Hapdet Terkini!

"Ko tengok, apa yang telah terjadi?!"

Insomnia
Bila malam aku akan kuar melepak dan balik minimum pukul 12 tengah malam. Sampai kat umah aku mesti bukak tv dulu nengok kot kot ada re-run rancangan Miss World kat ch.70. Pastu layan je nengok tv sampai la takde cite best dah. Pastu aku menuju ke katil aku dan start landing. Malangnya aku gagal untuk melelapkan mata. Berjam-jam lamanya aku hanya kelip-kelip mata je pandang siling. Dengar bunyi kipas bilik aku yang dah uzur tu. Bising bunyinya. Alignment dia dah lari. Aku ingat bila aku tak pasang kipas aku boleh tido lena. Tapi tak jugak. Bukan sebab panas. Sebab memalam skang ni aku memang tak boleh tido dah. Sekali-sekala kucing aku yang sedang hamil tu datang menjengah. Barangkali dia tengah riki line port nak bersalin nanti. Tak sanggup aku kalau dia bersalin kat dalam bilik aku. Dah bilik macam tongkang pecah, kalau dah ada kucing beranak nanti apa kes dah ni?
Sindrom tak dapat tido aku ni bermula lepas raya ari tu. Memula dalam pukul 2 gitu setel aku terlelap. Lama-kelamaan makin pagi aku bisa terlelap. Skang ni bila ayam berkokok baru la aku terlena. Itupun tak boleh tido lama. Kena bangun sebab ada hal. Penyakit ni benar-benar menyusahkan aku sebab bila siang aku tak fit nak buat apa-apa. Mata pun macam digam-gam. Pedih macam ada orang taruk pasir dalam mata aku tu.
Dengan penyakit aku yang semakin meruncing ni, aku berbesar hati memberikan diri aku sendiri cuti bergaji selama sebulan kepada diri aku sendiri.

Orang Mati
Aku ucapkan takziah kepada waris orang yang meninggal semalam. Walaupun mukamu tak ku kenali (tengok muka kenal, nama tak tau), tapi aku tetap bersimpati dengan apa yang dialaminya. Sanak saudara dia, bini dia. Arwah mati terjatuh dari kren masa tengah pasang Astro. Mende dah nak jadi..

Nasik Lemak
Mem-pekena nasik lepak kedai Mee Kari Pak Teh pagi tadi telah memberikan aku inspirasi untuk menulis mengenai hal ini. 2-3 hari lepas aku terjumpa kenalan lama aku. Kecil molek orangnya. Tapi ada satu perkara ajaib berlaku terhadapnya. Aku tak pasti samada mata aku bermain dengan aku ataupun ianya kenyataan. "Dulu nasik lemak singgit, skang dah nasik leman RM2?!" getus hatiku. "Ko beli krim yang jual kat SmartShop tu ke?", tanya aku dengan ringkas.
Lain pulak halnya dengan sorang lagi kenalan aku ni. Tak kenal sangat. Barangkali dia nama aku pun tak tau. Namun demikian dia menjadi highlight untuk penulisan aku kali ini sebab aku baru dapat tau yang dia mengidap breast cancer. Mak aih.. terbalik meja bila aku dapat tau. Memang tak sangka. Dengarnya dah 3 kali operate. Saya berasa amat simpati dengan nasibnya dan harap dia akan cepat sembuh. Dan jugak saya nasihatkan dia try berubat cara kampung pulak kat Kemahang sana.

Need For Speed Most Wanted
NFSMW game yang aku tengah main skang ni. Ekoran daripada cuti aku selama sebulan yang baharu sahaja diluluskan (rujuk 'Insomnia) aku skang ni main game sepenuh masa. Mata naik bengkak. Jari ada 'callus'. Tulang belakang sakit. Dan malam tak dapat tido. Aku jugak ada membuat tracing untuk logo game NFSMW ni dan kalau ada sapa-sapa nak order baju ada logo tu, sila kontek aku. Aku jual RM35 je. Hehe..

Journal Vol.2 Posponed?
Ya. Pengreleasan zine ni telah dipospone kepada suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak. Pada mulanya zine aku 'Journal Vol.2' dijadualkan untuk buat Crossover ngan zine Hilang Punca #6.Tapi aku gagal meng-collect penulisan yang cukup dan 'worthy' dengan nama 'Journal Vol.2' Dan aku jugak tahu kalau aku push jugak hasilnya akan sia-sia. Namun demikian aku jugak ada menyumbangkan beberapa artikel kat dalam zine tersebut. Apabila telah siap kelak, gua akan kempen kat sini. Saya harap korang semua beli dan baca sebab kepuasan terjamin saya gerenti. Hanya RM2 sahaja. Hell, i might throw it away for free. Senantiasa mengecek di sini untuk info lanjut mengenai zine Hilang Punca #6 (featuring Kumprinx)

KMX9
Ya. Dengan ter-kanselnya plan aku untuk meng-release Journal Vol.2 ni skang aku boleh fokus kepada KMX9. Iaitu visual upgrade yang ke-sembilan untuk blog ni. Kali ni pasti lebih dasyat. Lebih ganas. Lebih stream-lined. Lebih user friendly. Dan lebih umpan korang untuk klik kat iklan-iklan tu. Bila klik iklan aku dapat sedikit wang. Dan dengan wang yang terkumpul itu, suatu hari nanti gua pasti berjaya membeli hosting sendiri yang surely akan meng-enchance experience korang kat site ni. Aku boleh upload video, lagu semua bagi korang donlod. Tak ke best gitu? Jadi jangan malu. Kalau ada iklan dari Gogle tu terus je klik. Jangan pikir panjang lagi. Satu lagi feature yang paling penting untuk KMX9 nanti adalah feature yang most of korang pasti akan be pleased. Mesti korang suka. Tapi ini adalah satu langkah yang paling drastik dan global. Tak nyesal punya. Memang havoc satu kampung nanti. Takde rupa dah nanti. Sure kontroversi. Feature yang baru untuk KMX9 ni nanti aku namakan - Obscenity Filter.

Comments

alone said…
pertama tama.. aku nak ucapkan selamat datang kepda aku pasal lama tak masuk sini.. *ada AGM kat tempat kerja.. aku bizi buat design buku laporan dan kewangan..

cadangan menyelesaikan masalah ko ..
_tak boleh tido pakai kipas ko beli laa akon,..
_takziah kepada yg meninggal..
_jgn kasik kucing beranak dalam bilik ko.. kalau dia branak lantas mati masa bersalin .. kang jadi pontianak kang.. ko kena ganggu..
_mariobros pun aku tak abis main lagi..
jr said…
xpe dah siap journaL copy zine tu no 6 simpan untuk aku.
Anonymous said…
amin, apa kena dengan myspace? mcm sial..kejap boleh bukak kejap tak leh, so aku ambik keputusan aku tak guna myspace. tak ada kelas. bukan apa, aku nak try bagi komen gambar kau, pp dgn padli tapi cam celaka, takleh. so, skrg, pakai email biasa. heheh, so yang paling aku panas gambar dalam my space ialah gambar padli muka cam mawi, panas sial tgk. rindu laa nak lepak dengan korang, tapi tgk laa raya haji aku balik lipis, siap boleh lepak sampai pagi kat depan rumah aku. tapi tak lee depan sangat...jauh sikit. kau ada no tel pp, stam dan zeba ke? lama tak kontek dioarang, stam ada call aku hari tue ajak aku tgk vitaminX tapi aku sibuk. aku ada antar msg kat zeba melalui myspace, tapi myspace mcm gampang, zeba pun boring jee ak tgk cara dia hantar msg, mcm nak bikin panas jee. pp pulak cam sial 2 no tel yang dia kasi 2-2 takleh pakai..apa kena nie? raya haji bawak laa zine kau dgn pp aku nak baca.

amin, aku tgk kau ada bakat laa dalam penulisan. kenapa tak guna untuk cari makan? buat novel, buat cerpen, pergi kursus dengan dewan bahasa pustaka ke, alhadiah akasyah kaya dengan buat novel diajee, majalah2 kita sekarang nie mmg perlukan penulis2 macam karangkraf,dewan budaya, dewan masyarakat(politikal, sosial etc..boleh buat duit apa. kalau profesional lagi hantar artikel kan surat khabar boleh siap dalam 200-300 rm, kalau ada title prof ke dr ke lagi banyak kot. senang2 kau buat novel laa, bakat kau dalam penulisan pun kira besar, tak salah gunakan nya, kau muda lagi, boleh tambah ilmu, industri penovelan pun makan lama makan maju, kau tgk syarikat2 buku, creative, utusan publicatin etc, semua kaya, tak rugi pun, cuma kena bersabar, kau muda lagi, gunakan bakat yang ada tue...cam nee baik tak idea aku. aku bukan pesan kat kau sorang jee tapi kat pp sekali, tapi untuk mantap lagi study laa ttg idealisme2 dalam dunia nie sosialisme, liberalisme,ttg isme2 dalam dunia nie. aku yakin, pemulisan kau nanti lebih matang dan mantap. percaya laa...papadal jumpa bila balik lipis lagi. dah lama tak kutuk padli, padli mesti pandai bikin panas skrg nie, ok chow..kasi no tel pp, otam dan zeba...ok chow aku pakai friendster laa lagi best dari myspace..

apex

http://ammosham.blogs.friendster.com/ammo_sham/

Popular posts from this blog

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Kemelut Di Muara Bazaar

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa