emasan.
"Melur.."
"Ye abang Hamdan.."
"Mereka kata hidup ini singkat. Katakan pada satu hari nanti kita terjaga dan semua impian kita, dan semua yang kita harapkan, tiba-tiba hilang begitu sahaja. Kita semua akan tua jugak suatu hari nanti. Semua akan berubah, keadaan pun akan berubah suatu hari nanti. Apa yang Abang Hamdan nak adalah hari ni sekarang ni. Perasaan abang terhadap Melur. Wajah melur sekarang ni. Cara abang menatap wajah Melur sekarang ni. Abang nak detik ini berkekalan selamanya..."
"Jangan bimbang abang. Walau apapun yang terjadi pasti akan ada seseorang di sisi abang. Melur takkan tinggalkan abang. Kita akan sentiasa memiliki hari ini, kita akan sentiasa ada untuk satu sama lain. Takde apa pun yang akan berubah. Melur nak abang tahu, walau apapun yang terjadi. Melur takkan tinggalkan abang. Melur takkan tinggalkan abang.."
Kemudian mereka ber-cuddle-cuddle sampai azan Maghrib berkumandang. Waima mereka berdua-duaan di tempat yang sunyi, namun mereka tak pernah melampaui batas. Mereka saling menghormati pegangan masing-masing. 'Kalau beromenpun tunggu dah kahwin nanti', pegangan hidup mereka berdua.

Detik-detik berganti dengan detik menit pun silih berganti. Hari-haripun terus berganti, bulan-bulan juga terus berganti. Akhirnya hari itupun tiba.
"Makcik bukan apa. Toksah nak pi tanya tuan punya badan dah noo.. Dah sah dok pi lari masuk bilik nun. Ni nak habaq mai. Makcik bukan tak suka ngan budak Hamdan ni, cuma kerja pomen tu bape la sangat dapat. Bukan nak menghina, tapi makcik berpandangan 5 langkah ke hadapan. Makcik nak anak makcik ni hidup senang. Jangan merempat makan siput semua. But dont get me wrong okay? Makcik approve Hamdan jadi menantu makcik, cuma Hamdan kena la cari kerja yang menjamin masa depan sikit. Tak payah la nak ada keta mewah ke, BMW ke cuma up le sikit kehidupan tu. Sekurang-kurangnya ada Kawasaki Turbo macam Amin tu. Ada rumah batu. Sejuk la sikit perut makcik ni. Makcik ni pun dah tua, tak lama lagi nak mati dah. Sekurang-kurangnya nak jugak nengok anak makcik ni gembira..", begitulah panjang lebar penerangan mak kepada Melur sewaktu rombongan peminangan Hamdan berkunjung ke rumahnya. Sejak hari itu Hamdan kerap termenung di bengkelnya. Dia buntu. Ada betulnya jugak cakap mak Melur tu. Bape sangat dapat setakat bukak bengkel ni. Nak tunggu kaya sampai bila. Kelulusan takde, harta takde. Nak bagi makan anak orang lagi, kalau dah beranak nanti nak beli susu anak lagi, rokok lagi, vcd gusti lagi.. "Ini tak boleh jadi ni!!", bentak Hamdan di dalam hati.

Pada satu hari. Tatkala Hamdan tengah syok layan kerja. Tetiba Melur datang.
"Katakan ini tak benar Hamdan! Katakan kau tak lakukannya!"
"Apa ni mel.." Pang!! Sekeping pelempang singgah di pipi Hamdan.
"Kenapa abang buat Melur macam ni?! Kenapa?!", Melur start nangis.
"Sabar Melur, abang boleh eksplen.. Abang memang nak bagitau Melur"
"Kenapa abang kenapa?! Kenapa buat Melur macam ni? Melur cintakan abang. Melur sayang abang."
"Abang pun sayangkan Melur. Jangan la macam ni. Dengar dulu.."
"Kenapa abang buat Melur macam ni?! Tergamak abang..."
Hamdan menepuk dahinya. Melur dah nangis tak boley stop punya.
"Abang ingat Melur akan paham. Mengapa Melur tak mengerti lagi? Abang buat ni untuk kita. Untuk masa depan kita! Abang ingat Melur akan berbangga ngan abang. Abang ingat dalam banyak-banyak orang, hanya melur sorang yang akan paham kenapa abang buat macam ni!!".

"Tunggu abang Melur. Ingat janji kita. Kelak abang akan kembali sebagai seorang yang berguna kepada masyarakat", itulah pesan terakhir Hamdan kepada Melur sebelum bertolak. Hamdan yakin dengan Melur. Walaupun Melur kurang approve ngan tindakan dia, namun dia percaya. Itulah tindakan yang terbaik untuk masa depan dia dan Melur.

Di tempat barunya Hamdan mengalami kehidupan yang penuh ranjau berduri. Latihan yang diterimanya begitu berat dan menyiksakan. Kena ragging lagi satu hal. Namun Hamdan tabah. Dia percaya semua ini akan berbaloi satu hari nanti. Apabila dia berjuang memperhambakan diri kepada negara di medan perang. Dan apabila dia hidup bersama-sama Melur hingga ke akhir hayat. Bilamana Hamdan rasa berputus asa, ingatannya terhadap Melur seolah-olah memberikannya kekuatan dan semangat yang baru. Latihan tentera bukannya mudah. Hamdan hanya faham sedikit sahaja mengapa latihan yang diberikan sebegitu getir. Hanya Melur sahaja yang memberikannya inspirasi dan ketabahan yang jitu.

Pada satu hari...
Hamdan dan rakan-rakannya dikejutkan lebih awal daripada biasa. Pukul 4 pagi. Tak sempat nak mandi, tak sempat nak pakai baju, tak sempat nak basuh muka. Mereka seramai 40 orang disuruh membuat barisan yang panjang. Hamdan, berada di hujung barisan diberikan sebuah kole (mug besi) yang berisi air dan sebatang berus gigi.
"Kau berus gigi pakai berus gigi tu, pastu kumur pakai air kat dalam kole tu. Kemudian jangan ludah ke tanah, ludah balik dalam kole tu. Passing kat member sebelah, dan buat mende yang sama", menyirap darah diaorang mendengar arahan daripada Sarjan diaorang tu. Hamdan meskipun agak panik, tapi dia rilek sebab dia orang yang pertama. Tapi member sebelah dia dah start kembang tekak apabila terpaksa kumur pakai air ludahan Hamdan tadi. Member yang ketiga apatah lagi. Nombor 5 dalam barisan buat rilek je. Tapi dia ludah siap kahak lagi, saje nak naya member sebelah. Nombor 10 dalam barisan tu dah start muntah, tapi muntah dalam kole tu jugak. Dan member sebelah dia terpaksa kumur pakai air muntah tu jugak. Tak terperi lagi rasa nak muntah di kalangan 40 orang tu. Mereka sedar kalau mereka tak buat, maka mereka akan terima yang lebih dasyat daripada ini. Hamdan pada mulanya beruntung menjadi yang pertama melakukan perkara itu. Sebab time tu air tu jernih lagi. Tapi dia silap. Selepas 40 orang berkumur dan meludah dalam kole tu. Dengan mulut aroma bangun pagi ni. Dengan kahak dan muntah dah berapa banyak masuk dalam tu. Kole dan berus gigi tersebut di-pass balik kepada Hamdan. Hamdan rasa macam nak pitam. Setakat kena tumbuk rusuk, berendam dalam paya penuh pacat dan lintah, bermalam seorang diri dalam hutan puaka dia takde hal punya. Tapi ini sudah lebih!

Hamdan tak tahu mengapkah dia diperlecehkan sebegini rupa. Ibarat takde nilai langsung. Takde harga diri. Namun pada detik itu, wajah ayu Melur mula menerobos ruang pemikirannya. "Ya, demimu Melur. Kole penuh air liur pun sanggup ku kumur!". Kali pertama mencuba, perasaan mual yang tak terhingga menguasai Hamdan. Dia ingat dia boleh buat, tapi sebenarnya tak. Hamdan muntah. Segala isi kandungan perut dia terkeluar. Dengan mee goreng, nasik semua habis. Disebabkan gagal melakukan perkara tersebut, Hamdan telah dibelasah teruk oleh pegawai atasannya. Dia kemudiannya tak sedarkan diri. Dia dimasukkan ke dalam wad.

Apabila terjaga Hamdan mulai sedar. Bahawa ini semua tak seperti yang diharapkannya. Dia ingat join askar, training pegang senapang pastu boleh terus perang. Dia silap dan menyesal. Dia ingin berhenti, tetapi mana boleh berhenti gitu je. Dia rindukan kehidupan minimalist kat kampung. Dia rindukan bau minyak petrol kat bengkel dia. Dan paling prima, dia rindukan Melur.

Hamdan nekad melarikan diri dari Kem. Curi kain baju orang kampung pastu tumpang lori kicap ke kampung halamannya. Dia tak nak dah menjejakkan kaki ke kem itu lagi. Cukuplah apa yang dia lalui setakat ini. Tak nak jadi askar dah. Sampai kat kampung lokasi pertama sekali yang dia tuju adalah umah Melur. Kat laman umah dia hanya ada Meon, adik lelaki Melur berusia 5 tahun tengah main tepuk daun.
"Dik, Akak Melur mana?"
"Eh abang Hamdan!! Melur takde, dia dah pindah umah."
"Pindah? Pindah mana?"
"Dia pindah kat tepi sungai"
"Aneh.." getus Hamdan.

"Bila abang join askar ari tu, do you know what you get yourself into? Akai ada ka? Sekurang-kurangnya pegi la meniaga burger ke, kerja kerani ke. Ini tidak, itulah jugak pilihan abang. Mak Melur otomatik tak approve. Kesudahannya ada orang masuk meminang. Nak tak nak Melur terpaksa terima je la. Nak tunggu abang sampai tua la nampaknya.. Ha, tu pun suami Melur dah balik.". Lemah lutut Hamdan mendengar penjelasan Melur tu. Dia berteleku di atas tanah. Sekonyong-konyong beberapa lelaki berpakaian tentera menerjah ke laman umah Melur. "Ha tu pun dia, tangkap!" salah seorang dari mereka berkata. Suami Melur yang baru balik dari keje tu terpinga-pinga, "Apahal ni?". "Askar lari dari kem bang..", jawap salah seorang daripada askar yang ditugaskan menjejak dan menangkap Hamdan.

"Meluuuurrrrr!!!!!". jerit Hamdan sekuat-kuat hati. Sejajar dengan jeritan itu 2-3 wayar dalam otak dia putus menyebabkan short circuit yang serius.

Jadi Askar- Cara Memohon

Comments

mushluv said…
adeh.. jgn ko create persepsi buruk jadik askar dah.. hehe ;)
Kumprinx said…
Dont get me wrong. Cite ni semuanya pasal jadi askar, tinggalkan awek kat kampung, awek nikah ngan orang lain. With a twist la..
Cumanya narration cite ni.. emm... bersepah sket. damn.. i'm losing my touch!
mushluv said…
hehe.. kureng saspen dah le kamu.. takpe, polish balik. still got time..
ayobkelubi said…
ahahaha.

aku baca citer nie,aku bayangkan billy joel armstrong nyanyi lagu tu ler.

nice one amin walaupun terabur.
DarkWan said…
hahaha. all in all, nice !!
chitee said…
aku baca n aku terbayang vid klip lagu omputih ittew..
Tifani Teh said…
Aku benci nama Melur (terlalu tradisional & kampung).

Bukankah awek2 kampung pun dah bernama celebriti?
Anonymous said…
Apa kena cita dengan tajuk cita nier...

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa